Tuesday, November 27, 2012

Kucing Meow Meow Please Behave

Antara cabaran besar yang saya hadapi semasa bercucuk tanam ialah KUCING. Not mine, but si bulu milik jiran India saya...Kucing cantik dan hensem tapi sayangnya tak ada disiplin dan tak diajar toilet training..Masa awal2 pindah ke rumah baru, selalu lah si kucing ni berak kat depan pagar rumah.. Alhamdulillah waktu saya berkesempatan nampak si bulu ni baru2 nak mem'buang', I talked to it nicely.. Beritahu supaya tak berak2 kat sini lagi dah sebab malam2 saya nak ke masjid.. Alhamdulillah surprisingly the cats understood.. Tak de lagi kes berak2 depan pagar rumah.. Habis teruk pun depan pagar jiran sebelah rumah..

Cuma bila saya asyik outstation, si kucing yang sebenarnya saya tak tahu yang mana satu dan berapa ramai yang nakal ni; dah mula buat agenda lain.. Pandai cari port yang lebih bagus.. Tau kat mana? It's first try is inside Kak Maznah's pot in which I grew mint. Tiga kali saya terpaksa buang kesemua tanah dan anak pokok yang saya semai dalam pasu Kak Maznah.. Sehingga akhirnya saya terpaksa isolate pasu itu ke tempat lain..

Baru-baru ini, sekembali dari Langkawi, si  meow2 buat hal lagi.. Tak ada pasu Kak Maznah, dia pergi berak kat pasu 4 segi yang saya tanam spring onion... Habis tanah tu saya terpaksa buang. Kemudian dia berak kat bekas putih berisi anak-anak pokok tomato.. Dengan bekas-bekasnya saya buang..

Dan pagi kelmarin, masa nak pergi kerja saya lihat ada lalat berhampiran pasu pokok ros saya.. Tengok2, ada tahi kucing.. OMG, this is too much... Dah le pokok ros tu lokek..Balik dari kerja, dia buat hal kat pasu selasih saya.. Yang saya dah suspek sebelumnya sudah dikencingnya berdasarkan kesan anak2 selalsih yang semacam ada masalah.. Kali ini dijadikan tempat membuang pulak.. Gone pokok selasih.. Nampaknya bukan rezeki lah.. Harap-harapnya anak selasih yang disemai dalam bekas semaian masih kekal bertahan sebagai ganti induk yang dah wilted dan adik beradik yang dah mati diberak kucing..

My temporary solution.. Curah clorox ke lantai2 tepi semua pasu2 saya..Harapnya kucing tak akan mendekat lagi dah..

No comments:

Post a Comment