Saturday, November 30, 2013

Nasi Dagang Terengganu Resipi Istana

Sumber: mamadzie69,myresipi.com

Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan )

  • Untuk nasi:
  • 1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
  • Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
  • 1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
  • 1 - 2 sudu besar halba
  • Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
  • 1 sudu besar gula
  • segenggam garam
  • Untuk lauk:
  • 4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
  • Untuk Kuah:
  • 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
  • 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
  • segenggam lengkuas setelah dihiris
  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
  • 1 labu bawang putih (yang besar)
  • 2 inci halia
  • 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
  • 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
  • kerisik dari 1/2 biji kelapa
  • 4 keret besar nisan
  • santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Untuk Acar: 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)
  • Telur rebus: 12 - 13 biji

Cara-cara

  1. Cara-cara memasak kuah: semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
  2. masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
  3. masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
  4. Cara-cara memasak nasi: beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
  5. kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.
  6. Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.

Nasi Dagang Terengganu

Sumber: Norfanil.com

Bahan-bahan untuk Nasi: -

  • 4 cawan beras Jati
  • 1 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
  • 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 in halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan….
-


Bahan-bahan gulai :
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu serbuk  jintan putih
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 hiris halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu cili mesin
  • 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
  • 1 1/2  liter santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kerisik
  • 4 keping asam keping
  • 1/2 buku kecil gula melaka.
  • 10 biji cili padi
  • sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan serbuk,  rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Alhamdulillah.. Siap semua resepi bagi buat Nasi Dagang Terengganu turun temurun. Resepi rahsia dari tokcik … Apa yang rahsianya adalah, masukkan daging semasa masak santan.. Banyak mana? ikut anda.. Saya buat 8 cawan beras, so masukkan 1/2kg daging.. Cuba la.. InsyaAllah sedap! .. Selamat mencuba.. - 

*jika tiada rempah ros, doublekan campuran rempah2 serbuk

Waffle of Insane Greatness

Source: Foodnetwork.com


 Ingredients
3/4 cup all-purpose flour
1/4 cup cornstarch
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 cup whole milk or buttermilk
1/3 cup vegetable oil
1 egg
1 1/2 teaspoons sugar
3/4 teaspoon vanilla extract
Butter and syrup, for serving
Directions
In a medium bowl, combine the flour, cornstarch, baking powder, baking soda, and salt; mix well. Add the milk, vegetable oil, egg, sugar and vanilla and mix well. Let the batter sit for 30 minutes.

Preheat a waffle iron. Do not use non-stick spray on the waffle iron; the oil in the batter will allow the waffle to release easily. Follow the directions on your waffle iron to cook the waffles. Serve immediately with butter and syrup.

* Professional Recipe

This recipe was provided by a chef, restaurant or culinary professional and makes a large quantity. The Food Network Kitchens chefs have not tested this recipe in the proportions indicated and therefore cannot make any representation as to the results.

Read more at: http://www.foodnetwork.com/recipes/40-a-day/waffle-of-insane-greatness-recipe/index.html?oc=linkback

Tuesday, November 12, 2013

Kek Puding Karamel

Sumber: Resepi Kek dan Puding Lazat untuk Dikongsi


Bahan karamel : 2 sudu gula dijadikan karamel (biarkan sejuk seketika)
Bahan puding : 1 cawan susu pekat + 1 cawan susu cair, 4 biji telur dn satu penutup esen vanila ( blend semua sekali)
Tuang atas gula hangus yg telah sejuk dan kukus 15 min.

Bahan kek : 1)1 cawan gula , 3 biji telur (blend smpai kembang), masuk 1 cawan susu pekat blend lagi,masuk 1 cawan minyak masak blend lagi biar sebati.
2) 2 cawan tepung gandum, 1 sd kecil soda, 1 sd kecil baking powder, 4 sudu besar koko diayak... 
Tuangkan bahan (1) yg diblend tadi ke dalam bahan (2) yg diayak kacau adunan dan masuk 1 cawan air panas ke dalam adunan dan kacau.
Tuangkan keatas puding yg telah keras dan kukus lagi selama 1 jam
( sy kukus 45 min je sbb da mask pun. Guna lidi cucuk kalau xmelekat da masak la tu)