Tuesday, September 11, 2012

Hijau Edible Garden (1)

Minat nak menanam dah lama ada..Cuma tak jalan2, sebab dok rumah apartment dan juga selalu on the move. Kesian nanti pokok mati kehausan sebab tuannya tak de.. Terlalu banyak alasan, memanglah apa pun tak jadi..

Alhamdulillah niat yang terpendam sekian lama, dah dinyatakan di alam realiti. Mudah2an segar dan hijau lah rumah ni..

Saya dah lama nak buat edible/herb/kitchen garden.. Tanam pokok2 yang kita selalu gunakan kat dapur.. Di rumah yang tak ada tanah ni, apa lagi pilihan yang ada selain tanam dalam pasu...

Pokok pertama yang saya dapat ialah pandan. Saya dapat daripada Kak Maznah. Dicabutnya satu2nya pokok pandan yang dia masih ada kat mini garden dia tu.. Kesian la pulak, rasa bersalah.. Saya sebenarnya nak semai pokok pandan yang tumbuh berakar yang dia letakkan dalam bekas air kat rumah dia..Oleh kerana rumah dah berkunci, dia cabut je yang ada.. Sebenarnya banyak pokok pandan kat rumah dia,  tapi dia dah cabut buang untuk bersihkan kebun..

Pokok kedua yang saya tanam ialah pokok sambung nyawa. Pokok ni sedap dibuat ulam. Lemak2 dan tidak pahit. Tapi tak boleh makan banyak2. Dua tiga helai pun dah cukup, kalau terlebih boleh jadi darah rendah pulak..ELok untuk ubat darah tinggi..

Pokok ketiga ialah pokok kesum.. In sha' Allah senanglah nanti nak masak2 asam pedas, laksa dan juga my all time favorite nasi kerabu..

Pokok seterusnya, nak kena beli pasu dulu...Tanah campur yang dibeli kat nurseri Pak Ali masih ada berbaki. Tanah bakar beli kat giant pun ada juga... Pesanan penaja, jangan guna tanah bakar/tanah hitam yang dibeli kat pasaraya untuk semai benih.. Dikhuatiri fail.. Juga petua untuk menyemai benih atau tanam anak pokok, buatlah sebelah petang sebab pokok dah tak perlu melalui terik panas mentari waktu tengahari..

Esoklah in sha'Allah, lepas balik kerja.. tak perlu nak tunggu ada new pots.. Saya dah berjaya membuat container  sementara daripada kertas flyers Mydin...Bila benih dah bertunas elok, baru saya pindahkan ke pasu..

Plan esok : semai benih lada burung yang dah hampir kering kat peti sejuk.. Juga semai bawang... Ya Allah, semoga berhasil..amiiin.

17 Julai

Keinginan menambah penduduk di hijau's edible garden sangat membuak2..Dalam kepala dah terbayang pokok kari, pokok limau kasturi, pokok limau purut, pokok tenggek burung, selasih, stevia, pokok salam..Kedai jual pasu murah pun dah jumpa..Kalau tak hujan tadi, memang on the way balik ofis dah terus pergi beli pasu..

Oleh kerana perasaan dah tak tertahan lagi, saya cuba buat paper container lagi sekali. this time guna surat khabar.. Tapi tapaknya tak jadi seelok yang dulu.. Yg jadi cuma 2 biji, yang diperlukan 7 biji. Tup2 terpandang kotak kasut yang nak dibuang... Apa lagi, kotak tulah yang akhirnya jadi temporary container untuk semai pokok ketumbar...Harap2 tumbuh segar bugar lah wahai pokok ketumbar..Suka lihat pokok bawang cuma 1 je tak menjadi.. Yang lain sangat2 galak tumbuh, hijau dan segar je..Alhamdulillah..

Cuma benih cili padi jer yang belum bertunas.. Cuak juga..Tapi bila diperhati2 kat container tadi nampak ada kaler hijau muda kecik jah, tersusup dalam tanah..Hope itulah tunas yang baru nak menjadi... Belum apa2 saya dah berangan, kalau cili berbuah subur, saya nak sedekahkan kat pejabat.. Siapa2 yang nak, boleh ambik for free.. hehe, berangan tak habis2..

Yang pasti, bercucuk tanam sangat2 memberi satu kepuasan yang tak boleh nak digambarkan.. Now I wish that I have a corner lot house, kalaupun bukan semi D atau bungalow... Hehe..

18 Julai

Pagi2 sebelum pergi kerja, mesti nak kena tanya khabar penduduk2 HEG - Hijau Edible Garden..Alhamdulillah, memang betullah apa yg saya tengok semalam.. Mata bukan mamai.. Benih cili yang saya tabur dah bertunas..Alhamdulillah, the feeling was so great..Maklumlah, dok ingat dah tak menjadi..Frust gak sebab kalau nak diikutkan bukan susah pun nak tanam cili..

Tengahari tadi, tanya Kak Maznah nak gi tak nurseri Pak Ali.. Mula2 dia cakap tak de apa yang dia nak cari. Bila saya ingatkan dia tentang pokok stevia, terus K Maznah ajak pergi.. Pak Ali cakap dia ada dua jenis  stevia - yg datang dari South Africa dan yang dari Australia. Yg South Africa, daunnya lebih lebar.. Pak Ali jual RM8, sama ada yang dalam pasu ataupun yang dalam polibag.. K Maznah ambik satu, saya ambik satu...

Yang pasti saya nak beli 2 beg tanah untuk projek seterusnya..Dah terlanjur kat nurseri Pak Ali, saya tanyakan pokok selasih dan kucai. Sayangnya dua2 tak ada. Selasih dah habis.. Jadi saya beli pokok salam yang dikatakan sama dengan daun serai kayu/daun samak/daun nasi kerabu.. Saya masih doubt, tapi tengoklah nanti saya akan perhatikan betul2.. Yang pasti daun salam ni lah daun bay.. Kak Timah tunjukkan pokok mata pelanduk yang kat sebelah pokok salam. Katanya tu juga daun untuk nasi kerabu. Kak Timah cakap ada budak yang cakap mata pelanduk juga dipanggil mata ayam.. Tapi daun mata ayam seingat saya bergerigi. Pak Ali pun setuju dengan apa yang saya kata..

Pagi tadi saya terjumpa kat internet yang pokok celaka juga dipanggil pokok derhaka mentua..Ada tiga jenis pokok celaka - celaka putih, merah dan biru. Kak Timah tunjukkan pokok derhaka mentua yang daunnya kaler merah..Tapi kalau ikut Pak Ali, derhaka mentua dan pokok celaka berbeza.. Ada petua yang Prof Azman beritahu Kak Timah, untuk diamalkan menantu2 yang  ada mak mentua yang suka membebel ala2 mentua Rita Rudaini dalam Drama Ameera TV3.. Tips tak boleh diberitahu di sini, takut disalah guna..Tak pasal pulak..

Balik dari ofis, saya singgah beli 4 biji pasu untuk 3 pokok  yang dibeli kat nurseri Pak Ali, juga nak alih pokok bawang dari bekas semaian.. Saya alihkan terus pokok ketumbar.. Harap2nya pokok bawang dan pokok ketumbar boleh berkawan baik, tak nak gaduh2 berebut nutrien dan air..

K Maznah cakap balik dari KL nanti dia nak kasi anak pokok kari. Petang ni dia gi pasar malam, dia nak carikan pegaga kampung dan kucai untuk saya tanam.. Alhamdulillah..Mudah2an kalau tanaman saya subur, bolehlah berbagi dengan kawan2..

No comments:

Post a Comment