Thursday, May 16, 2019

Nostalgic Easy Cream Spread

Untuk generasi seusia saya mesti pernah makan bun atau roti yang disapu dengan mentega atau marjerin yang kemudiannya ditabur dengan gula pasir. Zaman budak-budak, lagi banyak gula lagi suka.  Lagi manis lagi sedap. Kalau rajin sikit, bakar buat toast. Mentega/ marjerin akan cair, meresap masuk dalam roti.

Kalau kat kedai, versionnya lain sikit. tak macam yang buat sendiri. Tak nampak putih2 gula ditabur. Marjerin/mentega dah dipukul sebati dengan gula, jadilah sedikit berkrim. Yang ni mestilah lagi sedap. Resepinya mudah aje.

250g marjerin/butter
100 g gula halus
sedikit esen vanila

Putar hingga kembang.

Friday, March 15, 2019

Butter Cake

Kak M telefon bagitau yang dia tak dapat nak ikut pergi kenduri anak Kak H sebab dia kurang sihat selepas balik dari travel minggu lepas. Apabila dengar dia bercerita tentang keadaannya yang tak lalu makan dari sebelum travel, saya terus panaskan kerutuk ayam hutan dan dalam masa yang sama bakar kek marble untuk Kak M. Kakak kakak.. citarasanya tetaplah kek tradisional iaitu sama ada kek butter atau kek marble. Dah banyak kali dia dok bercerita nak buat kek marble tapi tak buat-buat..

Jadi kesiankan dia yang tak lalu makan, saya terus keluarkan butter dari peti ais dan bahan-bahan untuk kek marble sambil bercakap dengannya melalui telefon. Dia dok tanya 'kau tengah buat apa tu?' agaknya sebab dengar bunyi kuat mixer. Takut nak memberikan harapan palsu, manalah tau kalau2 kek tak menjadi,saya tak beritahu dia yang saya tengah buat kek untuk dia.. Kalau menjadi dan sedap, saya bawa ke rumahnya nanti sebaik selesai menghadiri kenduri.

Alhamdulillah, kek menjadi. Harapnya dia pun puas hati. Ni resepi yang saya guna:

Bahan

250g mentega [saya guna Tartura, salted]
180g gula kastor
4 biji telur A
1 sudu teh esen vanila
250g tepung low protein/tepung kek - diayak
1 sudu teh baking powder-di ayak
4 cmb susu segar

untuk adunan  bater coklat:
2 sudu makan serbuk koko-diayak
chocolate emulco

Cara:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. masukkan esen vanila
  3. masukkan telur dan tepung berselang seli
  4. masukkan susu segar
  5. bahagikan bater kepada dua bahagian, salah satunya dimasukkan serbuk koko dan chocolate emulco
  6. masukkan dalam baking pan secara berselang seli untuk menjadikan corak marble.







Friday, February 22, 2019

Cream Custard Filling

RESEPI 1

Sumber Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
200ml/1 cawan susu segar
1biji telur saiz L
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar mentega

RESEPI 2
Sumber: Dr Maryam Liyana (Her mom's recipe)

1 cwn susu ideal
1 cawan gula
4 cwn air
100g tepung kastard
1tsp vanilla essence
1tbsbutter