Thursday, November 29, 2012

Bila Orang Kecil Hati dengan Kita

'Ketahuilah bahawa Allah SWT itu apabila menginginkan seseorang menjadi baik, tentulah ditunjukkan sebarang keburukan yang ada pada dirinya. Jadi seseorang yang penglihatannya benar-benar dapat menembusi jiwanya, sudah pasti tidak ada satu keburukan pun dalam dirinya yang dia tidak sedar'

~al-Ghazzali, Ihya' 'Ulum al-Din~ 


Kebiasaannya apabila orang kecil hati dengan kita, kerana sikap 'over board' kita; kita sukar untuk menerima dengan lapang dada. Kita tidak mahu mengaku ianya memang salah kita. Sebaliknya menyalahkan pula orang lain dengan menyifatkannya terlalu sensitiif dan mudah perasa..

Melihat dari perspektif refleksi diri, adalah lebih baik sekiranya kita jadikannya sebagai muhasabah untuk diri kita.. Di mana silap kita sehingga orang kecil hati.. Apa yang tak kena dengan kita? Adakah kerana kita tidak teliti dengan adab berbahasa? Adakah tanpa sedar kita bersifat berlagak? Adakah sifat kita suka nak memaksa orang lain menerima pandangan kita yang kita sentiasa rasakan benar? Adakah kita menggunakan ayat-ayat yang berbunyi tegas? Adakah kita suka mengulang-ulang benda yang sama sehingga orang salah faham tentang maksud kita yang sebenarnya? Adakah riak muka kita memperlihatkan non verbal language yang tidak menyenangkan?

Jagalah lidah, jagalah hati.. Mudah2an hubungan kita sesama manusia sentiasa baik .. 



No comments:

Post a Comment