Saturday, November 3, 2012

Roses ID

Siapa tak suka bunga mawar? Cuma bab menanam tu yang sedikit leceh, sebab pokok mawar agak lokek dan manja.. Nak-nak kalau pokok yang dibeli di Cameron Highland, cantik di sana tapi bila turun ke tanah rendah, hayat tak panjang.. Rupanya ada tips untuk memastikan kesinambungan hidup ros dari tanah tinggi... Tapi dah alang-alang pelbagai species rose boleh didapati di nursery tanah rendah, why bother buying the ones from highland kan?

Setakat ni cuma ada beberapa jenis aje pokok bunga dalam koleksi saya.. Ikutkan hati nak ada banyak2..Tapi tu lah bila fikirkan masih dok di rumah sewa, terpaksa sabarkan diri supaya nanti tak susah bila nak kena pindah lagi..Pun bisikan hati kecik cakap, apa salahnya kalau tanam awal-awal.. Masuk rumah baru je nanti, dah penuh laman dengan pokok... Hahaha.. pandailah.. Bukannya beli corner lot, dan bukannya rumah tu besar sangat pun..

Pokok mawar yang ada dalam koleksi saya baru 2 jenis.. Tu pun dah lupa, bunga kaler apa, jenis apa.. Al-maklum, orang lain beli yg dah berbunga byk2 cantik2.. Saya pulak dok kesian kat pokok mawar yang masih dalam poly bag, yang baru2 belajar nak berbunga..Entahlah lain orang lain targetnya.. Memanglah kalau diikutkan beli yang dah berbunga banyak2 lagi cepat boleh menikmati keindahannya.. Tapi saya ni pesen lain sikit daripada kebiasaan orang.. Saya rasa puas bila dapat menjaga dan membelai pokok yang orang lain pandang sebelah mata..Nak-nak kalau pokok yg macam tak de harapan nak hidup.. Macam terasa puas gitu, bila kita dapat lihat sendiri progress sedikit demi sedikit pokok di bawah jagaan kita..Lambat pun tak mengapa, tapi kepuasan tu yang mengujakan..Ada unsur suspens adakah pokok dapat bertahan, ada unsur pengharapan supaya ianya subur dan mekar..Bila dah blooming, seolah2 ianya kejayaan hasil dari usaha kita menjaga dan membelai..

Untuk yang betul2 penggemar rose, samalah juga dengan penggemar orkid - mereka tahu ID untuk setiap jenis bunga yang mereka ada..Saya ni bukanlah tergolong dlm rose lovers.. setakat suka gitu2 je, ada seronok Tak ada pun tak apa.. Antara ID rose yg famous:


Queen of Sweeden - yg ni saya rasa sgt cantik..Mmg macam ratu..Kaler soft peach


7 Sisters - yg ni pun saya teringin nak tanam.


Medina - warna putih bersih, berjambak tp tiada bau..Percaya tak ada bunga ros yang tak ada bau?
Pink Fairy Rose



Generous Gardener

Damask

Hybrid Tea 

Miniature


dan banyak lagi...


Ciptaan Allah memang hebat dan mengkagumkan.. Pada bunga ros aje ada kepelbagaian rupa, warna, bentuk, tekstur dan bau.. Nikmat Allah yang manakah yang kamu mahu dustakan?

Note: As of 4th November 2011, I bought a pot of hybrid rose -RM10. Green colour. Aha, ni satu lagi pe'el saya..Selalulnya cenderung untuk memiliki sesuatu yang bukan common, walaupun tak cantik sangat.. Ye lah, ros kan biasanya sinonim dengan kaler merah atau pink, putih dan kuning.. Tapi bila dah hybrid ni macam2 kaler ada, semuanya cantik2 dan ada yg tak common..Pi cameron highland, boleh jumpa ros kaler hitam pun ada..
Sebenarnya bukan nak beli sangat pun pokok ros ni, tapi sebagai sokongan dan menyatakan kegembiraan saya apabila akhirnya dah ada yang menjual pokok2 kat pasar tani.. Mula2 balik Johor, macam frust sikit bila dah tak de yang jual pokok kat pasar tani..hehe ni lah punca kenapa kaum wanita agak boros membeli bukan ikut keperluan, tapi entah dengan apa2 alasan pun boleh keluarkan duit...

No comments:

Post a Comment