Saturday, October 20, 2012

Begedil Geragau

Hari ni pergi pasar tani dengan Kak Maznah.. Kononnya nak cari kupang macam minggu lepas tapi dah pergi pun lewat, kupang dah pun habis..

Frust juga mulanya, tapi tiba-tiba ternampak pakcik tu keluarkan udang geragau.. Saya pun teringat yang Kak Maznah ada sebut sebelum ni nak makan udang geragau.. Ma sha' Allah, betapa pemurahnya Allah.. Tak ada kupang, ada pulak udang geragau..

Kak Maznah ajar saya cara yang dia biasa masak udang geragau.. First of course kena bersihkan dulu, buang apa2 bendasing seperti ikan kecik,  kayu2, benda hitam2, kulit siput dan sebagainya.. Basuh bersih2 kemudian toskan sampai kering air....


Bahan-bahan:


1 kg udang geragau
2 biji telur
1 1/2 camca makan serbuk kunyit
garam secukup rasa
daun sup
daun bawang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
2 biji cili hijau dipotong dadu
5 biji cili padi, dipotong halus
minyak masak


Cara-caranya:


  1. Masukkan udang geragau dalam mangkuk besar
  2. Masukkan garam, serbuk kunyit, daun sup daun bawang, bawang, cili hijau, cili padi, telur; gaul sehingga rata
  3. Cedok dengan sudu teh, goreng dengan api sederhana sehingga garing dalam minyal yang banyak (deep fry)


Sunday, October 14, 2012

New Members in Hijau's Garden

Kebtulan Kak Maznah datang rumah saya dan stay overnight.. Hari Ahad, saya ajak dia ke pasar tani. Kemudian kami ke TESCO. Lepas tu saya ajak dia gi usha-usha nurseri di Pontian..

Kak Maznah sepeti mana biasa, membeli bunga ros lah kerjanya..

As for my self, I bought lavender (RM7), melati (RM5) dan marigold (RM4) kat 1st nurseri..
Singgah pulak nurseri kedua yang kedudukannya di seberang jalan.. Saya beli melur, kenanga, limau kasturi  dan limau purut dan 2 pokok mawar harga RM5 each..

Saturday, October 6, 2012

Cerita Tentang Pokok

Dah lama juga tidak menulis tentang pokok-pokok yang ditanam..Ada yang hidup segar, ada yang mati..

1. Stevia - berdaun besar dan segar. Namun cubaan untuk menyemai pokok baru daripada keratan batang masih belum berjaya setakat ni. Rasanya dah 3 kali.. Sekarang belum boleh cuba, sebab hanya 2 ranting aje yang tinggal. Dua ranting yang dipotong sebelum ni, masih belum mengeluarkan tunas baru.

2. Kesum- segar. Cuma dua tiga hari ni perasan daun ada warna merah.. Mungkinkah daun tua sebab setakat ni saya belum petik lagi..? Atau petanda penyakit? Saya petik buang sebahagian daun untuk menggalakkan pertumbuhan daun baru.

3. Pokok Halau Nyamuk - segar. Hehe saya dapat tau, kegunaan pokok ini sebagai penghalau nyamuk hanyalah mitos semata2.. Patutle saya nampak nyamuk pergi je kat pokok tu.. Nasib baik cantik. Boleh jadi pokok hiasan.

4. Kemangi - dah wilting.. Saya dah simpan biji benihnya dalam peti ais. Dan sebahagiannya saya tabur dalam pasu yang sama, dan ada yang saya semai di bekas semaian.. Dah nampak bercambah mengeluarkan daun.. Banyak pokok juga. Kalau menjadi, boleh bawa balik kampung dan kongsikan dengan kawan-kawan.

5. Pudina - Juga macam dah wilting. Saya buang daun-daun besar.. Dan telah semai pokok2 baru daripada keratan batang dan juga anak pokok.. Tinggal dua pasu aje - 3 pokok. 3 pokok yang disemai untuk Kak Maznah mati keras kong.. Ada ke patut sikucing nakal pergi berak dalam pasu..Dgn tanah2 dalam pasu saya terpaksa buang.

6. Pokok sambung nyawa - Galak berpucuk.  Ini adalah 2  pokok yang saya semai dari keratan batang. Induk asalnya saya beri pada my bro di Bangi untuk ubat darah tinggi..

7. Pokok Bismillah/ South Africa - Pokok yang saya kuarantinkan selepas diserang aphid, telah mengeluarkan daun-daun baru, alhamdulillah.

8. Pokok Mata Pelanduk - Buahnya masih belum merah. Setelah diambil pucuknya untuk ulam nasi kerabu di Bangi, agak lambat mengeluarkan pucuk baru. Alhamdulillah sekarang baru ada pucuk-pucuk baru. Sayang nak ambik. In sha' Allah saya nak simpan minggu depan, cadangnya nak masak nasi kerabu jemput sedara dan kawan-kawan makan tengahari..

9. Pokok Serai Kayu/Salam/Bay/Samak - Tengah galak berpucuk.. Tumbuhlah banyak-banyak, saya nak buat ulam nasi kerabu..

10.Pegaga - pegaga kampung - masih malu2..Semakin banyak daun, tapi belum galak.. Macam kurang serasi hidup bersama mata pelanduk. Mungkin saya kena alihkan ke pasu lain. pegaga pejabat yang anie bagi memang segar bugar, hijau pekat daunnya..Nampak cantik untuk hiasan..

11.Kucai - macam dah nak mati, sedihnya.. Selepas balik dari Melaka, daun pokok kucai dah jadi kuning.. Nak kena ambik balik kat kampung..

12. Bawang - saya dah semai yang baru..Dah mula keluarkan daun.

13. Tomato- anak-anak pokok dalam bekas semaian habis mati bila saya balik dari Melaka. Nasib baik beberapa anak dah saya alihkan ke bekas lain.. Tengah segar bugar dan menambahkan helaian daun..Untuk saya cukup 2 pokok. Yang lain saya nak bawa balik kampung dan bagi kat kawan-kawan.

14. Lili - alhamdulillah hidup..Masa balik dari Melaka, 1 pokok lili dah terkeluar dengan bawang2nya sekali.. Ni mesti kerja si nakal meow2.. Saya timbuskan balik dalam tanah.. Masih belum berbunga..Agaknya kena bagi baja bunga, baru rajin nak berbunga..

15. Pokok kari- belum keluarkan daun.. 3 pokok yang cuma ada batang sahaja.. Balik raya haji ni, saya nak ambik anak yang lain..

16. Pokok Bunga Yesterday, today, tomorrow -Tanam dengan keratan batang. masih hidup.. Tapi belum menunjukkan pertumbuhan baru.. Sama je macam masa bawa balik dari kampung.. Lambat.

17. Pokok tak tau nama - hidup.

18. Japanese Rose - Dah berbunga tapi belum galak.

19. Cili besar dan Cili padi - Masih dalam bekas semaian.. Tunggu anak-anak cili padi besar sikit baru nak alihkan..

20 - Timun - masih diperingkat nak cuba menyemai..

21. Pokok hiasan berdaun tak tau nama - hidup segar, tapi rasanya tiada perkembangan.

22. Pandan - dah ada 2 pasu. 1 daripada anak pokok yg Kak Maznah bagi.. Another one, Hisan bagi..Sangat cukup utk buat kuih muih mahupun masak nasi lemak.

23.Lengkuas - dialih ke pasu arwah pokok kemunting untuk sementara. Kenapa sementara? Sebab tanah dalam pasu kemunting berselirat dengan akar, atau mungkin sabut.. Susah nanti kalau nak gali lengkuas.. Apapun, lengkuas dah keluarkan tunas..

24. Serai - daunnya cantik, tapi batangnya belum cantik.

25. Kunyit - dah besar juga daunnya.. Dah boleh kalau nak guna untuk memasak. Saya nak tunggu bunganya.. Dah lama tak berulamkan bunga kunyit macam yang almarhumah ma selalu amalkan.

26. Kangkung - Ada 1 pokok je.. Tapi galak mengeluarkan daun.. Hari ni saya petik untuk makan..Celur je makan dengan ulam2 yang lain..Nanti saya nak tanam banyak2 lagi kangkung..Lepas ni jimat dan sihat - kangkung organik dari hijau edible garden..

27. Bunga Telang - Baru je saya semai 5 benih pokok bunga telang untuk mewarnakan nasi kerabu..Dan nanti kalau ada rezeki, Allah izinkan, boleh cuba sirap bunga telang.. Harapnya tumbuh subur..

Sunday, September 23, 2012

Sambal Lada

Banyak lagi entries dari multiply belum dipindahkan ke sini..
Tak taulah bila boleh disiapkan sebelum every thing's gone.. Jangkaannya Disember akan ditutup..


Ni saya masukkan resipi sambal lada yang saya jumpa, tapi lupa nak ambik URLnya. Sambal ni nak kena masak dulu, supaya tahan lama.


Bahan-bahan

20 biji lada kering
20 biji lada merah
20 biji cili padi
1/2 buku belacan bakar
5 ulas bawang putih bakar
10 ulas bawang merah bakar
2 sudu garam
1 cawan gula pasir
1/2 cawan cuka

Friday, September 21, 2012

Apam Dewa/ Ambon

Multiply
Aug 1, 2012

Sumber: Inaku's Notes
Sumber : missayu MyResepi

Bahan-bahan
  • 6 biji telur
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar sunquick (utk hilangkan bau hanyir telur) - ina guna esen vanila tp klu mak biasa guna esen ros.
  • Pewarna

Cara-cara
  1. Pukul telur bersama gula dan sunquick hingga kembang (putih).
  2. Setelah kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukan pewarna yang disukai. alaskan loyang dengan plastik.kemudian masukan adunan ke dalam loyang berselang seli.
  4. kemudian kacaukan sedikit adunan yang di dalam loyang dan lorekan corak di atas.
  5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.. ****selamat mencuba****


Sumber: EdAzman's Blog

Bahan-bahannya:
  • 5 biji telur itik - nak guna telur ayam pun tak apa
  • 250 gm gula halus
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 s/k ovelete
  • 1 s/k baking powder
  • 1 s/k esen ros
  • sedikit pewarna merah jambu @ apa2 kalerlah ya!..
Cara-caranya:
  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.Masukkan ovelete & esen ros dan pukul lagi.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Masukkan ke dalam adunan telur tadi...kacau rata.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian...satu dibubuh pewarna merah jambu dan satu lagi dibiarkan kaler asal.
  4. Masukkan ke dlm loyang yg telah disapu ngan planta.masukkan adunan berselang-seli.Dan kacau manja...agar nampak cantik...
  5. Lepas tu kukus dan jgn lupa penutup pengukus dialas kain agar air tak jatuh dipermukaan apam tersebut....

Crispy Almond Cookies



Multiply

Ini antara cookies kegemaran saya.. Lebih-lebih lagi kalau bahan-bahannya ditambah dengan pelbagai nuts seperti sun flower seeds, pistachios etc.. Kalau beli kat kedai, sebotol kecik aje dah RM27..

Jamie Oliver's Perfect Roast Chicken

Multiply
Aug 8, 2012

Source: Jamie Oliver




Ingredients


• 1 x approximately 1.6kg chicken, preferably free-range, organic or higher welfare
• 2 medium onions
• 2 carrots
• 2 sticks of celery
• 1 bulb of garlic
• olive oil
• sea salt and freshly ground black pepper
• 1 lemon
a small bunch of fresh thyme, rosemary, bay or sage, or a mixture


Method


To prepare your chicken
• Take your chicken out of the fridge 30 minutes before it goes into the oven
• Preheat your oven to 240°C/475°F/gas 9
• There’s no need to peel the vegetables – just give them a wash and roughly chop them
• Break the garlic bulb into cloves, leaving them unpeeled
• Pile all the veg and garlic into the middle of a large roasting tray and drizzle with olive oil
• Drizzle the chicken with olive oil and season well with salt and pepper, rubbing it all over the bird
• Carefully prick the lemon all over, using the tip of a sharp knife (if you have a microwave, you could pop the lemon in these for 40 seconds at this point as this will really bring out the flavour)
• Put the lemon inside the chicken’s cavity, with the bunch of herbs

To cook your chicken
• Place the chicken on top of the vegetables in the roasting tray and put it into the preheated oven
• Turn the heat down immediately to 200°C/400°F/gas 6 and cook the chicken for 1 hour and 20 minutes
• If you’re doing roast potatoes and veggies, this is the time to crack on with them – get them into the oven for the last 45 minutes of cooking
• Baste the chicken halfway through cooking and if the veg look dry, add a splash of water to the tray to stop them burning
• When cooked, take the tray out of the oven and transfer the chicken to a board to rest for 15 minutes or so
• Cover it with a layer of tinfoil and a tea towel and put aside. Now is the time to make your gravy

To carve your chicken
• Remove any string from the chicken and take off the wings (break them up and add to your gravy for mega flavour)
• Carefully cut down between the leg and the breast
• Cut through the joint and pull the leg off
• Repeat on the other side, then cut each leg between the thigh and the drumstick so you end up with four portions of dark meat
• Place these on a serving platter
• You should now have a clear space to carve the rest of your chicken
• Angle the knife along the breastbone and carve one side off, then the other
• When you get down to the fussy bits, just use your fingers to pull all the meat off, and turn the chicken over to get all the tasty, juicy bits from underneath
• You should be left with a stripped carcass, and a platter full of lovely meat that you can serve with your piping hot gravy and gorgeous roast veg