Tuesday, September 11, 2012

Hijau Edible Garden (5) - Air untuk Pokok

 وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ
Telah Kami jadikan daripada air setiap yang bernyawa (al-Anbiya' 21:30)

Sebelum balik kampung untuk raya, saya dah cuak nak tinggalkan pokok-pokok kerana saya bercuti lebih kurang dua minggu. Lama tu..Nak letak kat kawasan lapang tak berbumbung, pokok2 masih kecil.. Takut tak tahan panas, tak kuat menampung hujan lebat. 

Risau beb.. Almaklum baru je nampak pokok-pokok berjaya menyesuaikan diri dengan tempat tinggal baru..Pokok cili pun baru je lagi bercambah.. Tumbuh belum lagi setinggi 1 ruas jari. Ada yang masih segan2 nak menampakkan daun..Semuanya berbelas pokok..Belum lagi benih kucai yang saya baru semai.. Saya semacam dah boleh nampak taqdir mereka. Sukar untuk bertahan selama 2 minggu tanpa belaian dari yang menanam. Dah tau nak balik, yang hang pi semai jugak buat apa? Tak pasai jer..

Macam mana pun saya kena balik raya..Takkan nak jadi macam mak2 nenek2 yang tak boleh pergi rumah anak sebab ingatkan binatang dan tanaman kat kampung..Bila difikir2, saya dapat idea..Saya kumpulkan botol2 mineral bersaiz kecil, saya tebuk lubang banyak2 kat tutup botol. Ye, saya guna paku dan tukul; ketuk satu2..Kalau saya ada drill lagi lah senang pekerjaan saya..Kemudian botol tu saya isi penuh2 dengan air. Sebelum bertolak, saya dan Na pacakkan botol tersebut ke dalam pasu2.. Belum apa2, dah ada pokok yang menyedut air dari botol dengan pantas sekali.. Jimat2lah wahai pokok2ku.. Mudah2an cukuplah bekalan air untuk 2 minggu ketiadaan saya..

Yang masih menjadi masalah ialah kucai dan cili padi. Macam mana nak letakkan botol mineral yang besar dalam bekas semaian yang kecil. Mujurlah Na bagi idea supaya bekas semaian kucai dan cili padi pula diletakkan dalam sinki dengan paip dibuka perlahan ala-ala menitis..

Selamatlah wahai pokok. Semoga kekal hidup.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum kakak, saya nak follow ya......

    Terima kasih, alangkah senangnya hati dapat bersua lagi kat sini. :-D

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Kak Julie.. Moga sentiasa kuat untuk bertahan menghadapi ujian Allah. Saya doakan kakak dari kejauhan..

    ReplyDelete