Monday, April 27, 2020

Cabbage Pickle


Sepanjang musim PKP yang dah masuk fasa ke 4 ni, tidak ada sebarang pergerakan keluar lagi.  Semua keperluan dibeli secara online termasuk barang basah. Jika beli dari TESCO Online senang nak agak kuantitinya, tetapi bila beli dengan Agrobazaar tawakal aje lah.. Betul seperti yang dijangka, kobis bulat yang sampai saiznya besar. Peti ais pulak penuh dengan stok keperluan Ramadan. Bulan puasa ni banyak mana sangat boleh makan sayur, nak masukkan nasi dan lauk lagi.

Jadi solutionnya buat jeruk kobis. Kalau beli nampa cabbage dah buat kimchi dah.. Lain bangsa, lain negara ada cara tersendiri untuk menjeruk sayuran. Orang Melayu buat acar, orang Korea ada Kimchi.. Orang putih masukkan olive oil dalam jeruk sayurnya.

Yang ni saya guna resepi Asian Cabbage Pickle. Lebih kurang acar juga, cuma air, gula, garam, cuka dimasak. Diletak peppercorn, cili dan bawang putih dalam jeruk. Macam buat kimchi juga, kobisnya di potong dulu, direndam dalam air garam. Saya rendam semalaman. Kemudian bilas dan toskan airnya.

Ni resepi yang saya dah ubah suai dari The Wok's of Life ;
Bahan:

500g kobis, dipotong kecil
1 batang carrot, dipotong halus memanjang
2 cawan air
1 cawan gula
1 cawan cuka makan 
1 sudu teh penuh  garam halus 
3 ulas bawang putih ( dimayang kasar)
3-4 biji cili padi
15 biji lada hitam

Cara:

  1. Kobis dan carrot dipotong, dibasuh dan ditabur 2 genggam garam kasar + air dan direndam semalaman.  Ni antara tips untuk kekalkan kerangupan sayur. Basuh 3 kali untuk hilangkan masin, tos.
  2. Air, gula, cuka makan, garam dimasak hingga gula dan garam larut. Biarkan sejuk.
  3. Masukkan kobis, karot, bawang putih, cili padi dan lada hitam ke dalam bekas kedap udara.
  4. Masukkan campuran air, gula, garam, cuka ke dalam kobis. Gaul rata.
  5. Tutup bekas dan biarkan selama 12 jam. Nak makan terus after a few hour pun dah boleh
* Pandai2 lah seimbangkan rasa masin, manis, masam ya.. Kalau kurang, tambah apa yang patut.




ngredients

  • 2 pounds cabbage (900g, hand-pulled into large pieces)
  • 2 carrots (about 6 ounces/170g, cut into bite-sized pieces)
  • ¼ cup (plus ½ teaspoon salt, divided)
  • 2 cups water
  • 1 cup sugar
  • 1 cup white vinegar (5% acidity)
  • 3 cloves garlic (smashed)
  • 2-3 fresh chili peppers (optional)

Instructions

  • In a large mixing bowl, hand-rip the cabbage into large pieces (about 3” x 3” pieces)––they will shrink after pickling. Add in the cut carrots and ¼ cup salt. Use your hands to thoroughly and evenly distribute the salt with the vegetables. Top the vegetables with a heavy object (I used a baking dish with a large, heavy mortar and pestle on top, but you could use foil-wrapped bricks or any other heavy objects), and marinate for an hour in the refrigerator. This process removes excess liquid and makes the vegetables crunchy, but don’t marinate for too long or the cabbage will be too salty.
  • Next, add the water and sugar (here is where you would add the optional bay leaves and Sichuan peppercorns I mentioned) in a small pot. Bring to boil, and turn off the heat. Stir in the vinegar and ½ teaspoon salt. Let the liquid cool completely. It’s a good time to taste the liquid with a clean spoon to make sure you like the levels of sweet and sour, and adjust accordingly. Please use a clean spoon every time you dip into the brine.
  • Once the cabbage and carrots are marinated, wash them 2 to 3 times to get rid of the salt. Drain and squeeze out any extra liquid by hand or with a clean dish towel before putting the cabbage and carrots in a clean glass or ceramic container.
  • Mix in the smashed (or chopped) garlic and whole (or chopped) fresh chili peppers. Pour the cooled vinegar/sugar brine over the vegetables and ensure the vegetables are completely submerged. Cover and store in the refrigerator for 24 hours before serving chilled or at room temperature. If you have any leftovers, leave them stored in the pickling liquid and use clean utensil each time.

Wednesday, April 22, 2020

Apam Balik

Resepi 1
Sumber: Rafidah Jamhari, MAHN
5 keping sederhana besar

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 3 sb gula pasir
  • 1biji telur
  • 1sk esen vanila
  • 1sk baking powder
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sb butter
  • Pewarna kuning





Resepi 2

Buat Orang Lapo

  • 1 1/2 Cawan Susu Segar
  • 1 Biji Telur
  • 1/4 Cawan Gula
  • Sedikit Pewarna Makanan Kuning
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 sk Serbuk Penaik
  • 1 sk Soda Bikarbonat
  • 1/2 sk Garam
  • Kacang Tanah (kisar kasar)
  • Jagung Berkrim
  • Gula (untuk tabur)

Thursday, May 16, 2019

Nostalgic Easy Cream Spread

Untuk generasi seusia saya mesti pernah makan bun atau roti yang disapu dengan mentega atau marjerin yang kemudiannya ditabur dengan gula pasir. Zaman budak-budak, lagi banyak gula lagi suka.  Lagi manis lagi sedap. Kalau rajin sikit, bakar buat toast. Mentega/ marjerin akan cair, meresap masuk dalam roti.

Kalau kat kedai, versionnya lain sikit. tak macam yang buat sendiri. Tak nampak putih2 gula ditabur. Marjerin/mentega dah dipukul sebati dengan gula, jadilah sedikit berkrim. Yang ni mestilah lagi sedap. Resepinya mudah aje.

250g marjerin/butter
100 g gula halus
sedikit esen vanila

Putar hingga kembang.

Friday, March 15, 2019

Butter Cake

Kak M telefon bagitau yang dia tak dapat nak ikut pergi kenduri anak Kak H sebab dia kurang sihat selepas balik dari travel minggu lepas. Apabila dengar dia bercerita tentang keadaannya yang tak lalu makan dari sebelum travel, saya terus panaskan kerutuk ayam hutan dan dalam masa yang sama bakar kek marble untuk Kak M. Kakak kakak.. citarasanya tetaplah kek tradisional iaitu sama ada kek butter atau kek marble. Dah banyak kali dia dok bercerita nak buat kek marble tapi tak buat-buat..

Jadi kesiankan dia yang tak lalu makan, saya terus keluarkan butter dari peti ais dan bahan-bahan untuk kek marble sambil bercakap dengannya melalui telefon. Dia dok tanya 'kau tengah buat apa tu?' agaknya sebab dengar bunyi kuat mixer. Takut nak memberikan harapan palsu, manalah tau kalau2 kek tak menjadi,saya tak beritahu dia yang saya tengah buat kek untuk dia.. Kalau menjadi dan sedap, saya bawa ke rumahnya nanti sebaik selesai menghadiri kenduri.

Alhamdulillah, kek menjadi. Harapnya dia pun puas hati. Ni resepi yang saya guna:

Bahan

250g mentega [saya guna Tartura, salted]
180g gula kastor
4 biji telur A
1 sudu teh esen vanila
250g tepung low protein/tepung kek - diayak
1 sudu teh baking powder-di ayak
4 cmb susu segar

untuk adunan  bater coklat:
2 sudu makan serbuk koko-diayak
chocolate emulco

Cara:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. masukkan esen vanila
  3. masukkan telur dan tepung berselang seli
  4. masukkan susu segar
  5. bahagikan bater kepada dua bahagian, salah satunya dimasukkan serbuk koko dan chocolate emulco
  6. masukkan dalam baking pan secara berselang seli untuk menjadikan corak marble.







Friday, February 22, 2019

Cream Custard Filling

RESEPI 1

Sumber Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
200ml/1 cawan susu segar
1biji telur saiz L
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar mentega

RESEPI 2
Sumber: Dr Maryam Liyana (Her mom's recipe)

1 cwn susu ideal
1 cawan gula
4 cwn air
100g tepung kastard
1tsp vanilla essence
1tbsbutter

Monday, September 10, 2018

Sambal Bilis Tempoyak Petai

Ikan bilis digoreng garing
Petai
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Tempoyak
Kunyit hidup
Daun kunyit dihiris halis
Minyak masak
Garam


Cara

  1. Tumis bawang merah bawang putih cili padi kunyit yang dikisar
  2. Masukkan petai
  3. Masukkan tempoyak
  4. Perasakan dengan garam, dan kalau perlu tambah sedikit gula
  5. Masukkan hirisan daun kunyit


Tuesday, June 5, 2018

Godok Telur

2 1/2keping gula melaka (kecil)
4 biji telur A
Air
Susu tepung 2 sudu makan
Sedikit garam
Daun pandan