Sunday, August 12, 2012

Ayam Chop Chop

Semalam pagi saya ke rumah Kak Maznah. Saya dah berjanji untuk sama-sama ke Simpang Renggam. Hasrat hati nak beli tumpi kacang untuk dibawa pulang beraya di kampung. Tapi itulah, tumpi memang hot; laris dijual.. Di Zainab Jaya dah masuk kali ketiga saya pergi habis.. Yang ada cuma di kedai yang ketiga yang saya masuk. Itupun cuma ada tumpi kacang dal. Harga 2kg tumpi dalam pack plastik rm32. Tapi bila difikir2, lebih baik saya beli yang dalam tin RM40..Bimbang takut hancur sebelum sampai Kelantan kalau beli yang dibungkus dalam plastik..

Dalam perjalanan balik, Kak Maznah ajak saya singgah rumah kawannya di Parit Madirono. Bunyi macam kelakar kan? Di Johor ni memang banyak sangat tempat bernama Parit..Kak Maznah pernah bercerita tentang Pak Aziz Laksamana, tuan punya rumah yang kami nak pergi tu.. Tak sangka, seronok pula saya dengar dia bercerita. Almaklum, orang tua yang banyak pengalaman hidup..

Pak Aziz dah berusia 80 tahun. Pernah sama sekolah dengan Sultan Kedah/ Yang DiPertuan Agong Malaysia sekarang. Juga pernah sama sekolah dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Balik rumah, saya search internet.. Oooo, rupanya Pak Aziz ni antara the Golden Boys dalam Malaysian Royal Navy dalam tahun 1950an. Di usia 46 tahun, Pak Aziz terpanggil untuk belajar agama - sesuatu yang tiada dalam angkatan tentera pada masa tu. Keputusan pencen awal dianggap gila oleh kawan2, sebab dia di kemuncak karier, malah apabila dia menyatakan hasrat untuk berhenti; dia ditawarkan kenaikan pangkat dan gaji.. Waktu tu dia dah menjawat jawatan Laksamana dalam TLDM. Katanya, itulah antara ujian yang perlu ditempuh sebelum dia nekad untuk belajar agama..

Dia pada mulanya berguru dengan Hj Wan Hasan, sebelum disuruh meneruskan pengajian di pondok, Kedah. Rupanya tak lama selepas tu, gurunya dijemput kembali ke rahmatullah. Di Kedah, dia dimuliakan oleh penduduk kampung; sehingga gurunya minta dia berhijrah ke Johor; kampung isterinya..

Sekarang dia menetap di Belahan Tabuh, di sebelah sekolah yang diwakafkan olehnya sendiri. Walaupun di kerusi roda, dia masih aktif mengajar sesiapa sahaja yang ingin berguru dengannya. Hatta seorang murid sekalipun, dia tetap mengajar..

Dia ada menulis beberapa syarah kepada kitab-kitab lama seperti Minhaj al-'Abidin, al-Durr al-Nafis, Munyat al-Musalli dan al-Hikam. Dia juga memiliki beberapa kitab lama dalam koleksinya. Saya meminta untuk fotokopi kitab-kitab tersebut dengan kos ditanggung sendiri oleh saya. Tapi katanya, dia tak nak menjual ilmu. Dia bagi percuma kitab2 kepada murid-muridnya. Jadi dia hadiahkan Syarah Munyatul Musalli kepada saya. 3 kitab syarah yang lain dia akan fotokopikan untuk saya. Kitab-kitab lain, katanya dia akan fotokopi kemudian.

Daripadanya saya belajar beberapa perkara tentang kehidupan:
  1.  Antara ilmu, pangkat dan harta; pilihlah ilmu. Tanpa pangkat dan harta sekalipun, Allah akan kurniakan kemuliaan kepada hamba-hambaNya yang berilmu
  2. Jika berilmu, sampaikan ilmu kepada orang lain. Walaupun hanya seorang yang ingin belajar, ajarlah..Itu tanggungjawap orang berilmu
  3. Jangan menjual ilmu.

Bila dah sampai rumah Kak Maznah, saya minta Kak Maznah tunjukkan rupa ayam chop-chop yang dia dok cerita.. Siap saya mintak resipi lagi.. Ia bukan chicken chop. Tapi antara lauk favorite Kak Maznah, yang almarhumah maknya selalu masak. Kak Maznah cakap cara masaknya senang aje, semuanya di chopped chopped, kemudian masuk dalam periuk.

Bahan2:

1/4 ekor ayam, dipotong kecil
5 ulas bawang merah, dimayang
1/2 labu bawang besar, dimayang
3 ulas bawang putih, dimayang
1/2 inci halia, dimayang
buah pelaga, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih
1 biji tomato, didadu
1 sudu teh serbuk kari
daun ketumbar, dicincang
2 cili hijau, dihiris
sedikit garam
sedikit air
sedikit minyak


Cara:

  1. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia sehingga naik bau
  2. masukkan buah pelaga, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih
  3. masukkan serbuk kari
  4. masukkan ayam dan garam; kacau seketika
  5. masukkan tomato, daun ketumbar
  6. masukkan sedikit air
  7. bila kuah dah hampir kering, masukkan cili

Thursday, August 9, 2012

Alamat Rumah Baru Teman2

Saya berusaha untuk mengumpulkan alamat rumah baru teman-teman..Yang dah ada setakat ini:
  1. Pak Margono
  2. Lenakei
  3. Ibu Julie
  4. lugusekali

Mudah-mudahan usaha untuk meneruskan hubungan silaturrahim ini mendapat keberkatan daripada Allah.

Pindah Rumah Baru, Ahlan wa Sahlan

Dah dekat nak raya, dapat notis kena pindah rumah pulak dah.. 1 Disember, semua dah nak dirobohkan.. Nak tak nak kenalah cari rumah lain..Pindah tak kisah sangat, mana2 pun boleh pindah.. Almaklum rumah kat virtual world, kawan2 dan jiran2 di virtual world..Yang masalahnya, kawan2 dan jiran2 kat rumah lama nanti entah mana2 pindah..Jika berpindah di kejiranan yang tidak sama, pastinya ada kesukaran untuk memberi komen..

Nak pindahkan data lagi...Sayang juga segala konten yang ada dalam multiply tu yang menjadi tempat saya membebel, meluah perasaan.. Santai, ringan..Untuk yang lebih ilmiah, saya ada rumah yang lain. Di Multiply segalanya rojak, dari berbicara hal personal; isu semasa; masak memasak- stor menyimpan resipi tradisi famili, resipi yg dah dicuba, juga yang entah bila nak dicuba; share hobi baru saya gardening dan sebagainya.. Semuanya saya muatkan di multiply - My Tranquil Haven A Place to Blabber and Scribble..


Semuanya gara2 Pak Stefan

Hello. Stefan here, writing you from Multiply HQ in Jakarta, Indonesia. 

As most of you are probably aware, Multiply's mission has evolved over the past year and a half to become the biggest and most beloved ecommerce marketplace in two very exciting markets, Indonesia and the Philippines. As our focus has shifted, we have reviewed all of our operations, and made some decisions that will affect everyone here.

  • From December 1st, we will unfortunately no longer be able to support Multiply in its current form - notably we will be removing the social networking and content sharing part of Multiply (photos, videos, blogs, social messaging, etc.). We have decided to discontinue providing and hosting these services, as we have concluded that other Internet sites who are committed to social networking services will do a better job serving you than we can.
  • For our existing users of social networking features, we will be providing easy ways for you to either download your stuff (photos, blogs, content, etc), or migrate it to other online services. We'll announce the precise details shortly. It will be your choice whether to download, migrate or just let your content lapse (and get deleted).
  • For our existing ecommerce users (both buyers and sellers) in Indonesia and the Philippines, there will be no action required.
  • Regarding any existing Multiply Premium subscriptions we will refund any unused balance, and apologize for any inconvenience this will cause. Please contact customer service to request a refund. Note that this is for Multiply Premium, not the ecommerce related Multiply Trust product.

I am aware of how disruptive this news may be, and understand the disappointment that it may cause. Ultimately this was a business decision, critical to our to success moving forward. Instead, we are excited to pursue our own mission to give the 350 million consumers in Indonesia and the Philippines a great way to buy and sell items online. Our singular focus now is for Multiply to retain its status as a vibrant e-commerce destination in Southeast Asia in the years ahead. 

I suspect that many of you will not like this news, and am sorry to have to deliver it now. I hope that you will be able to understand the reasons for our decision and thank you for being a part of the Multiply community over the past eight years. 


Stef 

Tapi nak buat macam mana, redha je lah..Multiply bukan milik saya pun.. Setidak2nya saya diberi kesempatan untuk bermukim lama di multiply, alhamdulillah dan terima kasih. Harap2nya hidup kat sini pun best, lebih daripada rumah yang dulu...Memandang positif pada HIJRAH.