Monday, December 25, 2023

Kuah Kari Mamak

Resepi ni diambil dari https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0jErqp4wPnABuckf86GJZRevhb2AKibDaunBD3sJy3BWFebogB9ssUeXe75HrzhH1l&id=100071339747458&mibextid=Nif5oz


Tips yang diberi:

1. Kena masak lama baru kuahnya jadi pekat cantik.

2.Tumis rempah mesti guna minyak yang banyak baru rempah dapat masak cantik. bila rempah masak elok maka nanti kuah kari anda akan jadi warna merah yang cantik.

3.Biar masak rempah lama supaya betul betul masak.bila betul betul masak baru masukkan air


KUAH KARI MAMAK( kuah taruh atas)

Resepi kari ( kuah mamak)


3 bungkus kecil Rempah kari ayam 

1 bungkus kecil rempah kari ikan

2 sudu besar serbuk cili

1 sudu kecil serbuk jintan putih*

1 sudu kecil serbuk jintan manis*

1 sudu kecil Serbuk ketumbar*

1 sudu besar rempah masala *(jika ada lebih sedap)

(* jika ada)

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

( semuanya dicampur dan gaul dng air 1 cawan-pekat)


Bahan tumbuk/kisar-untuk ditumis adalah dibawah:


Bawang merah 7

Bawang putih 5

Halia 2 inci

Bawang besar 1

Bahan ditumis ke 2

2 kulit kayu manis

Bunga lawang 4

Biji pelaga 6

Bunga cengkeh 8

Kiub ayam 2

Gula 2 sudu besar

Garam ( jika perlu sebab kiub ayam dah masin dah)

Air asam jawa 1 sudu besar

Air 1 1/2 cawan

santan 1/2 kotak kecil @ 1 kotak.Jika tidak mahu guna santan pun boleh cuma pekatkan kuah kari anda.

Minyak 2 cawan

( selepas siap masak kari jika minyak tumisan dalam kuah kari banyak sangat maka anda bolehlah ambil buang/keluarkan mengikut keperluan anda.menumis rempah kari tidak boleh dikurangkam minyak sebab rempah tidak bolehl masak betul.

Panaskan minyak dlm periuk.bila panas tumis bhn tumisan td. Bila dah harum masukkan rempah yg dibancuh td.

Pastu kacau kacau lah.bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya cepat cepat tambahkan air. Biar mendidih 2 kali.

Pastu masukkan kiub ayam,gula, garam, asam jawa paste 1/2 sudu kecil atau air asam jawa 2 sudu besar.

Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap.

Dah siap kuah mamak dan boleh taruh atas ayam.

( resepi kuah mamak ini hanya perlu dibuat bila anda buat ayam goreng sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari manak lg.

Kari mamak ini juga jika suka anda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan 

rempah dah masak tadi. Baru masukkan air.

“Untuk resepi kuah kari hitam mamak , cara buat adalah sama cuma ketika kuah sudah memdidih masukkan kicap TAMIN,sedikit cili sos dan sos tomato untuk menyempurnakan rasanya.”

** buat banyak banyak kalau lebih masukkan dawlm bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. Boleh tahan 5-6 hari.senang bila nak makan nasi panaskan saja...tapi kalau masak rempah guna minyak banyak, rempah masak elok KUAH KARI INI AKAN BERTAHAN 2 MINGGU.ambil setakat yg nak makan saja yang baki cepat cepat simpan semula dalam peti ais.

** kuah kari ini boleh dimasak dng lauk pauk kegemaran anda.

Maksudnya anda boleh buat sebagai kari ayam, ikan, daging ,sotong, udang.kalau nak buat kuah kari yg warna hitam tu cuma tambahkan kicap pekat sedikit sahaja kedalamnya.**

Credit : Ida Shahida