Tuesday, September 11, 2012

Hijau Edible Garden (2)

Bukan sebab nama saya Hijau. Tapi memang tanaman saya semuanya kaler hijau. Belum ada satupun lagi pokok bunga..

  1. PANDAN (pandanus amaryllifous)  Projek pertama saya, hari Kak Maznah bertolak ke KL untuk ke China.. Kalau tak silap 7 Julai. Pokoknya Kak Maznah bagi. Balik dari ofis saya terus ke Giant untuk cari pasu dan tanah.
  2. KESUM Plan asalnya nak beli kat pasar je, kemudian cucuk2 kat tanah. Tapi dah kebetulan gi nurseri Pak Ali, terus aje beli..
  3. SAMBUNG NYAWA Dua pokok ni saya beli di Nurseri Pak Ali, beli juga pasu dan tanah campur. Terus tanam hari tu juga, sehari sebelum nenek balik Kelate. That was on July, 9.
  4. BAWANG MERAH - Saya ambik beberapa biji bawang merah, buang kulitnya, serta bahagian atasnya dipotong sedikit. Kemudian saya timbus sedikit je bahagian bawah bawang, kebanyakan bulb nampak jelas..Saya gunakan kotak chicky meals Anas.
  5. CILI PADI- Saya ambik dari peti sejuk, pilih 2 bji yang berwarna merah. Hati2 saya keluarkan bijinya setelah ditoreh dengan pisau. Guna tangan beb, pijar belakang kira..Saya semai di dalam 3 container yang saya buat menggunakan kertas.
  6. KETUMBAR- Daun ketumbar yang saya beli Jaya Jusco untuk Green Chutney, saya potong bahagian bawahnya yang siap dengan akar.. Saya masukkan dalam cawan berisi air. Rasanya next time boleh terus tanam kat tanah,sebab air menjadikan akar ketumbar lembik..Mulanya saya tanam dalam kotak kasut. Tapi bila saya alih 
    1. pokok bawang ke pasu kekal, saya turut alih pokok ketumbar..Mudah2an tumbuh subur eloklah hendaknya..Oh ye cilantro pokok dan daunnya, coriander sewaktu stage ketumbar dalam bentuk biji..
    2. MATA PELANDUK (ardisia crenata) 18 Julai -Saya tertarik kerana daunnya kemerahan seperti daun pokok asam jawa/asam gelugur...Rupanya ada yang panggil daun mata ayam/mata itik. Ada buah2 kecik warna merah. Tapi pokok mata ayam di tempat saya, daunnya bergerigi.. Pucuknya boleh replace daun serai kayu sebagai ulam nasi kerabu..
    3. SALAM/SERAI  KAYU (laurus nobilis) 18 Julai - Saya masih tak dapat menerima 100% hakikat yang daun salam itu adalah sama dengan daun serai kayu/daun samak yang digunakan di Kelantan sebagai ulam penting nasi kerabu..
    4. STEVIA (stevia rebaudiana) 18 Julai  - Ketiga2 pokok  salam, mata pelanduk dan stevia saya dapat dari Nurseri Pak Ali. Stevia kat situ ada dua jenis, dari Australia dan dari South Africa. Saya ambik yang dari South Africa, daunnya lebih lebar..Nanti2 ada rezeki nak beli juga  yang dari Australia, in sha' Allah.
    5. PEGAGA KAMPUNG 19 Julai - Bila tau, saya nak tanam pegaga dan kucai, K Maznah singgah beli kat pasar malam..Daunnya saya buat ulam. Bahagian batang dan akarnya saya tanam mengelilingi pasu pokok serai kayu dan pokok mata pelanduk.. Since kedua2nya pokok yang biasa tumbuh dalam semak, saya andaikan mereka tak kisah berkongsi rumah dengan pegaga. Lagipun pucuk serai kayu dan mata pelanduk dok kat bahagian atas, pegaga kat bawah.. Kalau time nak ambik pucuk, saya tak pelu nak selak2 pilih antara daun..
    6. KUCAI 19 julai - Terima kasih K Maznah bersusah payah untuk minat baru saya setelah berpindah ke rumah baru. Pokok kucai biasanya ditanam dengan bawang mahupun biji benih. Tapi K Maznah cakap boleh je tanam guna perdunya yang  berwarna putih.. Ok lah, saya cucukkan kucai2 tu dalam kotak bekas semaian ketumbar..Mudah2an hidup suburlah hendaknya, amiiin..Daun2 kucai yang ada tu saya masak dengan ayam goreng kunyit, sedap juga.. 
Alhamdulillah kesemuanya dah ada 11 jenis pokok..

No comments:

Post a Comment