'Ketahuilah bahawa Allah SWT itu apabila menginginkan seseorang menjadi baik, tentulah ditunjukkan sebarang keburukan yang ada pada dirinya. Jadi seseorang yang penglihatannya benar-benar dapat menembusi jiwanya, sudah pasti tidak ada satu keburukan pun dalam dirinya yang dia tidak sedar'
~al-Ghazzali, Ihya' 'Ulum al-Din~
Kebiasaannya apabila orang kecil hati dengan kita, kerana sikap 'over board' kita; kita sukar untuk menerima dengan lapang dada. Kita tidak mahu mengaku ianya memang salah kita. Sebaliknya menyalahkan pula orang lain dengan menyifatkannya terlalu sensitiif dan mudah perasa..
Melihat dari perspektif refleksi diri, adalah lebih baik sekiranya kita jadikannya sebagai muhasabah untuk diri kita.. Di mana silap kita sehingga orang kecil hati.. Apa yang tak kena dengan kita? Adakah kerana kita tidak teliti dengan adab berbahasa? Adakah tanpa sedar kita bersifat berlagak? Adakah sifat kita suka nak memaksa orang lain menerima pandangan kita yang kita sentiasa rasakan benar? Adakah kita menggunakan ayat-ayat yang berbunyi tegas? Adakah kita suka mengulang-ulang benda yang sama sehingga orang salah faham tentang maksud kita yang sebenarnya? Adakah riak muka kita memperlihatkan non verbal language yang tidak menyenangkan?
Jagalah lidah, jagalah hati.. Mudah2an hubungan kita sesama manusia sentiasa baik ..
Thursday, November 29, 2012
Tuesday, November 27, 2012
Kucing Meow Meow Please Behave
Antara cabaran besar yang saya hadapi semasa bercucuk tanam ialah KUCING. Not mine, but si bulu milik jiran India saya...Kucing cantik dan hensem tapi sayangnya tak ada disiplin dan tak diajar toilet training..Masa awal2 pindah ke rumah baru, selalu lah si kucing ni berak kat depan pagar rumah.. Alhamdulillah waktu saya berkesempatan nampak si bulu ni baru2 nak mem'buang', I talked to it nicely.. Beritahu supaya tak berak2 kat sini lagi dah sebab malam2 saya nak ke masjid.. Alhamdulillah surprisingly the cats understood.. Tak de lagi kes berak2 depan pagar rumah.. Habis teruk pun depan pagar jiran sebelah rumah..
Cuma bila saya asyik outstation, si kucing yang sebenarnya saya tak tahu yang mana satu dan berapa ramai yang nakal ni; dah mula buat agenda lain.. Pandai cari port yang lebih bagus.. Tau kat mana? It's first try is inside Kak Maznah's pot in which I grew mint. Tiga kali saya terpaksa buang kesemua tanah dan anak pokok yang saya semai dalam pasu Kak Maznah.. Sehingga akhirnya saya terpaksa isolate pasu itu ke tempat lain..
Baru-baru ini, sekembali dari Langkawi, si meow2 buat hal lagi.. Tak ada pasu Kak Maznah, dia pergi berak kat pasu 4 segi yang saya tanam spring onion... Habis tanah tu saya terpaksa buang. Kemudian dia berak kat bekas putih berisi anak-anak pokok tomato.. Dengan bekas-bekasnya saya buang..
Dan pagi kelmarin, masa nak pergi kerja saya lihat ada lalat berhampiran pasu pokok ros saya.. Tengok2, ada tahi kucing.. OMG, this is too much... Dah le pokok ros tu lokek..Balik dari kerja, dia buat hal kat pasu selasih saya.. Yang saya dah suspek sebelumnya sudah dikencingnya berdasarkan kesan anak2 selalsih yang semacam ada masalah.. Kali ini dijadikan tempat membuang pulak.. Gone pokok selasih.. Nampaknya bukan rezeki lah.. Harap-harapnya anak selasih yang disemai dalam bekas semaian masih kekal bertahan sebagai ganti induk yang dah wilted dan adik beradik yang dah mati diberak kucing..
My temporary solution.. Curah clorox ke lantai2 tepi semua pasu2 saya..Harapnya kucing tak akan mendekat lagi dah..

Sunday, November 18, 2012
Mawar-mawar di Hijau Garden
I'm not well versed of roses IDs.. So for the time being pakai agak2 je..

- ID i guess it's platinum -Beli hari ni dekat pasar tani. 1 polybag harga RM8. Dok cadang nak ambik yang lain, tapi bila nampak ada black spot pada pokok yang tu, saya tak jadi nak ambik. Ambik yang ni aje lah.. Kaler pink terang.. Masa beli tadi baru berkudup.. Tapi bila dah kena matahari kat rumah ni, dah mula kembang sikit..
- Green apple atau tineke -
Setakat ni dah berbunga tiga kuntum.. Ok lah tu.. Bila dah layu kuntum yang pertama terus saya pangkas dengan batang-batangnya sekali, dan cuba semai batangnya dalam pasu pokok ros putih... Harap-harap hidup, in sha' Allah...Orang kata tineke ni agak cerewet juga.
- ID tidak diketahui.. Saya agak2 miniature rose atau wild fairies atau pink fairies. Warna pink kecik2 je.. yang saya beli di nurseri Pontian.. Dah berbunga juga, tapi tak elok sangat.. Macam kurang sihat je lagi.. Tak mengapa, nanti saya akan jaga sampai sihat.. Ini pun bila dah bunga layu, saya terus pangkas dengan batang2nya sekali dan semai dalam pasu yang sama.
- ID tidak diketahui. Rasanya yang ni pun miniature rose juga. Warna putih kecik2..Semenjak dibeli kat Pontian dulu, masih tak berbunga baru.. Saya dah cuak juga bila salah satu batangnya dah jadi kehitaman..Daripada pembacaan, agaknya inilah kot yang dikatakan kanker ros..
Subhanallah.. Pokok ros pun boleh mengidap kanser juga.. Antara puncanya, adalah akar yang terlalu basah..Saya dah potong juga batang yang elok dan semai dalam pasu yang sama..Petang ni saya ingat nak potong satu lagi batang dan semai dalam pasu yang warna pink kecik2 tu..
Antara ros lain yang ada dalam koleksi:
Antara ros lain yang ada dalam koleksi:
rasa2 macam memphis magic -kelopaknya macam baldu, warna merah kehitaman. Saya beli sebab nampak lain dari kebiasaan.
Saturday, November 10, 2012
Sambal Tempoyak Ikan Bilis
Sumber: Dari Dapur Mak Long

bahan:
4 genggam ikan bilis mata biru [ saya masukkan lebih kurang 2 genggam]
2 genggam cili api merah* [saya masukkan 7 biji je]
2 biji cili merah besar* [saya tak masukkan]
3 ulas bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup* [saya guna kunyit serbuk]
4 batang serai dititik [ saya guna 2 batang je]
10 sudu tempoyak [ saya masukkan 3 sudu je]
4 helai daun kunyit dihiris halus [saya tak masukkan]
garam & aji [ saya tak masukkan ajinomoto]
gula [saya tak masukkan]
cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*)
panaskan 1 cawan minyak.. goreng ikan bilis hingga agak layu sahaja..
masukkan bahan yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula serai dan tempoyak dan sedikit air..
diikuti garam.. gula dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan daun kunyit..
dah pun siap..

Saturday, November 3, 2012
Bena Putih Menyerang Kenanga
Bila lama tak ada kat rumah ada-ada aje yang datang mengganggu pokok-pokok saya.
Yang terbaru selepas raya haji.. Nasib baik cepat perasan. Pokok kenanga saya diserang bena.. Cepat-cepat saya alih dan kuarantinkan, bimbang takut berjangkit dengan pokok2 lain..
Mula2 tu saya spray racun organik yang saya buat sendiri.. Tapi on 2nd thought, saya ambil tindakan drastik - potong semua daun, ranting, bunga dan kudup yang dah dijangkiti. kemudian saya spray lagi racun organik tu..
Alhamdulillah setakat ni terkawal.

Roses ID
Siapa tak suka bunga mawar? Cuma bab menanam tu yang sedikit leceh, sebab pokok mawar agak lokek dan manja.. Nak-nak kalau pokok yang dibeli di Cameron Highland, cantik di sana tapi bila turun ke tanah rendah, hayat tak panjang.. Rupanya ada tips untuk memastikan kesinambungan hidup ros dari tanah tinggi... Tapi dah alang-alang pelbagai species rose boleh didapati di nursery tanah rendah, why bother buying the ones from highland kan?
Setakat ni cuma ada beberapa jenis aje pokok bunga dalam koleksi saya.. Ikutkan hati nak ada banyak2..Tapi tu lah bila fikirkan masih dok di rumah sewa, terpaksa sabarkan diri supaya nanti tak susah bila nak kena pindah lagi..Pun bisikan hati kecik cakap, apa salahnya kalau tanam awal-awal.. Masuk rumah baru je nanti, dah penuh laman dengan pokok... Hahaha.. pandailah.. Bukannya beli corner lot, dan bukannya rumah tu besar sangat pun..
Pokok mawar yang ada dalam koleksi saya baru 2 jenis.. Tu pun dah lupa, bunga kaler apa, jenis apa.. Al-maklum, orang lain beli yg dah berbunga byk2 cantik2.. Saya pulak dok kesian kat pokok mawar yang masih dalam poly bag, yang baru2 belajar nak berbunga..Entahlah lain orang lain targetnya.. Memanglah kalau diikutkan beli yang dah berbunga banyak2 lagi cepat boleh menikmati keindahannya.. Tapi saya ni pesen lain sikit daripada kebiasaan orang.. Saya rasa puas bila dapat menjaga dan membelai pokok yang orang lain pandang sebelah mata..Nak-nak kalau pokok yg macam tak de harapan nak hidup.. Macam terasa puas gitu, bila kita dapat lihat sendiri progress sedikit demi sedikit pokok di bawah jagaan kita..Lambat pun tak mengapa, tapi kepuasan tu yang mengujakan..Ada unsur suspens adakah pokok dapat bertahan, ada unsur pengharapan supaya ianya subur dan mekar..Bila dah blooming, seolah2 ianya kejayaan hasil dari usaha kita menjaga dan membelai..
Untuk yang betul2 penggemar rose, samalah juga dengan penggemar orkid - mereka tahu ID untuk setiap jenis bunga yang mereka ada..Saya ni bukanlah tergolong dlm rose lovers.. setakat suka gitu2 je, ada seronok Tak ada pun tak apa.. Antara ID rose yg famous:
Queen of Sweeden - yg ni saya rasa sgt cantik..Mmg macam ratu..Kaler soft peach

7 Sisters - yg ni pun saya teringin nak tanam.
Medina - warna putih bersih, berjambak tp tiada bau..Percaya tak ada bunga ros yang tak ada bau?
dan banyak lagi...
Ciptaan Allah memang hebat dan mengkagumkan.. Pada bunga ros aje ada kepelbagaian rupa, warna, bentuk, tekstur dan bau.. Nikmat Allah yang manakah yang kamu mahu dustakan?
Note: As of 4th November 2011, I bought a pot of hybrid rose -RM10. Green colour. Aha, ni satu lagi pe'el saya..Selalulnya cenderung untuk memiliki sesuatu yang bukan common, walaupun tak cantik sangat.. Ye lah, ros kan biasanya sinonim dengan kaler merah atau pink, putih dan kuning.. Tapi bila dah hybrid ni macam2 kaler ada, semuanya cantik2 dan ada yg tak common..Pi cameron highland, boleh jumpa ros kaler hitam pun ada..
Sebenarnya bukan nak beli sangat pun pokok ros ni, tapi sebagai sokongan dan menyatakan kegembiraan saya apabila akhirnya dah ada yang menjual pokok2 kat pasar tani.. Mula2 balik Johor, macam frust sikit bila dah tak de yang jual pokok kat pasar tani..hehe ni lah punca kenapa kaum wanita agak boros membeli bukan ikut keperluan, tapi entah dengan apa2 alasan pun boleh keluarkan duit...

Pink Fairy Rose
Generous Gardener
Damask
Hybrid Tea
Miniature

Cuti Eid Adha: Pokok Hampir Mati
Sekarang ni semakin cuak setiap kali saya perlu out station atau bercuti..Almaklum ada lagi makhluk bernyawa yang perlu saya fikirkan..
Sebelum balik kampung untuk beraya, saya alihkan pasu ke tepi dinding porch. Kebetulan jiran sebelah minta nak gunakan porch saya, sebab hari Ahad hari raya ketiga mereka nak buat jamuan raya. Kali ni saya tak sempat nak kumpulkan botol mineral untuk bekal air minum pokok2 saya. Jadi pokok2 yang saya andaikan tahan panas terik ataupun hujan, saya letakkan di kawasan yang tiada teduhan.
Pokok2 yang berada di bawah bumbung, saya tawakkal aje lah.. Sebelum bertolak saya dah pesan supaya sabar tunggu saya balik, kena jaga diri baik2, bertahan untuk sementara waktu...
Ahad selepas Maghrib, saya sampai kat rumah.. Paling menyedihkan pokok salam saya dah jadi macam arwah pokok kemunting.. Daunnya mengerengkot seperti terbakar.. Pegaga yang cantik menutupi pasu pokok salam semuanya dah arwah. Pegaga kat dalam pasu kangkung pun sama.. Sah, hujan terlalu lebat.. Air dalam pasu bertakung.. Mereka ni 'caghok air', terlebih air.. Hu hu, saya ingatkan pokok salam saya cukup kuat.. Andaian saya salah.. Esoknya balik dari kerja, terus saya buang kesemua daun yang bermasalah.. Saya alihkan pasu ke tempat berbumbung.. Alhamdulillah masih boleh diselamatkan. DUa tiga hari selepas tu, tunas-tunas baru mulai tumbuh..
Pokok limau kasturi, lavender, pokok halau nyamuk dan yang lain-lain pun menampakkan gejala dehidrasi.. Alhamdulillah, setelah disiram, kembali normal..

Subscribe to:
Posts (Atom)