Tuesday, September 11, 2012

Hijau Edible Garden (5) - Air untuk Pokok

 وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ
Telah Kami jadikan daripada air setiap yang bernyawa (al-Anbiya' 21:30)

Sebelum balik kampung untuk raya, saya dah cuak nak tinggalkan pokok-pokok kerana saya bercuti lebih kurang dua minggu. Lama tu..Nak letak kat kawasan lapang tak berbumbung, pokok2 masih kecil.. Takut tak tahan panas, tak kuat menampung hujan lebat. 

Risau beb.. Almaklum baru je nampak pokok-pokok berjaya menyesuaikan diri dengan tempat tinggal baru..Pokok cili pun baru je lagi bercambah.. Tumbuh belum lagi setinggi 1 ruas jari. Ada yang masih segan2 nak menampakkan daun..Semuanya berbelas pokok..Belum lagi benih kucai yang saya baru semai.. Saya semacam dah boleh nampak taqdir mereka. Sukar untuk bertahan selama 2 minggu tanpa belaian dari yang menanam. Dah tau nak balik, yang hang pi semai jugak buat apa? Tak pasai jer..

Macam mana pun saya kena balik raya..Takkan nak jadi macam mak2 nenek2 yang tak boleh pergi rumah anak sebab ingatkan binatang dan tanaman kat kampung..Bila difikir2, saya dapat idea..Saya kumpulkan botol2 mineral bersaiz kecil, saya tebuk lubang banyak2 kat tutup botol. Ye, saya guna paku dan tukul; ketuk satu2..Kalau saya ada drill lagi lah senang pekerjaan saya..Kemudian botol tu saya isi penuh2 dengan air. Sebelum bertolak, saya dan Na pacakkan botol tersebut ke dalam pasu2.. Belum apa2, dah ada pokok yang menyedut air dari botol dengan pantas sekali.. Jimat2lah wahai pokok2ku.. Mudah2an cukuplah bekalan air untuk 2 minggu ketiadaan saya..

Yang masih menjadi masalah ialah kucai dan cili padi. Macam mana nak letakkan botol mineral yang besar dalam bekas semaian yang kecil. Mujurlah Na bagi idea supaya bekas semaian kucai dan cili padi pula diletakkan dalam sinki dengan paip dibuka perlahan ala-ala menitis..

Selamatlah wahai pokok. Semoga kekal hidup.

Hijau Edible Garden (4)

Saya dah tulis panjang berjela, tapi network pulak problem time nak publish .HIlang gitu aje..Tak de mood dah nak ulang tulis..

Ringkasnya, hari ni saya dah tanam ketumbar. Percubaan kali kedua. Kali ni saya tak rendam dalam air lagi dah. Cuma potong pangkal ketumbar yang berakar, terus cucukkan dalam tanah.. Saya tanam sepasu dengan kunyit, dan juga sepasu dengan daun bawang..Harap2nya hidup subur.

Pokok basil pun saya tanam, cuma berkongsi pasu dengan lengkuas. Kebetulan pergi jaya jusco tadi terjumpa ketumbar dan basil di bahagian sayuran.. Selama ni cari tak ada... Lengkuas dan kunyit tu masih seketul macam tu lagi, tak de keluar tunas lagi.. Jadi bagilah peluang ketumbar dan basil menikmati kehidupan dulu.. Basil yang saya tanam tadi, saya tak tahu sama ada dari species berbunga putih atau ungu.. Nampak pesen macam berbunga putih.. Apa2lah, janji basil.. Nanti boleh guna untuk kukus ikan..

Pegaga dah makin segar. Sampaikan ulat hijau pun terliur..Entah dari mana tiba2 aje muncul, dah gemuk pulak tu..Mata pelanduk pun nampak macam dah nak berbunga, ada rezeki bolehlah makan buahnya..

Update Senarai penghuni Hijau Edible Garden

1. Stevia
2. Mata pelanduk
3. Pegaga
4. Salam/serai kayu
5. Kangkung
6. Cili padi ( dah banyak yang bertunas, 3 pokok dah keluarkan daun tapi masih kecik lagi)
7. Daun bawang
8. Ketumbar
9. Kucai (masih di peringkat semaian, tak de tanda2 bertunas pun lagi)
10. Pandan
11. Basil
12. Kunyit
13. Lengkuas
14. Serai (masih dok dalam air, dah tumbuh akar dah..Kasi tumbuh panjang2 sikit baru alih ke pasu..)
15. Sambung Nyawa
16. Kesum


Tanah dah habis.. Nanti dah beli baru, saya nak cuba semai cili padi Sabah pulak. Juga avocado.. Kalau tumbuh elok, boleh pindahkan ke kampung in sha' Allah..

Hehehe.. macam poyo jer.. tanam sikit tulis tanam sikit tulis.. BUkan tanam orkid ke tanam ros ke..Kalau kat kampung sikit pun tak heran, kalau setakat tanam kesum, tanam pandan tanam kangkung..

Hijau Edible Garden (3)

Dah banyak hari tak buat log hijau garden..
Pokok2 tak bertambah..
Yang tak mampu nak survive adalah.. Ketumbar, dah lama kiok..tempatnya saya gantikan dengan bawang besar yg dah bertunas kat dapur..Mungkin sebab akarnya jadi lembik sebab saya rendam dalam air sebelum tanam..Tapi macam tak munasabah pulak.. Selalu saya tengok ma buat macam tu juga.. Atau ma cuma letakkan atas sink, sekadar dapat lembapan je..Entahlah saya pun dah lupa..

Kucai pun sama, walaupun ada yang masih belum tumbang, tapi saya macam tak yakin.. Kucai setau saya pokok berbawang. Boleh ke pacak je kat tanah dengan pangkal daunnya yang kaler putih tu.. Tengoklah, macam mana.. In sha' ALlah petang ni saya nak semai benih kucai yang saya beli harga 1.30 kat TESCO..Harapnya menjadilah..

Projek seterusnya nak tanam serai..Serai yang kat peti sejuk tu macam tak akan digunakan dalam jangka waktu terdekat ni..Jadi lebih baik saya tanam je dalam pasu.. Nak tanam, kena gi beli pasu..Orait, kejap lagi nak  ke pasar tani. Beli pasu dan usha2 pokok2 hijau berakar eg kangkung, pudina juga kunyit..

Hmmm.. kangkung pun dah habis kat pasar tani. Pudina pun tak ada.Saya cuma beli kesum, kunyit dan lengkuas.. Saya nak masak asam pedas kelantan style petang ni, tapi sayang nak guna daun kesum drp pokok yang ditanam sendiri, yang masih belum merimbun daunnya.. Nampaknya untuk petang ni saya cuma boleh tambahkan lagi kesum dalam pasu tu, juga tanam kunyit, lengkuas dan serai..

Ikut hati nak pergi nurseri je, cari pokok kekwa.. Ada pasu berbentuk mangkuk besar yang saya baru beli..Konon2nya nak cuba practise container garden design...

sambung..

Ok, beres tambah kesum dalam pasu, konon2 supaya nampak lebih rimbun..Lagipun sayang, seikat keusm tu sangat banyak. Daun yang lebih, saya masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer. Batangnya saya cucuk dalam pasu kesum sedia ada. Ada lebih lagi, saya masukkan dalam pasu yang baru dibeli. Lengkuas dan kunyit, saya cuma letakkan gitu je dalam pasu.. Tak timbus dengan tanah pun..Banyak sangat yang lebih, daripada kering dalam peti ais, baik letak je dalam pasu dengan harapan akan hidup subur..Serai dalam peti ais dah hampir kering. Seikat saya guna untuk masak asam rebus ikan susu.. Seikat lagi saya potong pendek, potong sikit bahagian bawahnya yang dah kering. Kemudian rendam dalam air, letak kat sinki.. Dengan harapan supaya nanti cepat tumbuh akar, sebelum saya pindahkan ke pasu..

7/8
Saya beli kangkung di Jaya Jusco untuk makan dengan bubur nasi. Batang yang beserta dengan akar, saya potong dan cucuk dalam pasu berbentuk mangkuk yang saya dah tanam sikit dengan lebihan kesum.. Harapnya dapatlah ia hidup subur..Mudah2an rezeki saya, tak perlu beli kangkung lagi dan juga dapat dikongsi dengan orang lain juga. Agak frust, saya masih belum jumpa pokok pudina di jaya jusco.. Time tak nak tu, berlambak2...

Hijau Edible Garden (2)

Bukan sebab nama saya Hijau. Tapi memang tanaman saya semuanya kaler hijau. Belum ada satupun lagi pokok bunga..

  1. PANDAN (pandanus amaryllifous)  Projek pertama saya, hari Kak Maznah bertolak ke KL untuk ke China.. Kalau tak silap 7 Julai. Pokoknya Kak Maznah bagi. Balik dari ofis saya terus ke Giant untuk cari pasu dan tanah.
  2. KESUM Plan asalnya nak beli kat pasar je, kemudian cucuk2 kat tanah. Tapi dah kebetulan gi nurseri Pak Ali, terus aje beli..
  3. SAMBUNG NYAWA Dua pokok ni saya beli di Nurseri Pak Ali, beli juga pasu dan tanah campur. Terus tanam hari tu juga, sehari sebelum nenek balik Kelate. That was on July, 9.
  4. BAWANG MERAH - Saya ambik beberapa biji bawang merah, buang kulitnya, serta bahagian atasnya dipotong sedikit. Kemudian saya timbus sedikit je bahagian bawah bawang, kebanyakan bulb nampak jelas..Saya gunakan kotak chicky meals Anas.
  5. CILI PADI- Saya ambik dari peti sejuk, pilih 2 bji yang berwarna merah. Hati2 saya keluarkan bijinya setelah ditoreh dengan pisau. Guna tangan beb, pijar belakang kira..Saya semai di dalam 3 container yang saya buat menggunakan kertas.
  6. KETUMBAR- Daun ketumbar yang saya beli Jaya Jusco untuk Green Chutney, saya potong bahagian bawahnya yang siap dengan akar.. Saya masukkan dalam cawan berisi air. Rasanya next time boleh terus tanam kat tanah,sebab air menjadikan akar ketumbar lembik..Mulanya saya tanam dalam kotak kasut. Tapi bila saya alih 
    1. pokok bawang ke pasu kekal, saya turut alih pokok ketumbar..Mudah2an tumbuh subur eloklah hendaknya..Oh ye cilantro pokok dan daunnya, coriander sewaktu stage ketumbar dalam bentuk biji..
    2. MATA PELANDUK (ardisia crenata) 18 Julai -Saya tertarik kerana daunnya kemerahan seperti daun pokok asam jawa/asam gelugur...Rupanya ada yang panggil daun mata ayam/mata itik. Ada buah2 kecik warna merah. Tapi pokok mata ayam di tempat saya, daunnya bergerigi.. Pucuknya boleh replace daun serai kayu sebagai ulam nasi kerabu..
    3. SALAM/SERAI  KAYU (laurus nobilis) 18 Julai - Saya masih tak dapat menerima 100% hakikat yang daun salam itu adalah sama dengan daun serai kayu/daun samak yang digunakan di Kelantan sebagai ulam penting nasi kerabu..
    4. STEVIA (stevia rebaudiana) 18 Julai  - Ketiga2 pokok  salam, mata pelanduk dan stevia saya dapat dari Nurseri Pak Ali. Stevia kat situ ada dua jenis, dari Australia dan dari South Africa. Saya ambik yang dari South Africa, daunnya lebih lebar..Nanti2 ada rezeki nak beli juga  yang dari Australia, in sha' Allah.
    5. PEGAGA KAMPUNG 19 Julai - Bila tau, saya nak tanam pegaga dan kucai, K Maznah singgah beli kat pasar malam..Daunnya saya buat ulam. Bahagian batang dan akarnya saya tanam mengelilingi pasu pokok serai kayu dan pokok mata pelanduk.. Since kedua2nya pokok yang biasa tumbuh dalam semak, saya andaikan mereka tak kisah berkongsi rumah dengan pegaga. Lagipun pucuk serai kayu dan mata pelanduk dok kat bahagian atas, pegaga kat bawah.. Kalau time nak ambik pucuk, saya tak pelu nak selak2 pilih antara daun..
    6. KUCAI 19 julai - Terima kasih K Maznah bersusah payah untuk minat baru saya setelah berpindah ke rumah baru. Pokok kucai biasanya ditanam dengan bawang mahupun biji benih. Tapi K Maznah cakap boleh je tanam guna perdunya yang  berwarna putih.. Ok lah, saya cucukkan kucai2 tu dalam kotak bekas semaian ketumbar..Mudah2an hidup suburlah hendaknya, amiiin..Daun2 kucai yang ada tu saya masak dengan ayam goreng kunyit, sedap juga.. 
Alhamdulillah kesemuanya dah ada 11 jenis pokok..

Hijau Edible Garden (1)

Minat nak menanam dah lama ada..Cuma tak jalan2, sebab dok rumah apartment dan juga selalu on the move. Kesian nanti pokok mati kehausan sebab tuannya tak de.. Terlalu banyak alasan, memanglah apa pun tak jadi..

Alhamdulillah niat yang terpendam sekian lama, dah dinyatakan di alam realiti. Mudah2an segar dan hijau lah rumah ni..

Saya dah lama nak buat edible/herb/kitchen garden.. Tanam pokok2 yang kita selalu gunakan kat dapur.. Di rumah yang tak ada tanah ni, apa lagi pilihan yang ada selain tanam dalam pasu...

Pokok pertama yang saya dapat ialah pandan. Saya dapat daripada Kak Maznah. Dicabutnya satu2nya pokok pandan yang dia masih ada kat mini garden dia tu.. Kesian la pulak, rasa bersalah.. Saya sebenarnya nak semai pokok pandan yang tumbuh berakar yang dia letakkan dalam bekas air kat rumah dia..Oleh kerana rumah dah berkunci, dia cabut je yang ada.. Sebenarnya banyak pokok pandan kat rumah dia,  tapi dia dah cabut buang untuk bersihkan kebun..

Pokok kedua yang saya tanam ialah pokok sambung nyawa. Pokok ni sedap dibuat ulam. Lemak2 dan tidak pahit. Tapi tak boleh makan banyak2. Dua tiga helai pun dah cukup, kalau terlebih boleh jadi darah rendah pulak..ELok untuk ubat darah tinggi..

Pokok ketiga ialah pokok kesum.. In sha' Allah senanglah nanti nak masak2 asam pedas, laksa dan juga my all time favorite nasi kerabu..

Pokok seterusnya, nak kena beli pasu dulu...Tanah campur yang dibeli kat nurseri Pak Ali masih ada berbaki. Tanah bakar beli kat giant pun ada juga... Pesanan penaja, jangan guna tanah bakar/tanah hitam yang dibeli kat pasaraya untuk semai benih.. Dikhuatiri fail.. Juga petua untuk menyemai benih atau tanam anak pokok, buatlah sebelah petang sebab pokok dah tak perlu melalui terik panas mentari waktu tengahari..

Esoklah in sha'Allah, lepas balik kerja.. tak perlu nak tunggu ada new pots.. Saya dah berjaya membuat container  sementara daripada kertas flyers Mydin...Bila benih dah bertunas elok, baru saya pindahkan ke pasu..

Plan esok : semai benih lada burung yang dah hampir kering kat peti sejuk.. Juga semai bawang... Ya Allah, semoga berhasil..amiiin.

17 Julai

Keinginan menambah penduduk di hijau's edible garden sangat membuak2..Dalam kepala dah terbayang pokok kari, pokok limau kasturi, pokok limau purut, pokok tenggek burung, selasih, stevia, pokok salam..Kedai jual pasu murah pun dah jumpa..Kalau tak hujan tadi, memang on the way balik ofis dah terus pergi beli pasu..

Oleh kerana perasaan dah tak tertahan lagi, saya cuba buat paper container lagi sekali. this time guna surat khabar.. Tapi tapaknya tak jadi seelok yang dulu.. Yg jadi cuma 2 biji, yang diperlukan 7 biji. Tup2 terpandang kotak kasut yang nak dibuang... Apa lagi, kotak tulah yang akhirnya jadi temporary container untuk semai pokok ketumbar...Harap2 tumbuh segar bugar lah wahai pokok ketumbar..Suka lihat pokok bawang cuma 1 je tak menjadi.. Yang lain sangat2 galak tumbuh, hijau dan segar je..Alhamdulillah..

Cuma benih cili padi jer yang belum bertunas.. Cuak juga..Tapi bila diperhati2 kat container tadi nampak ada kaler hijau muda kecik jah, tersusup dalam tanah..Hope itulah tunas yang baru nak menjadi... Belum apa2 saya dah berangan, kalau cili berbuah subur, saya nak sedekahkan kat pejabat.. Siapa2 yang nak, boleh ambik for free.. hehe, berangan tak habis2..

Yang pasti, bercucuk tanam sangat2 memberi satu kepuasan yang tak boleh nak digambarkan.. Now I wish that I have a corner lot house, kalaupun bukan semi D atau bungalow... Hehe..

18 Julai

Pagi2 sebelum pergi kerja, mesti nak kena tanya khabar penduduk2 HEG - Hijau Edible Garden..Alhamdulillah, memang betullah apa yg saya tengok semalam.. Mata bukan mamai.. Benih cili yang saya tabur dah bertunas..Alhamdulillah, the feeling was so great..Maklumlah, dok ingat dah tak menjadi..Frust gak sebab kalau nak diikutkan bukan susah pun nak tanam cili..

Tengahari tadi, tanya Kak Maznah nak gi tak nurseri Pak Ali.. Mula2 dia cakap tak de apa yang dia nak cari. Bila saya ingatkan dia tentang pokok stevia, terus K Maznah ajak pergi.. Pak Ali cakap dia ada dua jenis  stevia - yg datang dari South Africa dan yang dari Australia. Yg South Africa, daunnya lebih lebar.. Pak Ali jual RM8, sama ada yang dalam pasu ataupun yang dalam polibag.. K Maznah ambik satu, saya ambik satu...

Yang pasti saya nak beli 2 beg tanah untuk projek seterusnya..Dah terlanjur kat nurseri Pak Ali, saya tanyakan pokok selasih dan kucai. Sayangnya dua2 tak ada. Selasih dah habis.. Jadi saya beli pokok salam yang dikatakan sama dengan daun serai kayu/daun samak/daun nasi kerabu.. Saya masih doubt, tapi tengoklah nanti saya akan perhatikan betul2.. Yang pasti daun salam ni lah daun bay.. Kak Timah tunjukkan pokok mata pelanduk yang kat sebelah pokok salam. Katanya tu juga daun untuk nasi kerabu. Kak Timah cakap ada budak yang cakap mata pelanduk juga dipanggil mata ayam.. Tapi daun mata ayam seingat saya bergerigi. Pak Ali pun setuju dengan apa yang saya kata..

Pagi tadi saya terjumpa kat internet yang pokok celaka juga dipanggil pokok derhaka mentua..Ada tiga jenis pokok celaka - celaka putih, merah dan biru. Kak Timah tunjukkan pokok derhaka mentua yang daunnya kaler merah..Tapi kalau ikut Pak Ali, derhaka mentua dan pokok celaka berbeza.. Ada petua yang Prof Azman beritahu Kak Timah, untuk diamalkan menantu2 yang  ada mak mentua yang suka membebel ala2 mentua Rita Rudaini dalam Drama Ameera TV3.. Tips tak boleh diberitahu di sini, takut disalah guna..Tak pasal pulak..

Balik dari ofis, saya singgah beli 4 biji pasu untuk 3 pokok  yang dibeli kat nurseri Pak Ali, juga nak alih pokok bawang dari bekas semaian.. Saya alihkan terus pokok ketumbar.. Harap2nya pokok bawang dan pokok ketumbar boleh berkawan baik, tak nak gaduh2 berebut nutrien dan air..

K Maznah cakap balik dari KL nanti dia nak kasi anak pokok kari. Petang ni dia gi pasar malam, dia nak carikan pegaga kampung dan kucai untuk saya tanam.. Alhamdulillah..Mudah2an kalau tanaman saya subur, bolehlah berbagi dengan kawan2..

Sunday, September 9, 2012

Trifle Pudding

Sumber: Facebook Azlyena Ariffin

Bahan

Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly (** hari tuh xde..guna aje agar2..masak kasi lembik sikit...)
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - nak lg gebu..guna whipping cream lam kotak..beat sampai kembang...

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail ke atas swiss roll hingga lembab, letak tepi dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Make sure masak betul...tapi jgn sampai berketul ...Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......or tabur badam panggang....

Thursday, September 6, 2012

Oreo Cheesecake

OREO CHEESECAKE
Resepi Asal: Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus (akak ayak jugak)
  • 1/4 cawan butter - cairkan.
Bahan Filling:-
  • 16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese - lembutkan (biasa akak gunakan jenama Philadelphia)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor - buang tali pusatnya
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:-
  1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
  2. Masukkan sour cream dan pukul sebati.
  3. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
  5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. (Cara akak - setelah setengah jam waktu membakar, tutup permukaan ciskek dengan alluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning - kali ni akak terlupa nak buat step ni...dah la terlebih kuning tu..hehe..)
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi.