Kemunting adalah pokok yang memang sudah lama saya nak tanam.
Ia pokok nostalgia bagi saya. Sewaktu zaman budak-budak, setiap kali ke rumah makcik di Pasir Puteh, di semak2 pokok kemuntinglah tempat saya bermain. Di situlah kami kutip buah kemunting, berlumba2 siapa dapat buah paling banyak. Sambil kutip sambil makan.. Jika banyak sangat, makcik yang sorang lagi akan masakkan jem kemunting. Sedap disapu dengan roti.
Memang berhampiran rumah makcik, di depan dibelakang di kiri dikanan penuh dengan semak kemunting. Mungkin tanah dan cuaca di tepi bukit sangat sesuai untuk kemunting..Sedap, dan selalu perasan seolah2 inilah berries Malaysia..
Waktu ke Bangi beberapa minggu lepas, saya jumpa pokok kemunting dijual di pasar tani. Perasaan sangat gembira. Pokok yang lebat berbunga dan telah ada putik2 buah..
Balik ke sini, saya alihkan ke dalam pasu. Masukkan tanah hitam yang dibeli di TESCO..Tanah yang dibeli kat nursery Pak Ali dah habis..
Mula-mula pokok nampak ok. Siap dah kembang sekuntum bunganya. Esoknya pulak daun-daun nampak mengerengkot seperti hangus..Saya buang daun2 yang nampak rosak. Puas dibelek, tak ada serangga.
Semakin hari makin teruk. Saya alihkan pulak ke sebelah pokok mata pelanduk. Pun sama. Alih lagi ke tempat kuarantin..
Semalam saya ingat nak pangkas semua daun.. Biar tumbuh yang baru.. Hati mula tak sedap bila ranting yang dipangkas berwarna hitam.. Bila pangkas batangnya pun sama.. dah berwarna hitam.. Mungkin pokok diserang virus pada akar. Atau tanam hitam memangnya tidak sesuai untuk kemunting dan juga pokok kari yang nasibnya seolah2 serupa?
Wednesday, September 19, 2012
Saturday, September 15, 2012
Sushi Kelantan a.k.a Lawar
19 Apr 2008
Multiply
Actually I've no idea how to spell this dish. It's pronounced as (la+wa), but the word lawa itself means pretty in Kelantanese dialect and I don't think this dish looks pretty to deserve the name. So I decided to spell it with r - LAWAR.
Lawar is a very nutritious food made of raw and fresh fish meat which is added to varieties of ulam-ulaman. Macam sushilah lebih kurang, tapi tak ada pulut dan tak dibalut dengan seaweed. Ianya selalunya dimakan dengan nasi.
Ada dua versi lawar yang biasa saya masak. Satu versi famili saya dan satu lagi versi orang yang tinggal kat tepi pantai. Sebenarnya tak semua orang Kelantan tahu makan atau sediakan lawar. Malah ada yang tak pernah dengar. Ianya adalah special dish bagi orang yang tinggal kat pantai. Rasanya kenapa famili saya ada resipi ni adalah kerana Allahyarham ayah saya kadang-kadang suka join nelayan tangkap ikan sebagai salah satu hobinya. Resipi orang pantai lagi mudah tapi nanti nampak isi ikan yang dicincang. Bagi yang baru-baru nak try dan agak penjijik, try resipi famili saya. Banyak bahan rempah digunakan dan ikan memang dah tak rasa.
1. LAWAR (Resipi Famili)
Bahan2:
A. 6-7 ekor ikan tamban SEGAR [ ada 2 jenis ikan tamban: orang Kelantan panggil tamban beluru (tidak bersisik), dan tamban sisik. Untyk lawar, lebih sedap guna tamban beluru.]
- ikan di fillet, dan dicincang. Ketepikan.
B. Bahan yg dimesin halus:
2 btg serai dimayang
3-4 hirisan lengkuas
4 ulas bawang merah
2 biji cili merah ( jika suka pedas, tambah cili api)
4 sudu makan kelapa parut yg digoreng tanpa minyak, dan ditumbuk halus
C.
2 biji limau kerat lintang/ asam limau kiya ( Saya tak tahu orang luar Kelantan panggil apa. It's not lemon dan bukan juga limau purut. Rupa dan saiz seperti limau nipis, tetapi kulitnya agak kasar), diperah dan ambil airnya - kuantiti bergantung kepada cita rasa. Kalau suka masam lebihkan. Actually dengan cara nilah ikan tu jadi masak dan hilang rasa hanyir.
- Kalau tak ada limau kerat lintang, bolehlah guna 1 biji asam limau nipis + 3 keping asam keping yangg dihiris dan dimesin serta diambil airnya
Peringatan: jangan masukkan sekaligus kesemua perahan tersebut, masukkan sikit2 dan sesuaikan dengan cita rasa. Masakan kampung biasale, 'agak-agak cooking'.
D.
2 sudu makan budu
garam secukup rasa
E. Bahan-bahan Ulam
Daun serai kayu
Kacang panjang
mentimun
4-5 helai daun kesum
- dihiris halus seperti ulam nasi kerabu
Cara2:
Campurkan bahan B ke dalam bahan A. Masukkan C & D. Kemudian masukkan E. Gaul sebati. Seimbangkan rasa masam dan masin.
2. LAWAR (resipi orang pantai)
Bahan:
6-7 ekor ikan tamban
4 ulas bawang merah
3-4 biji cili api
kacang panjang
mentimun
2 biji asam limau kerat lintang/asam limau nipis
garam

Cara:
Gaul kesemua sekali hingga sebati (Cara proses sebagai mana resipi di atas). Untuk sedap dan tak terasa ikan mentah, pastikan lawar cukup masam dan pedas.
NOTE: Resepi asal tak perlu dimasukkan budu. Tapi kemudian2 tu nenek saya cuba2 je masukkan budu untuk mantapkan lagi rasa..Dan proven lagi sodap bila ada budu..

Daging/Hati Lembu Goreng Kunyit
19 Apr 2008
Multiply
Daging/hati lembu dipotong nipis (pastikan potong melintang urat supaya daging lembut)
-Gaul dengan garam dan kunyit yang ditumbuk halus
-Perap (biar masin kerana perapan, jangan masin kerana terlebih garam.)
-Masak dalam kuali, biarkan sehingga air daging kering baru masukkan minyak masak.Kalau tak keluar air atau daging liat, masukkan sikit air.
- Goreng ( kalau suka garing, kecikkan api dan goreng lama sikit sampai keperangan)
- Sebelum angkat, masukkan bawang besar (kalau masak jenis menggoreng, bawang besar kena potong bulat, jangan memanjang) dan cili yang dipotong serong.
- Kacau sekejap dan boleh dihidang.

Thursday, September 13, 2012
Musuh Dah Datang Menyerang!
Bukan senang nak bercucuk tanam.. Bukan kita aje yang rasa suka melihat kehijauan dan kesegaran pokok-pokok tu..Musuh2 ni macam tau-tau je ada new plants yang boleh dijadikan sasaran mereka..
First, ulat hijau serang pegaga yang tinggal serumah dengan pokok salam..Tak ketara sangat yang rosak. Mana datangnya pun tak tahu. Saya ambik dan campak buang ulat tu.
Kemudian setelah balik dari Bangi, stevia pulak enak diratah belalang2 kecik. Tu pun nasib baik Na perasan. Pokok pudina pun sama.
Tak senang duduk jadinya. Maka berdasarkan pencarian di internet, saya buat racun organi buatan sendiri - 1 liter air +1 sudu besar sabun basuh pinggan+ 1 sudu minyak masak + halia + 3 biji cili padi. Saya tapis dan masukkan dalam botol. Saya dilutekan dalam bekas lain guna nisbah 1:4. Saya terlupa nak masukkan bawang putih. Hentam aje lah... tak rugi mencuba. Mula2 tu macam ada sebarang kesan; hingga saya dan na terpaksa tangkap sekor2 belalang dan masukkan dalam botol mineral yang saya gunakan untuk botol air minum pokok2 tu sewaktu saya tak ada kat sini..
Ada ke patut, saya dan Na tak sampai hati nak bunuh belalang2 tu. Bila masukkan dalam botol yang tutupnya ditebuk lubang2 kecil, ok lah juga.. Bolehlah belalang tu bernafas. Saya siap masukkan daun2 stevia sebagai bekal untuk makan.. Tak kisah kalau nak makan, cuma please jangan rosakkan tanaman saya ye..
Belum selesai kes belalang, saya perasan pulak pada pokok bismillah/south africa ada tompok2 halus berwarna hitam. Saya ingatkan tanah bakar yang kena kat daun.. tapi hati masih rasa tak sedap. Saya terus cabut semua daun pada pokok dan alihkan pasu tu dok sendir, kkena kuarantini kat tepi tembok.. Moga2 sihat lah kembali wahai pokok..Terkejut juga sebab Na cakap asalnya bintik2 tu bukan berwarna hitam..
Saya syak ianya perosak bernama A.P.H.I.D
Dan hari ini saya perasan ada serangga kecil berwarna silver pula pada daun pudina.. Hehe, bila buat container gardening yang tak berapa banyak ni, rajin lah pulak.. Sebelum pergi kerja siram, selepas balik kerja pun siram. Kecualilah kalau nampak tanah dah lembap sangat. Bukan setakat siram, helaian daun dibelek hari-hari..Belum lagi bab bercakap dengan pokok2, itupun kadang-kadang terasa malu sendiri. Kot-kot jiran terdengar, 'apa kenanya perempuan tu bercakap sorang-sorang'. Kalau tanam kat kampung tak ambik kisah sehingga begini sekali.. Adakah faktor pokok2, pasu2, dan tanah tanih itu semuanya dibeli; kat kampung semuanya free jer maka layanan ala-ala double standard..?.

Wednesday, September 12, 2012
Laksa Kelantan
Jan 14, 2011
multiply.com
Semalam baru dok bercadang nak masak laksa, tup2 pagi ni dapat mesej daripada Nadzim, 'laksa 2kg, santan berapa?' Hehe, seumpama hasrat hati dimakbulkan Allah.. Alhamdulillah.
multiply.com
Semalam baru dok bercadang nak masak laksa, tup2 pagi ni dapat mesej daripada Nadzim, 'laksa 2kg, santan berapa?' Hehe, seumpama hasrat hati dimakbulkan Allah.. Alhamdulillah.
Tapi yang lawaknya, bila tiba2 Nadzim terjah ngan soalan tu, saya terkedu gak nak menjawab.. Hehe... Betapa lamanya saya tak masak laksa kelantan sampai dah lupa sukatan2 nih..Dulu2 boleh lah jugak telepon arwah ma, sekarang ni kalau tanya nenek pun dah boleh agak apa jawapan dia -'mok dah lama tak masak, demo jah hok dok masak la ni..'
Rupa2nya Nadzim berjaya dapatkan laksa basah dari pembekal Koperasi JML Berhadyang memang bawa khusus dari Kelantan. Siap masak malam tadi, terus angkut ngan lori ke Lembah Kelang..Hebat.. Kalau nak diikutkan, orang tu tak nak bagi sebab dia dah bawa cukup2 untuk tempahan pemborong, tapi dengan sifat persistent yang ada pada Nadzim, dia berjaya dapatkan 2kg laksa dengan harga RM2.50 1kg. Orang lain yang turut berminat nak beli tak dapat.. Well, bagi yang tinggal kat Lembah Kelang dan Kajang, next time kalau nak makan laksa, boleh call no ni untuk tempahan:
0123483664 Pn. Roslinda
0122346609 Pn. Wan Aneazam
0176632058 En. Mohamad Dailmi
Masak laksa Kelantan ni kena tahu teknik, barulah sedap. Kalau tak, kuah jadi berketul, atau pecah minyak dan tak naik bau.. Laksanya pulak mesti nak guna yang basah, halus (seperti sphageti bukan halus macam angel hair) dan tak lembik. Laksa kering yang kebiasaannya diguna untuk laksa Penang tak begitu sesuai nak dimakan dengan kuah laksa Kelantan, sebab laksa kering tak menyerap kuah. Kuah laksa Kelantan adalah kuah yang bersantan, dan biasanya time nak makan tu kita tak masukkan sebanyak kuah laksa Penang.
Laksa nih, kalau mengikut kata orang2 tua di Kelantan, orang yang ada masalah sakit urat, accident dan apa2 masalah berkaitan dengan urat sendi dan tulang, tak boleh makan laksa. Nanti bertambah sakit. Biasanya untuk mereka nih, diberi alternatif lain iaitu laksam. Masa dulu2 saya pernah tanya nenek kenapa tak boleh.. Hehe jawapannya semata2 berasaskan logik orang tua dan sememangnya tidak dianggap logik untuk orang muda. Kata nenek, laksa ni susah nak buat, guna kekuatan tenaga.. berbeza ngan laksam, cuma tuang adunan nipis dalam tudung periuk, kemudian kukus. Hehe.. Ala2 sumpahan lah kot..
Pada saya, you are what you think. Kalau fikir makan laksa ni sakit urat, hah dapatlah sakit urat.. Makan je and think positively, in sha' ALlah tak memudaratkan. Lagi pulak sekarang ni dah guna teknologi moden dalam pembuatan laksa, mudah dan tak banyak menggunakan tenaga lagi dah..
Back to masak memasak kuah laksa. Formula asas untuk kuah laksa/laksam Kelantan ni -
1kg santan: 1kg ikan : 3kg laksa basah
Hehe kalau untuk 2kg laksa, nak kena buat matematik mudahla.. (patutle cikgu maths dulu cakap, masak kat dapur pun kena guna matematik). Tapi bila bab memasak ni, bukan boleh nak betul2 ikut sukatan. Campak2 and agak2 cooking juga yg best.. Yg tak bestnya, kadang jadi sedap, kadang tak sedap...
Yang saya masak tadi alhamdulillah sodap. So herein, I jot down the recipe for my own reference..
Bahan:
1kg laksa untuk lunch dan 1kg untuk dinner
A.
2kg laksa basah (kalau susah nak dapat, boleh guna laksa kering yang halus atau sphagetti)
B. Untuk Kuah
Kuah laksa
8 ekor ikan selayang a.k.a sardin saiz besar +sederhana (bukan sardin dalam tin. since Nadzim beli 1kg, takkan le nak timbang ikan biar jadi 600g kan? So I ikut je instinct, simpan 2 ekor dan guna 8 ekor)
1/2 kg santan pekat + about 4 cawan air (air ni 1'm not sure banyak mana, lupa nak sukat tadi. almaklum masak campak2.. yg penting kuah tak nak cair)
10 ulas bawang merah (boleh juga guna 5 ulas bawang merah dan 1/2 biji bawang besar)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
garam
3 sudu teh gula
asam keping
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
C. Untuk Ulam (semua dihiris halus)
Ni je ulam yang Nadzim beli, kobis pun kobislah janji sedap
kacang panjang
daun serai kayu (boleh gantikan dengan daun selum atau daun tenggek burung)
daun kesum
timun batang
taugeh
bunga kantan
D. Penambah Perisa
Belacan, garam dan sambal
Cili Kering+ garam ditumbuk halus
Sedikit Belacan
Sedikit garam halus
Limau Nipis dipotong kecil
CARA
- Ikan direbus sekejap dengan 3 keping asam gelugur dan sedikit garam.
- Blend bawang putih dan halia, ketepikan.
- Blend bawang merah, ketepikan.
- Masukkan isi ikan rebus dan sebahagian santan ke dalam blender, kisar sehingga betul2 halus
- Tuangkan santan dan isi ikan ke dalam periuk.
- Masukkan bawang merah.
- Sentiasa kacau supayah kuah tak berketul.
- Masukkan garam, gula dan asam gelugur yang digunakan untuk merebus ikan tadi dan kalau tak masam tambah 1 keping lagi asam gelugur.(Kuah laksa Kelantan tak masam macam laksa Penang. Lebih kurang macam masak gulai je.. )
- Teruskan mengacau kuah sehingga mendidih. Jangan biarkan terlalu lama supaya kuah tak pecah minyak.
- Sebelum diangkat, akhir sekali masukkan bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk lada hitam.
- Hidangkan dengan laksa, ulam2an dan bahan2 penambah perisa
TIPS:
- Pilih laksa yang halus dan tak lembik.
- Jangan guna ikan selar sebab kurang manis. Kalau tak ada selayang, guna ikan kembung. Hehe kalau banyak duit, guna ikan tenggiri supaya kuah nampak lebih putih.
- Isi ikan yang nak diblend tu, jangan masukkan dalam blender banyak sangat, nanti kuah akan berketul2 dan jadi tak cantik. Masuk sikit2 blend dengan santan. Kalau guna air, kuah akan jadi cair.
- Halia, bawang putih dan serbuk lada hitam kena masukkan akhir sekali supaya naik bau laksa..
- Jangan biarkan terlalu lama di atas api, supaya kuah tak pecah minyak.
- Sentiasa kacau supaya kuah tak berketul.
- Bahan2 penambah perisa disediakan dalam hidangan laksa Kelantan. Jadi senanglah untuk memenuhi selera manusia yang banyak ragam. Sesiapa nak makan pedas, boleh tambah cili, siapa yang rasa tak cukup masin sila tambah garam, siapa yang nak belacan boleh masukkan belacan, siapa yang nak masam perahkan limau nipis.
Ketupat Palas
Selalunya ketupat raya dibuat seperti nasi himpit yang dimasukkan dalam daun kelapa yang dianyam dan dimakan dengan rendang. Tetapi di Kelantan, ketupat tersebut atau dipanggil sebagai ketupat nasi bukanlah makanan popular pada hari raya. Malah ketupat nasi boleh dibeli di pasar-pasar pada hari biasa ataupun di pasar-pasar minggu. Cara makannya dicicah dengan sambal kelapa (dicampur kelapa parut goreng yang ditumbuk halus, bawang merah, isi ikan bakar, lada hitam, serai, gula dan garam).
Untuk raya, orang-orang di Kelantan masak ketupat palas yang dibuat daripada beras pulut yang dikukus dan dicampur santan. Ia dibungkus menggunakan daun palas, sejenis pokok yang tumbuh liar di hutan. Cara bungkusnya ada teknik tersendiri yang bukan senang untuk dipelajari, berbeza dengan cara membungkus ketupat palas di negeri-negeri bahagian utara. Daun palas ni ada 2 jenis: 1. Daun Palas Minyak 2. Daun Palas Belulang. Yang terbaik ialah daun palas minyak kerana daunnya lembut, mudah dibentuk dan warnanya hijau muda kekuningan.
Ketupat palas ni pun ada pelbagai. Ada yang lemak manis dimakan begitu sahaja, ada yang lemak tawar dan dicicah dengan air gula melaka atau rendang dan ada yang berintikan serunding daging. Ketupat nenek rasanya lemak manis, dicampur dengan kacang ketupat..
Ni resipi ketupat nenek:

4 kg beras pulut
2kg pati santan
1kg gula
1 genggam (tak penuh) + 1 jemput garam [1 jemput garam: 1 cupak beras]
Kacang ketupat (black eye beans) -kacang direbus, hingga empuk. Ketepikan yang pecah-pecah dan bahagian selaputnya yang berwarna hitam supaya keteupat nanti nampak cantik)
Cara:
1. Beras pulut dipilih, dibuang segala yang hitam-hitam
2. Basuh beras beberapa kali sehingga air basuhan jernih
3. Rendam beras pulut semalaman
4..Kukus pulut sampai masak dalam masa 45-50 min ( Jangan lembik/jangan sampai pecah biji beras)
5. Masakkan pati santan dengan garam, kacau jangan berhenti (jangan lama, sekadar menghancurkan garam)
6.Pulut yang dikukus masak cepat-cepat dimasukkan ke dalam bekas/besen
7. Masukkan pati santan (masukkan sekaligus)
8. Kacau dengan senduk kayu besar (bentuk seperti pendayung sampan)
9. Masukkan gula (masukkan sekaligus setelah disebatikan santan dan pulut sekejap)
10. Masukkan kacang. Teruskan mengacau sehingga pulut sejuk
11. Bungkus dengan daun palas.
Cara merebus:
1. Sediakan kuali tembaga
2. Hidupkan kayu api
3. Letakkan ketupat ke dalam kuali tembaga, masukkan air ( sekadar nampak air, tidak penuh)
4. Pastikan kuali tidak senget supaya masak rata
5. Masak sehingga air betul2 kering ( stand by bila bunyi meletup2 minyak bercampur air)
6. Cepat-cepat angkat dan toskan ketupat supaya tidak mudah basi

Ketupat Sotong
Ketupat sotong ni antara masakan istimewa Almarhumah Ma untuk anak-anak. Kalau balik kampung sekali sekala atau upon request waktu musim sotong, Almarhumah Ma pasti masakkan untuk kami. Saya sendiri belum pernah mencubanya, namun ketupat sotong memang antara favorite saya. Selepas ma tiada, baru perasan yang masakan ni antara yang saya tak sempat belajar daripada ma. Tau makan je.. Tapi pernah lihat proses menyediakannya... Supaya ianya tidak putus daripada generasi keturunan Almarhumah Ma, saya mencari-cari di internet resipi yang paling terhampir dengan masakan ma. Ada yang masukkan cengkih, ada yang masukkan halba, ada yang masukkan halia. Tapi seingat saya, ma tak masukkan itu semua. Walaupun dah lama tak mengecapinya, ingatan tentang rasanya tersimpan kemas dalam long term memory. Alhamdulillah, akhirnya saya temui resipi Mak Yong daripada myresipi.net. Saya akan cuba nanti apabila ada kelapangan dan bandingkan dengan ketupat sotong masakan Almarhumah Ma. Nanti saya akan alter biar jadi setanding macam Ma masak kalaupun tidak lebih sedap. (Resipi after alteration, sila lihat di bawah)
Bahan:
10 ekor sotong sederhana besar
After alteration:
Bahan:
10 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut (1 1/2 cwn)
2 cawan santan sederhana pekat (3 cwn)
1 keping gula melaka (1 1/2)
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
10 batang lidi (3-4cm panjang)
Cara:
2 cawan santan sederhana pekat (3 cwn)
1 keping gula melaka (1 1/2)
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
10 batang lidi (3-4cm panjang)
Cara:
- Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
- Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
- Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan dan susun sotong dalam periuk yang ada santan tadi.
- Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
- Imbangkan rasa manis secukup rasa.
- Hidangkan untuk minum petang
After alteration:
1 kg sotong sederhana besar, dibersihkan
1 1/2 cawan beras pulut
3 cawan santan sederhana pekat ( kalau guna pati santan , 1 1/2 cawan pati santan dicampur dengan 1 1/2 cawan air)
1 1/2 keping besar gula melaka
sedikit garam
2 helai daun pandan
10 batang lidi (3-4cm panjang)
3 cawan santan sederhana pekat ( kalau guna pati santan , 1 1/2 cawan pati santan dicampur dengan 1 1/2 cawan air)
1 1/2 keping besar gula melaka
sedikit garam
2 helai daun pandan
10 batang lidi (3-4cm panjang)
Cara:
Cara:
- Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 50 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
- Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan.
- Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/2 penuh. Jgn padatkan. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan dan susun sotong dalam periuk yang ada santan tadi.
- Masak sehingga pekat dengan api kecil supaya sotong tidak liat.
- Imbangkan rasa manis secukup rasa.
- Hidangkan untuk minum petang
* pulut lebihan, boleh dicampur sedikit garam dan ditanak. Kemudian dimasukkan ke dalam kuah sotong.
Subscribe to:
Posts (Atom)