Friday, September 21, 2012

DIY: Baja Organik

Semenjak dua menjak ada edible garden  ni, makin seronok pulak.. Yang tak seronoknya bila pokok-pokok kena penyakit dan kita buntu tak tahu apa ubatnya..Alhamdulillah sekarang ni, internet di hujung jari, boleh search bila-bila masa sahaja..

Hari ni saya nak masukkan balik entry yang pernah diletakkan di multiply - Baja Organik buatan sendiri.. Sangat2 mudah. Mulanya cuak juga kot-kot busuk, tapi dia orang cakap tak busuk.. Asal aje jangan diletak sisa2 makanan seperti nasi, lauk pauk tu.. Sayur-sayur dan buah-buah ok. Kulit telur, kulit bawang pun boleh jadi baja juga..

Here's a very simple recipe, tapi saya belum cuba..


Bahan2:
1kg betik/timun/pisang/sisa sayur ( saya rasa kalau campur semua pun ok. apa-apa jenis pun ok)1kg gula merahbalang kaca/plastik

Cara:
Potong kecil betik, timun/pisang/sayurGaul dengan gula merahMasukkan dalam balang, peramkan sebulanSelepas itu boleh disemburkan kepada tanaman2 kita..

No comments:

Post a Comment