Saturday, September 15, 2012

Daging/Hati Lembu Goreng Kunyit

19 Apr 2008
Multiply

Daging/hati lembu dipotong nipis (pastikan potong melintang urat supaya daging lembut) 
-Gaul dengan garam dan kunyit yang ditumbuk halus
-Perap (biar masin kerana perapan, jangan masin kerana terlebih garam.)
-Masak dalam kuali, biarkan sehingga air daging kering baru masukkan minyak masak.Kalau tak keluar air atau daging liat, masukkan sikit air.
- Goreng ( kalau  suka garing, kecikkan api dan goreng lama sikit sampai keperangan)
- Sebelum angkat, masukkan bawang besar (kalau masak jenis menggoreng, bawang besar kena potong bulat, jangan memanjang) dan cili yang dipotong serong.
- Kacau sekejap dan boleh dihidang.

Thursday, September 13, 2012

Musuh Dah Datang Menyerang!

Bukan senang nak bercucuk tanam.. Bukan kita aje yang rasa suka melihat kehijauan dan kesegaran pokok-pokok tu..Musuh2 ni macam tau-tau je ada new plants yang boleh dijadikan sasaran mereka..

First, ulat hijau serang pegaga yang tinggal serumah dengan pokok salam..Tak ketara sangat yang rosak. Mana datangnya pun tak tahu. Saya ambik dan campak buang ulat tu.

Kemudian setelah balik dari Bangi, stevia pulak enak diratah belalang2 kecik. Tu pun nasib baik Na perasan. Pokok pudina pun sama.

Tak senang duduk jadinya. Maka berdasarkan pencarian di internet, saya buat racun organi buatan sendiri - 1 liter air +1 sudu besar sabun basuh pinggan+ 1 sudu minyak masak + halia + 3 biji cili padi. Saya tapis dan masukkan dalam botol. Saya dilutekan dalam bekas lain guna nisbah 1:4. Saya terlupa nak masukkan bawang putih. Hentam aje lah... tak rugi mencuba. Mula2 tu macam ada sebarang kesan; hingga saya dan na terpaksa tangkap sekor2 belalang dan masukkan dalam botol mineral yang saya gunakan untuk botol air minum pokok2 tu sewaktu saya tak ada kat sini..

Ada ke patut, saya dan Na tak sampai hati nak bunuh belalang2 tu. Bila masukkan dalam botol yang tutupnya ditebuk lubang2 kecil, ok lah juga.. Bolehlah belalang tu bernafas. Saya siap masukkan daun2 stevia sebagai bekal untuk makan.. Tak kisah kalau nak makan, cuma please jangan rosakkan tanaman saya ye..

Belum selesai kes belalang, saya perasan pulak pada pokok bismillah/south africa ada tompok2 halus berwarna hitam. Saya ingatkan tanah bakar yang kena kat daun.. tapi hati masih rasa tak sedap. Saya terus cabut semua daun pada pokok dan alihkan pasu tu dok sendir, kkena kuarantini kat tepi tembok.. Moga2 sihat lah kembali wahai pokok..Terkejut juga sebab Na cakap asalnya bintik2 tu bukan berwarna hitam..

Saya syak ianya perosak bernama A.P.H.I.D

Dan hari ini saya perasan ada serangga kecil berwarna silver pula pada daun pudina.. Hehe, bila buat container gardening yang tak berapa banyak ni, rajin lah pulak.. Sebelum pergi kerja siram, selepas balik kerja pun siram. Kecualilah kalau nampak tanah dah lembap sangat. Bukan setakat siram,  helaian daun dibelek hari-hari..Belum lagi bab bercakap dengan pokok2, itupun kadang-kadang terasa malu sendiri. Kot-kot jiran terdengar, 'apa kenanya perempuan tu bercakap sorang-sorang'. Kalau tanam kat kampung tak ambik kisah sehingga begini sekali.. Adakah faktor pokok2, pasu2, dan tanah tanih itu semuanya dibeli; kat kampung semuanya free jer maka layanan ala-ala double standard..?.




Wednesday, September 12, 2012

Laksa Kelantan

Jan 14, 2011 
multiply.com

Semalam baru dok bercadang nak masak laksa, tup2 pagi ni dapat mesej daripada Nadzim, 'laksa 2kg, santan berapa?' Hehe, seumpama hasrat hati dimakbulkan Allah.. Alhamdulillah. 

Tapi yang lawaknya, bila tiba2 Nadzim terjah ngan soalan tu, saya terkedu gak nak menjawab.. Hehe... Betapa lamanya saya tak masak laksa kelantan sampai dah lupa sukatan2 nih..Dulu2 boleh lah jugak telepon arwah ma, sekarang ni kalau tanya nenek pun dah boleh agak apa jawapan dia -'mok dah lama tak masak, demo jah hok dok masak la ni..'

Rupa2nya Nadzim berjaya dapatkan laksa basah dari pembekal Koperasi JML Berhadyang memang bawa khusus dari Kelantan. Siap masak malam tadi, terus angkut ngan lori ke Lembah Kelang..Hebat.. Kalau nak diikutkan, orang tu tak nak bagi sebab dia dah bawa cukup2 untuk tempahan pemborong, tapi dengan sifat persistent yang ada pada Nadzim, dia berjaya dapatkan 2kg laksa dengan harga RM2.50 1kg.  Orang lain yang turut berminat nak beli tak dapat.. Well, bagi yang tinggal kat Lembah Kelang dan Kajang, next time kalau nak makan laksa, boleh call no ni untuk tempahan: 

0123483664 Pn. Roslinda 


0122346609 Pn. Wan Aneazam 

0176632058 En. Mohamad Dailmi 





Masak laksa Kelantan ni kena tahu teknik, barulah sedap. Kalau tak, kuah jadi berketul, atau pecah minyak dan tak naik bau.. Laksanya pulak mesti nak guna yang basah, halus (seperti sphageti bukan halus macam angel hair) dan tak lembik. Laksa kering yang kebiasaannya diguna untuk laksa Penang tak begitu  sesuai nak dimakan dengan kuah laksa Kelantan, sebab laksa kering tak menyerap kuah. Kuah laksa Kelantan adalah kuah yang bersantan, dan biasanya time nak makan tu kita tak masukkan sebanyak kuah laksa Penang.

Laksa nih, kalau mengikut kata orang2 tua di Kelantan, orang yang ada masalah sakit urat, accident dan apa2 masalah berkaitan dengan urat sendi dan tulang, tak boleh makan laksa. Nanti bertambah sakit. Biasanya untuk mereka nih, diberi alternatif lain iaitu laksam. Masa dulu2 saya pernah tanya nenek kenapa tak boleh.. Hehe jawapannya semata2 berasaskan logik orang tua dan sememangnya tidak dianggap logik untuk orang muda.  Kata nenek, laksa ni susah nak buat, guna kekuatan  tenaga.. berbeza ngan laksam, cuma tuang adunan nipis dalam tudung periuk, kemudian kukus. Hehe.. Ala2 sumpahan lah kot..

Pada saya, you are what you think. Kalau fikir makan laksa ni sakit urat, hah dapatlah sakit urat.. Makan je and think positively, in sha' ALlah tak memudaratkan. Lagi pulak sekarang ni dah  guna teknologi moden dalam pembuatan laksa, mudah dan tak banyak menggunakan tenaga lagi dah..


Back to masak memasak kuah laksa. Formula  asas untuk kuah laksa/laksam Kelantan ni - 

1kg santan: 1kg ikan : 3kg laksa basah

Hehe kalau untuk 2kg laksa, nak kena buat matematik mudahla..  (patutle cikgu maths dulu cakap, masak kat dapur pun kena guna matematik). Tapi bila bab memasak ni, bukan boleh nak betul2 ikut sukatan. Campak2 and agak2 cooking juga yg best.. Yg tak bestnya, kadang jadi sedap, kadang tak sedap... 

Yang saya masak tadi alhamdulillah sodap. So herein, I jot down the recipe for my own reference..

Bahan:
1kg laksa untuk lunch dan 1kg untuk dinner
A.
2kg laksa basah (kalau susah nak dapat, boleh guna laksa kering yang halus atau sphagetti)

B. Untuk Kuah 

Kuah laksa

8 ekor ikan selayang a.k.a sardin saiz besar +sederhana (bukan sardin dalam tin. since Nadzim beli 1kg, takkan le nak timbang ikan biar jadi 600g kan? So I ikut je instinct, simpan 2 ekor dan guna 8 ekor)
1/2 kg santan pekat + about 4 cawan air (air ni 1'm not sure banyak mana, lupa nak sukat tadi. almaklum masak campak2.. yg penting kuah tak nak cair)
10 ulas bawang merah (boleh juga guna 5 ulas bawang merah dan 1/2 biji bawang besar)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
garam
3 sudu teh gula
asam keping
1/2 sudu teh serbuk lada hitam


C. Untuk Ulam (semua dihiris halus)
Ni je ulam yang Nadzim beli, kobis pun kobislah janji sedap

kacang panjang
daun serai kayu (boleh gantikan dengan daun selum atau daun tenggek burung)
daun kesum
timun batang
taugeh
bunga kantan

D. Penambah Perisa 
Belacan, garam dan sambal

Cili Kering+ garam ditumbuk halus
Sedikit Belacan
Sedikit garam halus
Limau Nipis dipotong kecil

CARA
  1. Ikan direbus sekejap dengan 3 keping asam gelugur dan sedikit garam.
  2. Blend bawang putih dan halia, ketepikan.
  3. Blend bawang merah, ketepikan.
  4. Masukkan isi ikan rebus dan sebahagian santan ke dalam blender, kisar sehingga betul2 halus 
  5. Tuangkan santan dan isi ikan ke dalam periuk.
  6. Masukkan bawang merah.
  7. Sentiasa kacau supayah kuah tak berketul.
  8. Masukkan garam, gula dan asam gelugur yang digunakan untuk merebus ikan tadi dan kalau tak masam tambah 1 keping lagi asam gelugur.(Kuah laksa Kelantan tak masam macam laksa Penang. Lebih kurang macam masak gulai je.. )
  9. Teruskan mengacau kuah sehingga mendidih. Jangan biarkan terlalu lama supaya kuah tak pecah minyak.
  10. Sebelum diangkat, akhir sekali masukkan bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk lada hitam.
  11. Hidangkan dengan laksa, ulam2an dan bahan2 penambah perisa

TIPS:
  1. Pilih laksa yang halus dan tak lembik.
  2. Jangan guna ikan selar sebab kurang manis. Kalau tak ada selayang, guna ikan kembung. Hehe kalau banyak duit, guna ikan tenggiri supaya kuah nampak lebih putih.
  3. Isi ikan yang nak diblend tu, jangan masukkan dalam blender banyak sangat, nanti kuah akan berketul2 dan jadi tak cantik. Masuk sikit2  blend dengan santan. Kalau guna air, kuah akan jadi cair.
  4. Halia, bawang putih dan serbuk lada hitam kena masukkan akhir sekali supaya naik bau laksa..
  5. Jangan  biarkan terlalu lama di atas api, supaya kuah tak pecah minyak.
  6. Sentiasa kacau supaya kuah tak berketul.
  7. Bahan2 penambah perisa disediakan dalam hidangan laksa Kelantan. Jadi senanglah untuk memenuhi selera manusia yang banyak ragam. Sesiapa nak makan pedas, boleh tambah cili, siapa yang rasa tak cukup masin sila tambah garam, siapa yang nak belacan boleh masukkan belacan, siapa yang nak masam perahkan limau nipis.

Ketupat Palas

Selalunya ketupat raya dibuat seperti nasi himpit yang dimasukkan dalam daun kelapa yang dianyam dan dimakan dengan rendang. Tetapi di Kelantan, ketupat tersebut atau dipanggil sebagai ketupat nasi bukanlah makanan popular pada hari raya. Malah ketupat nasi boleh dibeli di pasar-pasar pada hari biasa ataupun di pasar-pasar minggu. Cara makannya dicicah dengan sambal kelapa (dicampur kelapa parut goreng yang ditumbuk halus, bawang merah, isi ikan bakar, lada hitam, serai, gula dan garam).

Untuk raya, orang-orang di Kelantan masak ketupat palas yang dibuat daripada beras pulut yang dikukus dan dicampur santan. Ia dibungkus menggunakan daun palas, sejenis pokok yang tumbuh liar di hutan. Cara bungkusnya ada teknik tersendiri yang bukan senang untuk dipelajari, berbeza dengan cara membungkus ketupat palas di negeri-negeri bahagian utara. Daun palas ni ada 2 jenis: 1. Daun Palas Minyak 2. Daun Palas Belulang. Yang terbaik ialah daun palas minyak kerana daunnya lembut, mudah dibentuk  dan warnanya hijau muda kekuningan.

Ketupat palas ni pun ada pelbagai. Ada yang lemak manis dimakan begitu sahaja, ada yang lemak tawar dan dicicah dengan air gula melaka atau rendang dan ada yang berintikan serunding daging. Ketupat nenek rasanya lemak manis, dicampur dengan kacang ketupat..

Ni resipi ketupat nenek:

Bahan:
4 kg beras pulut
2kg pati santan
1kg gula
1 genggam (tak penuh) + 1 jemput garam [1 jemput garam: 1 cupak beras]
Kacang ketupat (black eye beans) -kacang direbus, hingga empuk. Ketepikan yang pecah-pecah dan bahagian selaputnya yang berwarna hitam supaya keteupat nanti nampak cantik)

Cara:
1. Beras pulut dipilih, dibuang segala yang hitam-hitam
2. Basuh beras beberapa kali  sehingga air basuhan jernih
3. Rendam beras pulut semalaman
4..Kukus pulut sampai masak dalam masa 45-50 min ( Jangan lembik/jangan sampai pecah biji beras)
5. Masakkan pati santan dengan garam, kacau jangan berhenti (jangan lama, sekadar menghancurkan garam)
6.Pulut yang dikukus masak cepat-cepat dimasukkan ke dalam bekas/besen
7. Masukkan pati santan (masukkan sekaligus)
8. Kacau dengan senduk kayu besar (bentuk seperti pendayung sampan)
9. Masukkan gula (masukkan sekaligus setelah disebatikan santan dan pulut sekejap)
10. Masukkan kacang. Teruskan mengacau sehingga pulut sejuk
11. Bungkus dengan daun palas.

Cara merebus:
1. Sediakan kuali tembaga
2. Hidupkan kayu api
3. Letakkan ketupat ke dalam kuali tembaga, masukkan air ( sekadar nampak air, tidak penuh)
4. Pastikan kuali tidak senget supaya masak rata
5. Masak sehingga air betul2 kering ( stand by bila bunyi meletup2 minyak bercampur air)
6. Cepat-cepat angkat dan toskan ketupat supaya tidak mudah basi

Ketupat Sotong


Ketupat sotong ni antara masakan istimewa Almarhumah Ma untuk anak-anak. Kalau balik kampung sekali sekala atau upon request waktu musim sotong, Almarhumah Ma pasti masakkan untuk kami. Saya sendiri belum pernah mencubanya, namun ketupat sotong memang antara favorite saya. Selepas ma tiada, baru perasan yang masakan ni antara yang saya tak sempat belajar daripada ma. Tau makan je.. Tapi pernah lihat proses menyediakannya... Supaya ianya tidak putus daripada generasi keturunan Almarhumah Ma, saya mencari-cari di internet resipi yang paling terhampir dengan masakan ma. Ada yang masukkan cengkih, ada yang masukkan halba, ada yang masukkan halia. Tapi seingat saya, ma tak masukkan itu semua. Walaupun dah lama tak mengecapinya, ingatan tentang rasanya tersimpan kemas dalam long term memory. Alhamdulillah, akhirnya saya temui resipi Mak Yong daripada myresipi.net. Saya akan cuba nanti apabila ada kelapangan dan bandingkan dengan ketupat sotong masakan Almarhumah Ma. Nanti saya akan alter biar jadi setanding macam Ma masak kalaupun tidak lebih sedap.  (Resipi after alteration, sila lihat di bawah)

Bahan:


10 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut (1 1/2 cwn)
2 cawan santan sederhana pekat (3 cwn)
1 keping gula melaka (1 1/2)
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
10 batang lidi (3-4cm panjang)

Cara:


  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan dan susun sotong  dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Imbangkan rasa manis secukup rasa.
  6. Hidangkan untuk  minum petang

After alteration:

1 kg sotong sederhana besar, dibersihkan
1 1/2 cawan beras pulut
3 cawan santan sederhana pekat ( kalau guna pati santan , 1 1/2 cawan pati santan dicampur dengan 1 1/2 cawan air)
1 1/2 keping besar  gula melaka
sedikit garam
2 helai daun pandan
10 batang lidi (3-4cm panjang) 

Cara:

Cara:


  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 50 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/2 penuh. Jgn padatkan. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan dan susun sotong  dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masak sehingga pekat dengan api kecil supaya sotong tidak liat.
  5. Imbangkan rasa manis secukup rasa.
  6. Hidangkan untuk  minum petang
* pulut lebihan, boleh dicampur sedikit garam dan ditanak. Kemudian dimasukkan ke dalam kuah sotong.

Kek Pisang Mudah

 Hari Sabtu lepas, Kak Maznah ajak saya ke rumah makciknya di Simpang Renggam. Na dan Anas ikut sama.

Sebelum balik, Kak Sa'adah berikan 2 plastik berisi pucuk manis, 3 sikat pisang lemak manis, limau nipis dan cili padi. Hari ni pisang lemak manis dah masak ranum. Saya sorang nak habiskan 3 sikat pisang memang impossible. Walaupun sedap, tak akan mampu saya habiskan..Nak-nak saya tengah merempit puasa Shawwal.. Lagilah macam tak ada masa nak makan. 1 sikat dah bagi Anie petang tadi masa dia ajak berbuka kat rumah dia.

Dalam kepala dah fikir2 dah nak buat apa dengan pisang tu. Cokodok Kak Besah ataupun kek pisang ataupun banana smoothies.. Kemungkinan besar kek pisang, sebab boleh disimpan lama..

Sumber: The Baking Studio



A
1 cwn gula pasir
5 biji telor (grade B)
1 sudu makan ovalette

B
5 biji pisang berangan/embun/kapas (+/- 500gm mashed banana)
1 cwn minyak/butter cair (200ml only)
-lenyek aja, dah betul2 hancur masukkan minyak, sebatikan


C (ayak bersama)
3 cwn tepung
1 1/2 s/t soda bikabonat
1 1/2 s/t baking powder

D (sendiri tambah)
1 sudu teh esen pisang


-Pukul A hingga kembang, masukkan esen pisang, masukkan B, masukkan C.
-Bakar. (suhu 160 darjah celcius, 50 minit utk kek besor, 25 minit utk kek cawan)

Hijau Edible Garden (6) - Pasca Cuti Raya

Petang, sehari sebelum bertolak balik; saya dan Na ambil beberapa pokok untuk ditanam di JB. Saya recycle aje bekas-bekas biskut untuk dijadikan rumah sementara pokok2 tu. Malas dan dah tak larat nak cangkul tanah, saya beli aje 3 kampit di pasaraya berhampiran rumah.Senang kerja.. 

Yang mesti saya ambik ialah pokok kucai tinggalan almarhumah Ma (Allahumma'ghfir laha wa'rhamha wa'afiha wa'fu 'anha). Ma ada berpasu2 kucai.. Dia akan berikan kepada sesiapa juga yang mintak, beri dengan pasu-pasunya sekali. Yang menariknya Siti cakap kucai yang ma bagi kat dia lama dulu masih segar bugar, walaupun dia tinggalkan gitu aje kat belakang rumah.

Bagi saya, kucai antara sayur wajib ditanam. Sebab dari dulu saya tengok almarhumah ma akan masukkan kucai dalam nasi atau mi goreng bila mana sayur-sayur lain dah tak ada dalam fridge. Saya ada baca di internet yang kucai ditanam dengan bawangnya atau benih. Tapi Kak Maznah cakap, boleh je cucuk-cucuk macam tu, sebab dia sellau tengok makciknya buat begit. Malangnya, cubaan menanam kucai dari pangkal pokok sebagaimana yang diajar Kak Maznah tidak berjaya. Yang disemai dengan biji benih, saya tak meletakkan harapan yang tinggi; sebab tak tau nasibnya bagaimana bila ditinggal lama.. Lagi senang ambik aje anak kucai daripada pasu yang almarhumah tanam.

Bayangkan dalam boot kereta, ada macam-macam pokok yang saya bawa.Dah macam balik dari kebun pulak..Nasib baik pokok2 tu mampu bertahan untuk travel lebih daripada 10 jam.

Antara pokok yang saya ambik:
  1. anak pokok kari, kalau tak silap ada 6 anak pokok yang Na cabut dari induknya
  2. 3 jenis lili
  3. anak pokok bismillah/south africa
  4. pokok hiasan berdaun yang saya tak tahu nama
  5. japanese rose
  6. pokok bunga yang saya tak tahu nama
  7. pokok bunga yang saya tak tahu nama, yang bunganya boleh bertukar warna putih dan ungu serta berbau harum