Monday, April 1, 2013

Bukan Sekadar Bateri

Isnin yang bersemangat tapi bertukar menjadi sebaliknya apabila kereta tak boleh dihidupkan..Bateri? Baru September 2011 ditukar, belum lagi 2 tahun..Alternator? Ya Allah, harapnya bukan alternator..Tapi hati teringat servis terakhir sebelum ini, mekanik ada sebut pasal alternator yang mungkin perlu ditukar. Dia kata bateri masih ok.

Kelas  pukul 8 terpaksa ditangguh ke hari lain. Jangkaan saya masih sempat untuk menghadiri mesyuarat pada jam 10 pagi, walaupun mungkin lewat masuk.. Semua bahan meeting terus diemailkan kepada rakan setiausaha.

Rupanya tak semudah yang digambarkan dalam kepala. Waktu ini lah juga  direktori taman yang selalunya banyak membantu pencarian kedai2 atau perkhidmatan, ada masalah..Terpaksa tanya pakcik google. Telefon satu demi satu kedai yang dijumpai walaupun dah agak masih awal kedai tak dibuka..

Berjam2 telah berlalu. Tapi masalah belum dapat diselesaikan. Kedai2 bateri yang saya hubungi tidak menjual bateri berjenama popular. Yang ada grandstone, shark, varta, ami, gp.. semuanya nama2 bateri yang tak pernah saya dengar.. Huh, macam tak percaya tempat saya tinggal ni tak jual bateri berjenama.. Ada satu aje kedai yang jual Yokohama, itupun harga sangat mahal. RM320.. How I miss staying in my old place..  Saya terpaksa telefon lagi ofis untuk memaklumkan saya ambik EL.

Dalam berfikir2 nak contact teksi untuk mencari kedai bateri, Kak M telefon dan nak bawa saya ke kedai bateri. Pun sama. Lepas satu, satu kedai yang saya singgah semuanya tak ada bateri yokohama, atau century.. 5 buah kedai, bukan duah tiga buah..Kebanyakan jual 1 jenis sahaja..Sungguh tak masuk akal.. Teruk sangat ke inflasi sehingga penduduk sekitar tak sanggup beli bateri jenama hingga tokeh kedai pun tak nak jual..

Akhirnya saya terpaksa menyerah.. Balik rumah dan beli aje denga satu2nya kedai yang ada bekalkan yokohama. Alhamdulillah kali ni dia bayar RM20 untuk bateri lama. Jadi harganya RM300 untuk saiz din55. Kalau saiz 60, harganya RM220.

Bateri buat saya berfikir tentang usia hayat..Signalnya telah saya perasan dalam sebulan dua yang lepas. Kadang2 ada ketikanya kereta terpaksa di start dua kali untuk hidup. Tapi saya overconfident, sebab bateri belum sampai 2 tahun.. Sebelumnya bateri kereta saya bertahan lebih 5 tahun.. Usia kita juga sama.. Nak2 apabila ada warning signal, siap sedialah sentiasa..Jangan selalu berfikir masa masih ada..Ia boleh terhenti mengejut, bila2 masa, tanpa kita duga..

Bateri juga buat saya berfikir tentang sifat patriotik saya terhadap negara sendiri.. Jika dengan membeli barang buatan Malaysia melambangkan patriotisme, saya belum seorang patriot.. Saya belum yakin dengan produk Malaysia..Masih sukar untuk mengaitkan kualiti dengan produk buatan negara sendiri.. Saya belum seperti orang Korea yang banyak berbangga menggunakan produk negara mereka..Malah Samsung telah mampu bersaing dengan Apple..