Tuesday, August 20, 2013

biskut samperit

sumber: bukuresipi

300 gm buttercup
1 cwn gula aising 
2 cawan tepung gandum 
1cwn tepung ubi 
1 cawan tepung jagung (Ayak semua tepung bersama)

Pukul gula dan butter hingga sebati tp jangan sampai kembang. Bila gula dah sebati, masukkan kesemua tepung yang diayak bersama. Gaul hingga sebati. Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit saja tepung. Nampak adunan tak lekat pada tangan dah ok. Jangan pula sampai bersih tgn tu, nanti biskut keras. Jika suka boleh warnakan doh dengan pewarna makanan. Masukkan dalam acuan samperit dan tekan bentuk bunga atas dulang pembakar. Jika suka hias atas samperit dengan coklat cip, manik, potongan ceri dan lain2. Bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 10 minit atau hingga masak. Tempoh membakar bergantung pada oven masing2..

Monday, July 29, 2013

Keke Velvet Ombak Beralun Kukus

Sumber: DapurKu Sayang


Resepi Kak Fida:

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
    • 1/2 sk garam
    • 1 sk esen vanilla
    • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
    • 10 sb mentega cair (100g)
    • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
    • Secukup serbuk koko

    Cara-cara :
    1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
    2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
    3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
    4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
    5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
    6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
    7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
    8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
    9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
    10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.



    Resepi Dayang Jack: (diolah daripada resepi Kak Fida, hanya 1/2 adunan menggunakan loyang 6 inci)


    Bahan 1/2 adunan :
    • 1 cawan tepung gandum
    • 2 sudu besar tepung semolina
    • 1/2 sudu kecil baking powder
    • 90 g gula kastor
    • secubit garam
    • 3 biji telur A
    • 6 sudu besar minyak jagung
    • 1/2 sudu besar ovalette
    • 2 sudu besar serikaya
    • 60 ml susu cair
    • pewarna kuning, pes pandan dan merah jambu
    • serbuk milo untuk melapis
    Cara-cara : sama seperti di atas


Kek Marble Pelangi Kukus

Sumber: Sinar Kehidupanku


Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Monday, June 10, 2013

Ros: Tak Mudah Putus Asa

  • Kalau nak diikutkan memang sedih, memang dah nak give up..Mungkin ros tak serasi dengan saya
  • Apataknya, ros yang cantik2 dah berkali2 berbunga, tiba2 satu demi satu diserang penyakit akibat serangga perosak. Saya tetap tak nak guna racun kimia. Mancozeb ke apa ke, walaupun orang cakap kalau nak ros cantik kena racun sekali seminggu... Mak oiiii.. Seminggu sekali pegang racun, ngan tuan2 dia boleh sakit nanti.. Na'udhubillah.
  • Dengan menanam ros ni, saya tahu yang diri saya ni pantang dicabar. Seronok tercabar.. Lagi tak jadi lagi nak buat..Sehingga berjaya.
  • Namun tekad kali ini, nak usahakan dulu pemulihan ros2 yang tinggal.. Biar segar bugar macam dulu, barulah saya akan tambah stok yang baru.. Kesian kalau ada yang baru sekalipun, pasti akan berjangkit.. Selagi yang ada belum pulih sepenuhnya, sabar je lah dulu..
Rose cuttings yang cuba diselamatkan, tapi semuanya Inna li'l-Lah..

Sunday, June 9, 2013

Kek Coklat Kukus Super Moist Munira

Dah teringin nak masak kek pulak dah..
Paling senang of course lah kek coklat. Tapi kali ni saya nak masak kek coklat super moist, kalau boleh yang rasanya sama macam kek-kek birthday 3H yang selalu ditempah dari Chef Siti Zarina Jaidon.

Search kat internet, keluar link Kongsi Resipi yang membawa ke Dapur Noor Masri..Yang suka belek2 blog masakan, nama Noor Masri ni memang tak asing lagi. Kak Noor cakap resipi ni diambil dari Kongsi Resipi juga, milik Pn Munira..Hence tajuk kek ni saya letak Kek COklat Kukus Super Moist Munira.. Yang bertulis2 akak dalam resipi kat bawah ni, merujuk kepada Kak Noor; bukan kepada saya.. Saya baru masukkan resipi kat sini, baru bercadang nak cuba. Tak jadi kek lagi..

Bahan-bahan: - akak guna loyang bulat 9"
1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje1 cawan serbuk koko1 cawan susu cair1 cawan susu pekat1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah
semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.Rehatkan sekejap bila dah sebati
Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
semua bahan di atas diayak
Bahan C:
4 biji telur - diblender (tapi akak pukul hingga kembang)
Cara membuat:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

Cara membuat:
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

Monday, April 1, 2013

Bukan Sekadar Bateri

Isnin yang bersemangat tapi bertukar menjadi sebaliknya apabila kereta tak boleh dihidupkan..Bateri? Baru September 2011 ditukar, belum lagi 2 tahun..Alternator? Ya Allah, harapnya bukan alternator..Tapi hati teringat servis terakhir sebelum ini, mekanik ada sebut pasal alternator yang mungkin perlu ditukar. Dia kata bateri masih ok.

Kelas  pukul 8 terpaksa ditangguh ke hari lain. Jangkaan saya masih sempat untuk menghadiri mesyuarat pada jam 10 pagi, walaupun mungkin lewat masuk.. Semua bahan meeting terus diemailkan kepada rakan setiausaha.

Rupanya tak semudah yang digambarkan dalam kepala. Waktu ini lah juga  direktori taman yang selalunya banyak membantu pencarian kedai2 atau perkhidmatan, ada masalah..Terpaksa tanya pakcik google. Telefon satu demi satu kedai yang dijumpai walaupun dah agak masih awal kedai tak dibuka..

Berjam2 telah berlalu. Tapi masalah belum dapat diselesaikan. Kedai2 bateri yang saya hubungi tidak menjual bateri berjenama popular. Yang ada grandstone, shark, varta, ami, gp.. semuanya nama2 bateri yang tak pernah saya dengar.. Huh, macam tak percaya tempat saya tinggal ni tak jual bateri berjenama.. Ada satu aje kedai yang jual Yokohama, itupun harga sangat mahal. RM320.. How I miss staying in my old place..  Saya terpaksa telefon lagi ofis untuk memaklumkan saya ambik EL.

Dalam berfikir2 nak contact teksi untuk mencari kedai bateri, Kak M telefon dan nak bawa saya ke kedai bateri. Pun sama. Lepas satu, satu kedai yang saya singgah semuanya tak ada bateri yokohama, atau century.. 5 buah kedai, bukan duah tiga buah..Kebanyakan jual 1 jenis sahaja..Sungguh tak masuk akal.. Teruk sangat ke inflasi sehingga penduduk sekitar tak sanggup beli bateri jenama hingga tokeh kedai pun tak nak jual..

Akhirnya saya terpaksa menyerah.. Balik rumah dan beli aje denga satu2nya kedai yang ada bekalkan yokohama. Alhamdulillah kali ni dia bayar RM20 untuk bateri lama. Jadi harganya RM300 untuk saiz din55. Kalau saiz 60, harganya RM220.

Bateri buat saya berfikir tentang usia hayat..Signalnya telah saya perasan dalam sebulan dua yang lepas. Kadang2 ada ketikanya kereta terpaksa di start dua kali untuk hidup. Tapi saya overconfident, sebab bateri belum sampai 2 tahun.. Sebelumnya bateri kereta saya bertahan lebih 5 tahun.. Usia kita juga sama.. Nak2 apabila ada warning signal, siap sedialah sentiasa..Jangan selalu berfikir masa masih ada..Ia boleh terhenti mengejut, bila2 masa, tanpa kita duga..

Bateri juga buat saya berfikir tentang sifat patriotik saya terhadap negara sendiri.. Jika dengan membeli barang buatan Malaysia melambangkan patriotisme, saya belum seorang patriot.. Saya belum yakin dengan produk Malaysia..Masih sukar untuk mengaitkan kualiti dengan produk buatan negara sendiri.. Saya belum seperti orang Korea yang banyak berbangga menggunakan produk negara mereka..Malah Samsung telah mampu bersaing dengan Apple..






Wednesday, January 23, 2013

My Wild Fairies



Finally I got her name  right - WILD FAIRY...Thanks to the rose lovers group that I've joined recently..


Note: RIP dear WF..hayat tak panjang, pokok jadi mangsa kucing nakal yang asyik jadikan pot sebagai toilet bowl..Cuba selamatkan tetapi gagal. Sob sob!

In sha' Allah jika ada rezeki nak cari juga pengganti wild fairy..orang kata WF paling senang nak hidup, senang nak tumbuh,,Cucuk2 atas tanah pun mudah nak hidup