Wednesday, September 12, 2012

Ketupat Sotong


Ketupat sotong ni antara masakan istimewa Almarhumah Ma untuk anak-anak. Kalau balik kampung sekali sekala atau upon request waktu musim sotong, Almarhumah Ma pasti masakkan untuk kami. Saya sendiri belum pernah mencubanya, namun ketupat sotong memang antara favorite saya. Selepas ma tiada, baru perasan yang masakan ni antara yang saya tak sempat belajar daripada ma. Tau makan je.. Tapi pernah lihat proses menyediakannya... Supaya ianya tidak putus daripada generasi keturunan Almarhumah Ma, saya mencari-cari di internet resipi yang paling terhampir dengan masakan ma. Ada yang masukkan cengkih, ada yang masukkan halba, ada yang masukkan halia. Tapi seingat saya, ma tak masukkan itu semua. Walaupun dah lama tak mengecapinya, ingatan tentang rasanya tersimpan kemas dalam long term memory. Alhamdulillah, akhirnya saya temui resipi Mak Yong daripada myresipi.net. Saya akan cuba nanti apabila ada kelapangan dan bandingkan dengan ketupat sotong masakan Almarhumah Ma. Nanti saya akan alter biar jadi setanding macam Ma masak kalaupun tidak lebih sedap.  (Resipi after alteration, sila lihat di bawah)

Bahan:


10 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut (1 1/2 cwn)
2 cawan santan sederhana pekat (3 cwn)
1 keping gula melaka (1 1/2)
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
10 batang lidi (3-4cm panjang)

Cara:


  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan dan susun sotong  dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Imbangkan rasa manis secukup rasa.
  6. Hidangkan untuk  minum petang

After alteration:

1 kg sotong sederhana besar, dibersihkan
1 1/2 cawan beras pulut
3 cawan santan sederhana pekat ( kalau guna pati santan , 1 1/2 cawan pati santan dicampur dengan 1 1/2 cawan air)
1 1/2 keping besar  gula melaka
sedikit garam
2 helai daun pandan
10 batang lidi (3-4cm panjang) 

Cara:

Cara:


  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 50 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/2 penuh. Jgn padatkan. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan dan susun sotong  dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masak sehingga pekat dengan api kecil supaya sotong tidak liat.
  5. Imbangkan rasa manis secukup rasa.
  6. Hidangkan untuk  minum petang
* pulut lebihan, boleh dicampur sedikit garam dan ditanak. Kemudian dimasukkan ke dalam kuah sotong.

No comments:

Post a Comment