Saturday, November 3, 2012

Cuti Eid Adha: Pokok Hampir Mati

Sekarang ni semakin cuak setiap kali saya perlu out station atau bercuti..Almaklum ada lagi makhluk bernyawa yang perlu saya fikirkan..

Sebelum balik kampung untuk beraya, saya alihkan pasu ke tepi dinding porch. Kebetulan jiran sebelah minta nak gunakan porch saya, sebab hari Ahad hari raya ketiga mereka nak buat jamuan raya. Kali ni saya tak sempat nak kumpulkan botol mineral untuk bekal air minum pokok2 saya. Jadi pokok2 yang saya andaikan tahan panas terik ataupun hujan, saya letakkan di kawasan yang tiada teduhan.

Pokok2 yang berada di bawah bumbung, saya tawakkal aje lah.. Sebelum bertolak saya dah pesan supaya sabar tunggu saya balik, kena jaga diri baik2, bertahan untuk sementara waktu...

Ahad selepas Maghrib, saya sampai kat rumah.. Paling menyedihkan pokok salam saya dah jadi macam arwah pokok kemunting.. Daunnya mengerengkot seperti terbakar.. Pegaga yang cantik menutupi pasu pokok salam semuanya dah arwah. Pegaga kat dalam pasu kangkung pun sama.. Sah, hujan terlalu lebat.. Air dalam pasu bertakung.. Mereka ni 'caghok air', terlebih air.. Hu hu, saya ingatkan pokok salam saya cukup kuat.. Andaian saya salah.. Esoknya balik dari kerja, terus saya buang kesemua daun yang bermasalah.. Saya alihkan pasu ke tempat berbumbung.. Alhamdulillah masih boleh diselamatkan. DUa tiga hari selepas tu, tunas-tunas baru mulai tumbuh..

Pokok limau kasturi, lavender, pokok halau nyamuk dan yang lain-lain pun menampakkan gejala dehidrasi.. Alhamdulillah, setelah disiram, kembali normal..

No comments:

Post a Comment