Tuesday, September 11, 2012

Hijau Edible Garden (4)

Saya dah tulis panjang berjela, tapi network pulak problem time nak publish .HIlang gitu aje..Tak de mood dah nak ulang tulis..

Ringkasnya, hari ni saya dah tanam ketumbar. Percubaan kali kedua. Kali ni saya tak rendam dalam air lagi dah. Cuma potong pangkal ketumbar yang berakar, terus cucukkan dalam tanah.. Saya tanam sepasu dengan kunyit, dan juga sepasu dengan daun bawang..Harap2nya hidup subur.

Pokok basil pun saya tanam, cuma berkongsi pasu dengan lengkuas. Kebetulan pergi jaya jusco tadi terjumpa ketumbar dan basil di bahagian sayuran.. Selama ni cari tak ada... Lengkuas dan kunyit tu masih seketul macam tu lagi, tak de keluar tunas lagi.. Jadi bagilah peluang ketumbar dan basil menikmati kehidupan dulu.. Basil yang saya tanam tadi, saya tak tahu sama ada dari species berbunga putih atau ungu.. Nampak pesen macam berbunga putih.. Apa2lah, janji basil.. Nanti boleh guna untuk kukus ikan..

Pegaga dah makin segar. Sampaikan ulat hijau pun terliur..Entah dari mana tiba2 aje muncul, dah gemuk pulak tu..Mata pelanduk pun nampak macam dah nak berbunga, ada rezeki bolehlah makan buahnya..

Update Senarai penghuni Hijau Edible Garden

1. Stevia
2. Mata pelanduk
3. Pegaga
4. Salam/serai kayu
5. Kangkung
6. Cili padi ( dah banyak yang bertunas, 3 pokok dah keluarkan daun tapi masih kecik lagi)
7. Daun bawang
8. Ketumbar
9. Kucai (masih di peringkat semaian, tak de tanda2 bertunas pun lagi)
10. Pandan
11. Basil
12. Kunyit
13. Lengkuas
14. Serai (masih dok dalam air, dah tumbuh akar dah..Kasi tumbuh panjang2 sikit baru alih ke pasu..)
15. Sambung Nyawa
16. Kesum


Tanah dah habis.. Nanti dah beli baru, saya nak cuba semai cili padi Sabah pulak. Juga avocado.. Kalau tumbuh elok, boleh pindahkan ke kampung in sha' Allah..

Hehehe.. macam poyo jer.. tanam sikit tulis tanam sikit tulis.. BUkan tanam orkid ke tanam ros ke..Kalau kat kampung sikit pun tak heran, kalau setakat tanam kesum, tanam pandan tanam kangkung..

No comments:

Post a Comment