Monday, February 10, 2014

Kek Gula Hangus Puan Halimah


Sumber: Kongsi Resipi

Bahan:
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas. Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.