Friday, March 15, 2019

Butter Cake

Kak M telefon bagitau yang dia tak dapat nak ikut pergi kenduri anak Kak H sebab dia kurang sihat selepas balik dari travel minggu lepas. Apabila dengar dia bercerita tentang keadaannya yang tak lalu makan dari sebelum travel, saya terus panaskan kerutuk ayam hutan dan dalam masa yang sama bakar kek marble untuk Kak M. Kakak kakak.. citarasanya tetaplah kek tradisional iaitu sama ada kek butter atau kek marble. Dah banyak kali dia dok bercerita nak buat kek marble tapi tak buat-buat..

Jadi kesiankan dia yang tak lalu makan, saya terus keluarkan butter dari peti ais dan bahan-bahan untuk kek marble sambil bercakap dengannya melalui telefon. Dia dok tanya 'kau tengah buat apa tu?' agaknya sebab dengar bunyi kuat mixer. Takut nak memberikan harapan palsu, manalah tau kalau2 kek tak menjadi,saya tak beritahu dia yang saya tengah buat kek untuk dia.. Kalau menjadi dan sedap, saya bawa ke rumahnya nanti sebaik selesai menghadiri kenduri.

Alhamdulillah, kek menjadi. Harapnya dia pun puas hati. Ni resepi yang saya guna:

Bahan

250g mentega [saya guna Tartura, salted]
180g gula kastor
4 biji telur A
1 sudu teh esen vanila
250g tepung low protein/tepung kek - diayak
1 sudu teh baking powder-di ayak
4 cmb susu segar

untuk adunan  bater coklat:
2 sudu makan serbuk koko-diayak
chocolate emulco

Cara:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. masukkan esen vanila
  3. masukkan telur dan tepung berselang seli
  4. masukkan susu segar
  5. bahagikan bater kepada dua bahagian, salah satunya dimasukkan serbuk koko dan chocolate emulco
  6. masukkan dalam baking pan secara berselang seli untuk menjadikan corak marble.







Friday, February 22, 2019

Cream Custard Filling

RESEPI 1

Sumber Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
200ml/1 cawan susu segar
1biji telur saiz L
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar mentega

RESEPI 2
Sumber: Dr Maryam Liyana (Her mom's recipe)

1 cwn susu ideal
1 cawan gula
4 cwn air
100g tepung kastard
1tsp vanilla essence
1tbsbutter

Monday, September 10, 2018

Sambal Bilis Tempoyak Petai

Ikan bilis digoreng garing
Petai
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Tempoyak
Kunyit hidup
Daun kunyit dihiris halis
Minyak masak
Garam


Cara

  1. Tumis bawang merah bawang putih cili padi kunyit yang dikisar
  2. Masukkan petai
  3. Masukkan tempoyak
  4. Perasakan dengan garam, dan kalau perlu tambah sedikit gula
  5. Masukkan hirisan daun kunyit


Tuesday, June 5, 2018

Godok Telur

2 1/2keping gula melaka (kecil)
4 biji telur A
Air
Susu tepung 2 sudu makan
Sedikit garam
Daun pandan

Monday, January 15, 2018

Ayam Panggang Noxxa



Bahan - bahan perapan (1 ekor ayam)



3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
 3 sudu besar sos lada hitam (boleh di gantikan dengan kicap manis dan sos tiram)
1 sudu besar lada hitam serbuk lada hitam 
2 cmb madu
1 kiub ayam 
2 cmb gula perang/1 keping gula melaka (saiz kecil)
2cmb Italian mix herbs 
1 1/2 cmt garam halus
Sedikit air 
1 cmnMentega

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan dan lumur pada ayam. Perap 4 jam atau semalaman.
  2. HP 7 mins
  3. Keluarkan wap, buka penutup
  4. Stir fry, balik2 kan sehingga warna nampak seperti dipanggang


Friday, October 20, 2017

Kek Marble Orange Coklat

Kenangkan telur double A masih berbaki, sayang pulak kalau nak dibiarkan lama. Nanti sejuk pulak telur tu. Malas macam mana pun nak kena rajinkan diri juga buat projek baking. Banyak hari dah dok fikir sama ada nak buat cream puff atau kek.

Petang ni, terus dapat buat keputusan bila nampak buah oren ada  beberapa biji dalam peti ais. Maka dengan itu timbul idea nak try buat kek marbled sicilian orange cake macam kat blog Bakescapade.

Tilik2 berat butter anchor kat peti ais tu cuma 227g. Resepi yang diberi nak kena guna 250g butter. Malas betul nak tambah sikit2 gitu. Belek2 resepi lain nak guna 175g butter pulak. Lagi malas, berbaki2 pulak..

Sudahnya, saya olah je resepi sendiri based on resepi Bakescapade. Alaa.. bukan susah pun. Ikut aje resepi kek pound asas - nisbah sama untuk gula: lemak: tepung .

Bahan-bahan

227g butter
227g gula kaster (yang ni saya jadikan 200g kononnnya tak nak manis sangat)
3 biji telur gred AA (ni pun pakai agak2 aje tengok berdasarkan konsistensi batter bila dah dimasukkan telur sebiji2. Resepi 175g guna telur 3 biji (lebih kurang 55g untuk 1 biji telur), resepi 250g guna telur 4 biji)
11/2 sudu teh orange zest
80ml perahan jus oren
1 sudu teh esen vanila
227g tepung kek, diayak
4 sudu besar serbuk koko, diayak

Cara


  1.  Pukul butter dan gula hingga gebu
  2. Masukkan telur sebiji, sebiji
  3. Masukkan esen vanila, orange zest dan jus oren
  4. Masukkan tepung sikit2, kelajuan mixer kena slow la kan, kang berterbangan pulak tepung
  5. Ambil 1/4 adunan, campurkan dengan serbuk koko. Gaul rata guna senduk kayu
  6. Sekarang buatla marble ikut kreativiti sendiri.
  7. Bakar dalam suhu 170C bergantung kepada oven masing2. Masa juga bergantung kepada oven dan saiz acuan. Pandai2 la agak sendiri.
Note: Hijau gunakan acuan aluminium yang 4 segi tepat kecik tu, dapat 2 adunan je. 



Friday, October 6, 2017

Roti Macam-macam

Hari ni buat roti lagi. Guna resepi killer toast lagi tetapi yang lain pulak. Yang last time tu sedap cuma agak muak sebab telur sampai dua biji.

Bahan
260g tepung roti
Yis 3 g (kebetulan timbang time nak timbang yis tak leh nak baca, agaknya dah sampai masa nak kena tukar bateri, jadi saya agak2 je letak 2 sudu teh)
30 g Gula ( malas nak timbang, buh je 2 sudu besar)
2g Garam  ( I agak2 je buh sikit)
1 biji Telur +susu  segar =180g (I guna telur saiz B, check2 stok tak de plak susu segar/susu cair so I masukkan air untuk jadi 180g + susu tepung 2 1/2 sudu besar)
Mentega 30g

Masukkan dalam bread machine, mode dough.. kali ni kononnya nak try uli macam2 pulak.. lepas dah siap BM menguli dan proofing, I keluarkan dan tumbuk manja sikit sekali dua aje (sebenarnya malas.. lagipun killer toast femes sebab memadai dengan 1 kali proofing), kemudian saya uli memanjang. Saya bahagikan kepada 4 bahagian. Setiap bahagian tu saya uli memanjang lagi dan bahagikan 4. 1 bahagian saya masukkan nutella. I1bahagian lagi saya masukkan mentega yang ditabur gula (mentega lebihan tinggal sikit je, cuma dapat 3 biji. Tak kuasa nak ambik mentega yang belum guna jadi  1 biji lagi saya letak parutan cheese). 1 bahagian lagi saya tabur kismis, gulung dan potong 4 macam buat cinnamon roll. 1 bahagian lagi saya buat kosong je.. Sebab tu tajuk posting hari ni roti macam2. 1 adunan jadi macam2 roti. Kalau mood baik bolehlah buat yang lawa2 sikit.

Tinggalkan seketika supaya naik double..sapukan egg wash jangan lupa. Panaskan oven. Saya bakar dalam suhu 180C selama entahlah berapa minit agaknya dalam 10-15mins..Ingatkan lama.. Kalau lambat jenguk tadi confirm2 roti hangus tak leh nak makan. Verdict : Sangat lembut. No need bread improver nor bread softener.

Rasanya resepi yang ni kalau nak terus bakar dalam bread machine saya yang kecik cinonet tu pun in sha' Allah tak melimpah. Baru perasan resepi sebelum ni guna yis 6g, yang ni 3 g je.. 

Next time boleh buat bun sardin pulak untuk bekal gi opis, in sha' Allah..