Thursday, September 13, 2012

Musuh Dah Datang Menyerang!

Bukan senang nak bercucuk tanam.. Bukan kita aje yang rasa suka melihat kehijauan dan kesegaran pokok-pokok tu..Musuh2 ni macam tau-tau je ada new plants yang boleh dijadikan sasaran mereka..

First, ulat hijau serang pegaga yang tinggal serumah dengan pokok salam..Tak ketara sangat yang rosak. Mana datangnya pun tak tahu. Saya ambik dan campak buang ulat tu.

Kemudian setelah balik dari Bangi, stevia pulak enak diratah belalang2 kecik. Tu pun nasib baik Na perasan. Pokok pudina pun sama.

Tak senang duduk jadinya. Maka berdasarkan pencarian di internet, saya buat racun organi buatan sendiri - 1 liter air +1 sudu besar sabun basuh pinggan+ 1 sudu minyak masak + halia + 3 biji cili padi. Saya tapis dan masukkan dalam botol. Saya dilutekan dalam bekas lain guna nisbah 1:4. Saya terlupa nak masukkan bawang putih. Hentam aje lah... tak rugi mencuba. Mula2 tu macam ada sebarang kesan; hingga saya dan na terpaksa tangkap sekor2 belalang dan masukkan dalam botol mineral yang saya gunakan untuk botol air minum pokok2 tu sewaktu saya tak ada kat sini..

Ada ke patut, saya dan Na tak sampai hati nak bunuh belalang2 tu. Bila masukkan dalam botol yang tutupnya ditebuk lubang2 kecil, ok lah juga.. Bolehlah belalang tu bernafas. Saya siap masukkan daun2 stevia sebagai bekal untuk makan.. Tak kisah kalau nak makan, cuma please jangan rosakkan tanaman saya ye..

Belum selesai kes belalang, saya perasan pulak pada pokok bismillah/south africa ada tompok2 halus berwarna hitam. Saya ingatkan tanah bakar yang kena kat daun.. tapi hati masih rasa tak sedap. Saya terus cabut semua daun pada pokok dan alihkan pasu tu dok sendir, kkena kuarantini kat tepi tembok.. Moga2 sihat lah kembali wahai pokok..Terkejut juga sebab Na cakap asalnya bintik2 tu bukan berwarna hitam..

Saya syak ianya perosak bernama A.P.H.I.D

Dan hari ini saya perasan ada serangga kecil berwarna silver pula pada daun pudina.. Hehe, bila buat container gardening yang tak berapa banyak ni, rajin lah pulak.. Sebelum pergi kerja siram, selepas balik kerja pun siram. Kecualilah kalau nampak tanah dah lembap sangat. Bukan setakat siram,  helaian daun dibelek hari-hari..Belum lagi bab bercakap dengan pokok2, itupun kadang-kadang terasa malu sendiri. Kot-kot jiran terdengar, 'apa kenanya perempuan tu bercakap sorang-sorang'. Kalau tanam kat kampung tak ambik kisah sehingga begini sekali.. Adakah faktor pokok2, pasu2, dan tanah tanih itu semuanya dibeli; kat kampung semuanya free jer maka layanan ala-ala double standard..?.




2 comments:

  1. Ahahahaha.......... aduhai sedihnya! Cem mana pulak pokok bunga tu nak nampak indah?

    ReplyDelete
  2. Saya tak tanam pokok bunga, kak...Kalau ada pun cuma pokok lili dan japanese rose.. Semuanya yang saya sebut itu pokok2 herba yang enak dijadikan ulam-ulaman dan juga penawar tradisional untuk beberapa jenis penyakit.. Sebab itu agaknya binatang-binatang juga turut menggemari. Apatah lagi daun-daun pokok stevia yang manisnya seperti gula..

    ReplyDelete