Friday, October 20, 2017

Kek Marble Orange Coklat

Kenangkan telur double A masih berbaki, sayang pulak kalau nak dibiarkan lama. Nanti sejuk pulak telur tu. Malas macam mana pun nak kena rajinkan diri juga buat projek baking. Banyak hari dah dok fikir sama ada nak buat cream puff atau kek.

Petang ni, terus dapat buat keputusan bila nampak buah oren ada  beberapa biji dalam peti ais. Maka dengan itu timbul idea nak try buat kek marbled sicilian orange cake macam kat blog Bakescapade.

Tilik2 berat butter anchor kat peti ais tu cuma 227g. Resepi yang diberi nak kena guna 250g butter. Malas betul nak tambah sikit2 gitu. Belek2 resepi lain nak guna 175g butter pulak. Lagi malas, berbaki2 pulak..

Sudahnya, saya olah je resepi sendiri based on resepi Bakescapade. Alaa.. bukan susah pun. Ikut aje resepi kek pound asas - nisbah sama untuk gula: lemak: tepung .

Bahan-bahan

227g butter
227g gula kaster (yang ni saya jadikan 200g kononnnya tak nak manis sangat)
3 biji telur gred AA (ni pun pakai agak2 aje tengok berdasarkan konsistensi batter bila dah dimasukkan telur sebiji2. Resepi 175g guna telur 3 biji (lebih kurang 55g untuk 1 biji telur), resepi 250g guna telur 4 biji)
11/2 sudu teh orange zest
80ml perahan jus oren
1 sudu teh esen vanila
227g tepung kek, diayak
4 sudu besar serbuk koko, diayak

Cara


  1.  Pukul butter dan gula hingga gebu
  2. Masukkan telur sebiji, sebiji
  3. Masukkan esen vanila, orange zest dan jus oren
  4. Masukkan tepung sikit2, kelajuan mixer kena slow la kan, kang berterbangan pulak tepung
  5. Ambil 1/4 adunan, campurkan dengan serbuk koko. Gaul rata guna senduk kayu
  6. Sekarang buatla marble ikut kreativiti sendiri.
  7. Bakar dalam suhu 170C bergantung kepada oven masing2. Masa juga bergantung kepada oven dan saiz acuan. Pandai2 la agak sendiri.
Note: Hijau gunakan acuan aluminium yang 4 segi tepat kecik tu, dapat 2 adunan je. 



Friday, October 6, 2017

Roti Macam-macam

Hari ni buat roti lagi. Guna resepi killer toast lagi tetapi yang lain pulak. Yang last time tu sedap cuma agak muak sebab telur sampai dua biji.

Bahan
260g tepung roti
Yis 3 g (kebetulan timbang time nak timbang yis tak leh nak baca, agaknya dah sampai masa nak kena tukar bateri, jadi saya agak2 je letak 2 sudu teh)
30 g Gula ( malas nak timbang, buh je 2 sudu besar)
2g Garam  ( I agak2 je buh sikit)
1 biji Telur +susu  segar =180g (I guna telur saiz B, check2 stok tak de plak susu segar/susu cair so I masukkan air untuk jadi 180g + susu tepung 2 1/2 sudu besar)
Mentega 30g

Masukkan dalam bread machine, mode dough.. kali ni kononnya nak try uli macam2 pulak.. lepas dah siap BM menguli dan proofing, I keluarkan dan tumbuk manja sikit sekali dua aje (sebenarnya malas.. lagipun killer toast femes sebab memadai dengan 1 kali proofing), kemudian saya uli memanjang. Saya bahagikan kepada 4 bahagian. Setiap bahagian tu saya uli memanjang lagi dan bahagikan 4. 1 bahagian saya masukkan nutella. I1bahagian lagi saya masukkan mentega yang ditabur gula (mentega lebihan tinggal sikit je, cuma dapat 3 biji. Tak kuasa nak ambik mentega yang belum guna jadi  1 biji lagi saya letak parutan cheese). 1 bahagian lagi saya tabur kismis, gulung dan potong 4 macam buat cinnamon roll. 1 bahagian lagi saya buat kosong je.. Sebab tu tajuk posting hari ni roti macam2. 1 adunan jadi macam2 roti. Kalau mood baik bolehlah buat yang lawa2 sikit.

Tinggalkan seketika supaya naik double..sapukan egg wash jangan lupa. Panaskan oven. Saya bakar dalam suhu 180C selama entahlah berapa minit agaknya dalam 10-15mins..Ingatkan lama.. Kalau lambat jenguk tadi confirm2 roti hangus tak leh nak makan. Verdict : Sangat lembut. No need bread improver nor bread softener.

Rasanya resepi yang ni kalau nak terus bakar dalam bread machine saya yang kecik cinonet tu pun in sha' Allah tak melimpah. Baru perasan resepi sebelum ni guna yis 6g, yang ni 3 g je.. 

Next time boleh buat bun sardin pulak untuk bekal gi opis, in sha' Allah..

Sunday, September 24, 2017

Killer Toast

Seems like killer toast is one of the must try recipes among those who wanna bake bread. Trust me, you'll be satisfied with the result.  I first tried the recipe tonight. Verdict - the texture is super soft even though you're neither using bread softener nor bread improver. Actually there are several different type of recipes. Here's the one that I tried.

Ingredients:

160g high protein flour
50g granulated sugar (the original recipe suggests 60g. 50g is still sweet to my taste and the sweetness is just nice for sweet bun)
15g milk powder (perhaps the milk powder also contributes to the sweetness)
6g instant yeast
2 egg yolk + cold fresh milk ( total 160g - I add a little bit water as I don't feel like adding too much milk to the bread. To be honest, I realized that I forgot to add milk to the egg yolk. Not until I've already added the egg yolk into the bread maker. So I'd to assume that each grade B egg yolk weighs 20g. Since there were 2 egg yolks, I had to add 120g of milk +water to make all of them 160g )
30g unsalted butter
2g salt ( 1 g if salted butter is used)


Note: Since my Lebbenstil bread maker is small, the bread didn't have much space to rise. Yet the result was still good and satisfactory. Next time I might use bread maker to prepare the dough and use oven to bake.





Saturday, September 16, 2017

Tom Klong Pla (Hot & Sour Fish Soup)

Alhamdulillah, today I got to know a new dish that is similar to tom yam - Tom Klong. Easy peasy yet delicious dish especially to those who love  sour and spicy food. Antara bezanya dengan tomyam bawang merah dan cili kering disangai dan dimasukkan sebiji-biji tak perlu ditumbuk atau dihiris.

Let's check out the ingredients:


  1. Fish (ikan kerisi pun boleh), dilumur garan dan digoreng sekejap dengan sedikit minyak  (boleh juga dibakar)
  2. bawang merah dan cili kering disangai. Lengkuas dan serai juga boleh disangai sehingga naik bau.
  3. Masukkan air dalam periuk, letakkan sedikit hirisan lengkuas, serai dititik, daun limau purut, bawang merah dan cili kering yang disangai tadi sebiji2. Bawang merah tu kupaslah kulitnya, jangan pulak letak ngan kulit2.. (boleh juga kalau nak tambah akar  ketumbar)
  4. Masukkan air asam jawa dan sos ikan.
  5. Masukkan garam dan gula melaka secukup rasa
  6. Masukkan lagi lengkuas, daun limau purut, serai, tomato, daun saderi untuk menambahkan rasa. Bila dah tutup api, boleh buang akar ketumbar.Nak tambah pedas buleh ketuk cili padi masuk dalam periuk atau buleh juga sediakan asing cilipadi tumbuk + fish sauce + perahan limau nipis dalam serving plate sebelum campurkan ngan sup ikan tadi.

Basic ratio untuk seasoning: 1 1/2 Tablespoon Fish Sauce, 1 1/2 Tablespoon Tamarind juice, 1/4 teaspoon sugar and 1/2 teaspoon lime juice  (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa masing-masing)

Friday, August 25, 2017

BOTOK-BOTOK TENGGIRI

Sumber: Dah tak ingat kat mana. Minta halal ye tuan punya resepi.  Terima kasih

Bahan-bahan

1 ekor ikan tenggiri (kira-kira 1 kg) 
3 biji bawang besar, dikupas dan dihiris 
9 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris 
2 cm x 2 cm lengkuas, dikupas dan dihiris 
3 cm x 2 cm halia, dikupas dan dihiris 
3 cm x 2 cm kunyit, dikupas dan dihiris 
3 batang serai, dihiris 
125 ml air 
6 1/2 sudu besar rempah kari ikan serbuk 
450 gram kelapa parut yang dibuang kulit ari 
3 sudu besar kerisik 
1 1/2 sudu besar asam jawa, diramas dengan 125 ml air dan diperah airnya 
Garam secukup rasa 
Daun pisang, dipotong-potong sebesar 
30 cm x 30 cm besar, dicuci dan dilayur 
Daun pisang, dipotong-potong sebesar 
30 cm x 5 cm, dicuci dan dilayur 
Lidi pencungkil gigi

Herba dan daun kayu

(Pilih pucuk dan daun muda sahaja) 
Daun belinjau 
Daun buas-buas 
Daun kesum 
Daun kunyit 
Daun mengkudu 
Daun mengkudu belanda 
Daun selasih 
Daun semangkuk 
Daun tenggek burung 
Daun teh kampung 
Daun ubi kayu

Caranya

1. Siang ikan dan potong ikut suka. Cuci dengan air bergaram dan tuskan.

2. Cuci dan siat-siat herba dan daun kayu. Ketepikan.

3. Bubuh bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit, serai dan air ke dalam jag mesin pengisar. Kisar sehingga halus.

4. Masukkan rempah kari ikan dan kisar lagi sehingga rata. Tambah sedikit air jika perlu untuk menggerakkan mesin. Masukkan pula kelapa parut dan kisar lagi sehingga betul-betul halus. Tambah air jika perlu, tetapi jangan terlalu banyak kerana rempah botok-botok mestilah pekat. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk.

5. Campurkan air asam jawa dan kerisik ke dalam bahan kisar dan perasakan dengan garam.

6. Masukkan ikan dan gaul rata-rata. Perap selama 15 minit.

7. Sementara itu didihkan air di dalam kukusan di atas api menggelegak.

Friday, August 4, 2017

Japanese Cotton Cheesecake

Sumber: Shafawati Nadiah, FACEBOOK MASAK APA HARI INI




Mula2 campurkan 250gram Cream cheese + 100ml susu cair freshmilk) + 50gram butter. Kacau atas api menggunakan kaedah double boil. (Alah, macam nak masak coklat utk buat almond london tu.) Kacau sampai sebati creamcheese, susu dan butter tu. Kemudian ketepikan sebentar sehingga sejuk. 
Dalam bekas yg lain, putar 6 biji telur putih bersama 140gram castor sugar sehingga jadi soft peak ala ala meringue tu. Masukkan sedikit esen vanilla. Kacau dan kemudian ketepikan sebentar. 
Seterusnya di dalam bekas yg lain pulak, pukul 6 bijik telur kuning sampai separa kembang, kemudian campur adunan creamcheese tadi ke dalam adunan telur kuning, dan pukul sampai kembang. Kemudian masukkan 60gram tepung gandum dan 20gram tepung jagung (makesure ayak dulu tepung gandum dan tepung jagung tu at least 3 kali.) Kacau hingga adunan sebati. 
Seterusnya campurkan adunan telur kuning ke dalam telur putih. Kacau biar sebati. Xpayah pakai mixer pon xpa. 
Setelah itu, bakar menggunakan kaedah double boil.