Friday, August 25, 2017

BOTOK-BOTOK TENGGIRI

Sumber: Dah tak ingat kat mana. Minta halal ye tuan punya resepi.  Terima kasih

Bahan-bahan

1 ekor ikan tenggiri (kira-kira 1 kg) 
3 biji bawang besar, dikupas dan dihiris 
9 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris 
2 cm x 2 cm lengkuas, dikupas dan dihiris 
3 cm x 2 cm halia, dikupas dan dihiris 
3 cm x 2 cm kunyit, dikupas dan dihiris 
3 batang serai, dihiris 
125 ml air 
6 1/2 sudu besar rempah kari ikan serbuk 
450 gram kelapa parut yang dibuang kulit ari 
3 sudu besar kerisik 
1 1/2 sudu besar asam jawa, diramas dengan 125 ml air dan diperah airnya 
Garam secukup rasa 
Daun pisang, dipotong-potong sebesar 
30 cm x 30 cm besar, dicuci dan dilayur 
Daun pisang, dipotong-potong sebesar 
30 cm x 5 cm, dicuci dan dilayur 
Lidi pencungkil gigi

Herba dan daun kayu

(Pilih pucuk dan daun muda sahaja) 
Daun belinjau 
Daun buas-buas 
Daun kesum 
Daun kunyit 
Daun mengkudu 
Daun mengkudu belanda 
Daun selasih 
Daun semangkuk 
Daun tenggek burung 
Daun teh kampung 
Daun ubi kayu

Caranya

1. Siang ikan dan potong ikut suka. Cuci dengan air bergaram dan tuskan.

2. Cuci dan siat-siat herba dan daun kayu. Ketepikan.

3. Bubuh bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit, serai dan air ke dalam jag mesin pengisar. Kisar sehingga halus.

4. Masukkan rempah kari ikan dan kisar lagi sehingga rata. Tambah sedikit air jika perlu untuk menggerakkan mesin. Masukkan pula kelapa parut dan kisar lagi sehingga betul-betul halus. Tambah air jika perlu, tetapi jangan terlalu banyak kerana rempah botok-botok mestilah pekat. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk.

5. Campurkan air asam jawa dan kerisik ke dalam bahan kisar dan perasakan dengan garam.

6. Masukkan ikan dan gaul rata-rata. Perap selama 15 minit.

7. Sementara itu didihkan air di dalam kukusan di atas api menggelegak.

Friday, August 4, 2017

Japanese Cotton Cheesecake

Sumber: Shafawati Nadiah, FACEBOOK MASAK APA HARI INI




Mula2 campurkan 250gram Cream cheese + 100ml susu cair freshmilk) + 50gram butter. Kacau atas api menggunakan kaedah double boil. (Alah, macam nak masak coklat utk buat almond london tu.) Kacau sampai sebati creamcheese, susu dan butter tu. Kemudian ketepikan sebentar sehingga sejuk. 
Dalam bekas yg lain, putar 6 biji telur putih bersama 140gram castor sugar sehingga jadi soft peak ala ala meringue tu. Masukkan sedikit esen vanilla. Kacau dan kemudian ketepikan sebentar. 
Seterusnya di dalam bekas yg lain pulak, pukul 6 bijik telur kuning sampai separa kembang, kemudian campur adunan creamcheese tadi ke dalam adunan telur kuning, dan pukul sampai kembang. Kemudian masukkan 60gram tepung gandum dan 20gram tepung jagung (makesure ayak dulu tepung gandum dan tepung jagung tu at least 3 kali.) Kacau hingga adunan sebati. 
Seterusnya campurkan adunan telur kuning ke dalam telur putih. Kacau biar sebati. Xpayah pakai mixer pon xpa. 
Setelah itu, bakar menggunakan kaedah double boil.