Sunday, June 9, 2013

Kek Coklat Kukus Super Moist Munira

Dah teringin nak masak kek pulak dah..
Paling senang of course lah kek coklat. Tapi kali ni saya nak masak kek coklat super moist, kalau boleh yang rasanya sama macam kek-kek birthday 3H yang selalu ditempah dari Chef Siti Zarina Jaidon.

Search kat internet, keluar link Kongsi Resipi yang membawa ke Dapur Noor Masri..Yang suka belek2 blog masakan, nama Noor Masri ni memang tak asing lagi. Kak Noor cakap resipi ni diambil dari Kongsi Resipi juga, milik Pn Munira..Hence tajuk kek ni saya letak Kek COklat Kukus Super Moist Munira.. Yang bertulis2 akak dalam resipi kat bawah ni, merujuk kepada Kak Noor; bukan kepada saya.. Saya baru masukkan resipi kat sini, baru bercadang nak cuba. Tak jadi kek lagi..

Bahan-bahan: - akak guna loyang bulat 9"
1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje1 cawan serbuk koko1 cawan susu cair1 cawan susu pekat1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah
semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.Rehatkan sekejap bila dah sebati
Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
semua bahan di atas diayak
Bahan C:
4 biji telur - diblender (tapi akak pukul hingga kembang)
Cara membuat:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

Cara membuat:
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

No comments:

Post a Comment