Saturday, October 20, 2012

Begedil Geragau

Hari ni pergi pasar tani dengan Kak Maznah.. Kononnya nak cari kupang macam minggu lepas tapi dah pergi pun lewat, kupang dah pun habis..

Frust juga mulanya, tapi tiba-tiba ternampak pakcik tu keluarkan udang geragau.. Saya pun teringat yang Kak Maznah ada sebut sebelum ni nak makan udang geragau.. Ma sha' Allah, betapa pemurahnya Allah.. Tak ada kupang, ada pulak udang geragau..

Kak Maznah ajar saya cara yang dia biasa masak udang geragau.. First of course kena bersihkan dulu, buang apa2 bendasing seperti ikan kecik,  kayu2, benda hitam2, kulit siput dan sebagainya.. Basuh bersih2 kemudian toskan sampai kering air....


Bahan-bahan:


1 kg udang geragau
2 biji telur
1 1/2 camca makan serbuk kunyit
garam secukup rasa
daun sup
daun bawang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
2 biji cili hijau dipotong dadu
5 biji cili padi, dipotong halus
minyak masak


Cara-caranya:


  1. Masukkan udang geragau dalam mangkuk besar
  2. Masukkan garam, serbuk kunyit, daun sup daun bawang, bawang, cili hijau, cili padi, telur; gaul sehingga rata
  3. Cedok dengan sudu teh, goreng dengan api sederhana sehingga garing dalam minyal yang banyak (deep fry)


Sunday, October 14, 2012

New Members in Hijau's Garden

Kebtulan Kak Maznah datang rumah saya dan stay overnight.. Hari Ahad, saya ajak dia ke pasar tani. Kemudian kami ke TESCO. Lepas tu saya ajak dia gi usha-usha nurseri di Pontian..

Kak Maznah sepeti mana biasa, membeli bunga ros lah kerjanya..

As for my self, I bought lavender (RM7), melati (RM5) dan marigold (RM4) kat 1st nurseri..
Singgah pulak nurseri kedua yang kedudukannya di seberang jalan.. Saya beli melur, kenanga, limau kasturi  dan limau purut dan 2 pokok mawar harga RM5 each..

Saturday, October 6, 2012

Cerita Tentang Pokok

Dah lama juga tidak menulis tentang pokok-pokok yang ditanam..Ada yang hidup segar, ada yang mati..

1. Stevia - berdaun besar dan segar. Namun cubaan untuk menyemai pokok baru daripada keratan batang masih belum berjaya setakat ni. Rasanya dah 3 kali.. Sekarang belum boleh cuba, sebab hanya 2 ranting aje yang tinggal. Dua ranting yang dipotong sebelum ni, masih belum mengeluarkan tunas baru.

2. Kesum- segar. Cuma dua tiga hari ni perasan daun ada warna merah.. Mungkinkah daun tua sebab setakat ni saya belum petik lagi..? Atau petanda penyakit? Saya petik buang sebahagian daun untuk menggalakkan pertumbuhan daun baru.

3. Pokok Halau Nyamuk - segar. Hehe saya dapat tau, kegunaan pokok ini sebagai penghalau nyamuk hanyalah mitos semata2.. Patutle saya nampak nyamuk pergi je kat pokok tu.. Nasib baik cantik. Boleh jadi pokok hiasan.

4. Kemangi - dah wilting.. Saya dah simpan biji benihnya dalam peti ais. Dan sebahagiannya saya tabur dalam pasu yang sama, dan ada yang saya semai di bekas semaian.. Dah nampak bercambah mengeluarkan daun.. Banyak pokok juga. Kalau menjadi, boleh bawa balik kampung dan kongsikan dengan kawan-kawan.

5. Pudina - Juga macam dah wilting. Saya buang daun-daun besar.. Dan telah semai pokok2 baru daripada keratan batang dan juga anak pokok.. Tinggal dua pasu aje - 3 pokok. 3 pokok yang disemai untuk Kak Maznah mati keras kong.. Ada ke patut sikucing nakal pergi berak dalam pasu..Dgn tanah2 dalam pasu saya terpaksa buang.

6. Pokok sambung nyawa - Galak berpucuk.  Ini adalah 2  pokok yang saya semai dari keratan batang. Induk asalnya saya beri pada my bro di Bangi untuk ubat darah tinggi..

7. Pokok Bismillah/ South Africa - Pokok yang saya kuarantinkan selepas diserang aphid, telah mengeluarkan daun-daun baru, alhamdulillah.

8. Pokok Mata Pelanduk - Buahnya masih belum merah. Setelah diambil pucuknya untuk ulam nasi kerabu di Bangi, agak lambat mengeluarkan pucuk baru. Alhamdulillah sekarang baru ada pucuk-pucuk baru. Sayang nak ambik. In sha' Allah saya nak simpan minggu depan, cadangnya nak masak nasi kerabu jemput sedara dan kawan-kawan makan tengahari..

9. Pokok Serai Kayu/Salam/Bay/Samak - Tengah galak berpucuk.. Tumbuhlah banyak-banyak, saya nak buat ulam nasi kerabu..

10.Pegaga - pegaga kampung - masih malu2..Semakin banyak daun, tapi belum galak.. Macam kurang serasi hidup bersama mata pelanduk. Mungkin saya kena alihkan ke pasu lain. pegaga pejabat yang anie bagi memang segar bugar, hijau pekat daunnya..Nampak cantik untuk hiasan..

11.Kucai - macam dah nak mati, sedihnya.. Selepas balik dari Melaka, daun pokok kucai dah jadi kuning.. Nak kena ambik balik kat kampung..

12. Bawang - saya dah semai yang baru..Dah mula keluarkan daun.

13. Tomato- anak-anak pokok dalam bekas semaian habis mati bila saya balik dari Melaka. Nasib baik beberapa anak dah saya alihkan ke bekas lain.. Tengah segar bugar dan menambahkan helaian daun..Untuk saya cukup 2 pokok. Yang lain saya nak bawa balik kampung dan bagi kat kawan-kawan.

14. Lili - alhamdulillah hidup..Masa balik dari Melaka, 1 pokok lili dah terkeluar dengan bawang2nya sekali.. Ni mesti kerja si nakal meow2.. Saya timbuskan balik dalam tanah.. Masih belum berbunga..Agaknya kena bagi baja bunga, baru rajin nak berbunga..

15. Pokok kari- belum keluarkan daun.. 3 pokok yang cuma ada batang sahaja.. Balik raya haji ni, saya nak ambik anak yang lain..

16. Pokok Bunga Yesterday, today, tomorrow -Tanam dengan keratan batang. masih hidup.. Tapi belum menunjukkan pertumbuhan baru.. Sama je macam masa bawa balik dari kampung.. Lambat.

17. Pokok tak tau nama - hidup.

18. Japanese Rose - Dah berbunga tapi belum galak.

19. Cili besar dan Cili padi - Masih dalam bekas semaian.. Tunggu anak-anak cili padi besar sikit baru nak alihkan..

20 - Timun - masih diperingkat nak cuba menyemai..

21. Pokok hiasan berdaun tak tau nama - hidup segar, tapi rasanya tiada perkembangan.

22. Pandan - dah ada 2 pasu. 1 daripada anak pokok yg Kak Maznah bagi.. Another one, Hisan bagi..Sangat cukup utk buat kuih muih mahupun masak nasi lemak.

23.Lengkuas - dialih ke pasu arwah pokok kemunting untuk sementara. Kenapa sementara? Sebab tanah dalam pasu kemunting berselirat dengan akar, atau mungkin sabut.. Susah nanti kalau nak gali lengkuas.. Apapun, lengkuas dah keluarkan tunas..

24. Serai - daunnya cantik, tapi batangnya belum cantik.

25. Kunyit - dah besar juga daunnya.. Dah boleh kalau nak guna untuk memasak. Saya nak tunggu bunganya.. Dah lama tak berulamkan bunga kunyit macam yang almarhumah ma selalu amalkan.

26. Kangkung - Ada 1 pokok je.. Tapi galak mengeluarkan daun.. Hari ni saya petik untuk makan..Celur je makan dengan ulam2 yang lain..Nanti saya nak tanam banyak2 lagi kangkung..Lepas ni jimat dan sihat - kangkung organik dari hijau edible garden..

27. Bunga Telang - Baru je saya semai 5 benih pokok bunga telang untuk mewarnakan nasi kerabu..Dan nanti kalau ada rezeki, Allah izinkan, boleh cuba sirap bunga telang.. Harapnya tumbuh subur..