Saturday, September 15, 2012

Sushi Kelantan a.k.a Lawar

19 Apr 2008
Multiply


Actually I've no idea how to spell this dish. It's pronounced as (la+wa), but the word lawa itself means pretty in Kelantanese dialect and I don't think this dish looks pretty to deserve the name. So I decided to spell it with r - LAWAR.

Lawar is a very nutritious food made of raw and fresh fish meat which is added to varieties of ulam-ulaman. Macam sushilah lebih kurang, tapi tak ada pulut dan tak dibalut dengan seaweed. Ianya selalunya dimakan dengan nasi.

Ada dua versi lawar yang biasa saya masak. Satu versi famili saya dan satu lagi versi orang yang tinggal kat tepi pantai. Sebenarnya tak semua orang Kelantan tahu makan atau sediakan lawar. Malah ada yang tak pernah dengar. Ianya adalah special dish bagi orang yang tinggal kat pantai. Rasanya kenapa famili saya ada resipi ni adalah kerana Allahyarham ayah saya kadang-kadang suka join nelayan tangkap ikan sebagai salah satu hobinya. Resipi orang pantai lagi mudah tapi nanti nampak isi ikan yang dicincang. Bagi yang baru-baru nak try dan agak penjijik, try resipi famili saya. Banyak bahan rempah digunakan dan ikan memang dah tak rasa.

1. LAWAR (Resipi Famili)
Bahan2:

A. 6-7 ekor ikan tamban SEGAR [ ada 2 jenis ikan tamban: orang Kelantan panggil tamban beluru (tidak bersisik), dan tamban sisik. Untyk lawar, lebih sedap guna tamban beluru.]
- ikan di fillet, dan dicincang. Ketepikan.

B. Bahan yg dimesin halus:
2 btg serai dimayang
3-4 hirisan lengkuas
4 ulas bawang merah
2 biji cili merah ( jika suka pedas, tambah cili api)
4 sudu makan kelapa parut yg digoreng tanpa minyak, dan ditumbuk halus

C.
2 biji limau kerat lintang/ asam limau kiya ( Saya tak tahu orang luar Kelantan panggil apa. It's not lemon dan bukan juga limau purut. Rupa dan saiz seperti limau nipis, tetapi kulitnya agak kasar), diperah dan ambil airnya - kuantiti bergantung kepada cita rasa. Kalau suka masam lebihkan. Actually dengan cara nilah ikan tu jadi masak dan hilang rasa hanyir.

- Kalau tak ada limau kerat lintang, bolehlah guna 1 biji asam limau nipis + 3 keping asam keping yangg dihiris dan dimesin serta diambil airnya

Peringatan: jangan masukkan sekaligus kesemua perahan tersebut, masukkan sikit2 dan sesuaikan dengan cita rasa. Masakan kampung biasale, 'agak-agak cooking'.

D.
2 sudu makan budu
garam secukup rasa


E. Bahan-bahan Ulam
Daun serai kayu
Kacang panjang 
mentimun
4-5 helai daun kesum

- dihiris halus seperti ulam nasi kerabu

Cara2:
Campurkan bahan B ke dalam bahan A. Masukkan C & D. Kemudian masukkan E. Gaul sebati. Seimbangkan rasa masam dan masin.


2. LAWAR (resipi orang pantai)
Bahan:
6-7 ekor ikan tamban
4 ulas bawang merah
3-4 biji cili api 
kacang panjang
mentimun
2 biji asam limau kerat lintang/asam limau nipis
garam
2 sudu makan budu
Cara:
Gaul kesemua sekali hingga sebati  (Cara proses sebagai mana resipi di atas). Untuk sedap dan tak terasa ikan mentah, pastikan lawar cukup masam dan pedas. 

NOTE: Resepi asal tak perlu dimasukkan budu. Tapi kemudian2 tu nenek saya cuba2 je masukkan budu untuk mantapkan lagi rasa..Dan proven lagi sodap bila ada budu..

No comments:

Post a Comment