Sunday, November 18, 2012

Mawar-mawar di Hijau Garden

I'm not well versed of roses IDs.. So for the time being pakai agak2 je..


  1. ID  i guess it's platinum -Beli hari ni dekat pasar tani. 1 polybag harga RM8. Dok cadang nak ambik yang lain, tapi bila nampak ada black spot pada pokok yang tu, saya tak jadi nak ambik. Ambik yang ni aje lah.. Kaler pink terang.. Masa beli tadi baru berkudup.. Tapi bila dah kena matahari kat rumah ni, dah mula kembang sikit..
  2. Green apple atau tineke -  Setakat ni dah berbunga tiga kuntum.. Ok lah tu.. Bila dah layu kuntum yang pertama terus saya pangkas dengan batang-batangnya sekali, dan cuba semai batangnya dalam pasu pokok ros putih... Harap-harap hidup, in sha' Allah...Orang kata tineke ni agak cerewet juga. 
  3. ID tidak diketahui.. Saya agak2 miniature rose atau wild fairies atau pink fairies.  Warna pink kecik2 je.. yang saya beli di nurseri Pontian.. Dah berbunga juga, tapi tak elok sangat.. Macam kurang sihat je lagi.. Tak mengapa, nanti saya akan jaga sampai sihat.. Ini pun bila dah bunga layu, saya terus pangkas dengan batang2nya sekali dan semai dalam pasu yang sama.
  4. ID tidak diketahui. Rasanya yang ni pun miniature rose juga.  Warna putih kecik2..Semenjak dibeli kat Pontian dulu, masih tak berbunga baru.. Saya dah cuak juga bila salah satu batangnya dah jadi kehitaman..Daripada pembacaan, agaknya inilah kot yang dikatakan kanker ros..




Subhanallah..  Pokok ros pun boleh mengidap kanser juga.. Antara puncanya, adalah akar yang terlalu basah..Saya dah potong juga batang yang elok dan semai dalam pasu yang sama..Petang ni saya ingat nak potong satu lagi batang dan semai dalam pasu yang warna pink kecik2 tu..

Antara ros lain yang ada dalam koleksi:




rasa2 macam memphis magic -kelopaknya macam baldu, warna merah kehitaman. Saya beli sebab nampak lain dari kebiasaan.



No comments:

Post a Comment